Tuesday 20 January 2015

8
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menganjurkan satu demontrasi aset udara TUDM kepada pihak media tempatan dan juga pemimpin masyarakat Sabah yang telah diadakan di Lapangan Terbang Tawau.
Pelbagai acara telah diaturkan bagi mempamerkan keupayaan elemen TUDM sentiasa berada ditahap yang optimum seperti pertunjukan demontrasi oleh Pesawat Hawk diikuti letupan, demontrasi Fast Ropping dan Spie Rig dengan menggunakan pesawat Nuri, pameran statik pesawat Hawk dan C130H serta tinjauan ruang udara bersama tim media dengan menggunakan helikopter Nuri dan EC725.
Bagi mencapai objektif TUDM mengenai perlaksanaan acara ini, kehadiran oleh komuniti masyarakat setempat turut diberi perhatian yang mendalam bagi menyaksikan demontrasi aset TUDM. TUDM dan ATM memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak khasnya bahawa penempatan pesawat-pesawat ini membuktikan komitmen TUDM terhadap keselamatan negara sentiasa diberi keutamaan.
TUDM telah mempertingkatkan keupayaan dan kemampuan aset udara untuk melindungi kedaulatan negeri-negeri di Malaysia Timur dengan menempatkan beberapa buah pesawat pejuang Hawk dibawah pengoperasian Detasmen Tetap No6 Skuadron di PU Labuan bagi melaksanakan operasi-operasi pemantauan ruang udara di kawasan persekitaran Sabah dan Sarawak.
Seramai 46 orang petugas media yang terdiri dari kalangan media elektronik, media cetak dan media sosial telah dijemput untuk bersama-sama menyaksikan acara demontrasi ini. Turut hadir ke acara ini ialah Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Operasi Udara serta YB Datuk Hj Tawfiq bin Datuk Seri Panglima Hj Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts