Monday 30 June 2014

Motosikal Elektrik Dari Harley Davidson

Harley Davidson sinonim dengan lelaki stylo yang berimej macho. Motosikal mereka juga dinaiki geng motosikal di Amerika Syarikat seperti Hell's Angel. Jadi kami agak aneh apabila mendapat tahu Harley Davidson kini sedang percubaan menghasilkan motosikal elektrik mereka sendiri yang diberi nama Project Livewire. Spesifikasi motosikal elektrik pertama mereka ini masih rahsia tetapi mereka menjanjikan prestasi yang setanding dengan motor berkuasa bahan api fosil mereka. Beberapa motosikal Project Livewire sedang dipandu uji di seluruh Amerika Syarikat bagi melihat reaksi orang ramai dan prestasi mereka. Adakah anda bersedia untuk Harley berkuasa elektrik? Looks cool enough. 





No comments:

Post a Comment

Popular Posts