Komander
pengganas dan isteri ditahan pada jam 1.30 pagi di Kawasan Paya
berdekatan Semporna ,Komander Talibarut tersebut ditahan lewat tengah
malam tadi di Kg. Tungku Bertaraf Menteri Pertahanan Kesultanan Sulu
Tertangkapnya Datu Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.
Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.

Lewat malam tadi, Pasukan Keselamatan telah berjaya menangkap seorang pengganas sulu yg merupakan rakyat tempatan yg berperanan mengatur makan minum serta transportasi pengganas itu kesini.
Lewat pagi tadi pula, seorang lagi pengganas berjaya ditangkap, yg merupakan orang penting dalam 'Tentera Sulu'. Dengan ini, dijangka pemberontakan pengganas sulu sudah semakin lumpuh - Tim IGP.
No comments:
Post a Comment