BUKIT KAYU HITAM - Seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin (Pati)
berjaya ditahan oleh Batalion 3 Kor Amour Diraja (KAD) ketika dalam
cubaan meloloskan diri melalui lubang tikus berhampiran pagar sempadan
Malaysia-Thailand, dekat sini, baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, anggota sempadan yang bertugas di kawasan berkenaan berjaya menahan 10 pendatang asing warganegara India cuba meloloskan diri melalui lubang yang dirosakkan oleh mereka sebelum ditahan.
Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 30-an melibatkan enam lelaki serta empat perempuan diserahkan kepada balai polis berhampiran bagi tindakan selanjutnya.
Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, masalah itu semakin serius dan pembinaan pagar sempadan perlu dipertingkatkan berikutan pagar yang sedia ada tidak sesuai.
Menurutnya, pihaknya mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan belanjawan bagi membina tembok pagar dalam usaha mematahkan modus operandi penyeludupan Pati ke negara kita.
“Lebih baik kita mengambil langkah awal bagi mengatasi permasalahan ini supaya tidak berlaku pencerobohan Pati ke negara kita.
“Kita tidak menafikan penempatan yang terletak berhampiran pagar sempadan Thailand merupakan faktor menyebabkan kemasukan warga asing berikutan tiada zon keselamatan yang dibuat oleh mereka,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mengenal pasti sebahagian kamera litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di kawasan pagar sempadan dipercayai turut dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Sebanyak 27 CCTV telah ditempatkan di kawasan itu namun melebihi 10 daripadanya dirosakkan bagi menutupi aktiviti haram mereka dari dihidu anggota keselamatan.
“Jadi perlu diadakan penambahbaikan kemudahan ini bagi membantu anggota keselamatan menjalankan tanggungjawab mereka mengawasi pagar sempadan supaya tidak ditembusi oleh sindiket yang menjalankan operasi penyeludupan terutamanya Pati,” katanya ketika meninjau keadaan pagar bersama anggota keselamatan dekat sini, semalam.
Ahmad Zaini, berkata, kemudahan di pagar sempadan perlu diusahakan terlebih dahulu sebelum membuat perancangan pembangunan di sekitar Bukit Kayu Hitam memandangkan pagar tersebut bertindak sebagai pertahanan utama negara.
Hadir sama ketika meninjau pagar sempadan berkenaan, Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Changlun, Asisten Superintendan Baharim Khamis.

No comments:
Post a Comment