ARTIS FTG, sebuah kumpulan thrash
metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam
Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru
malam tadi.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul
Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.
Bercakap kepada Keadilan Daily,
beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat
tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan mereka secara terbuka.
“Saya tak kisah apa orang hendak
kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan
dan kritikan sosial,” katanya yang sudah menerbitkan 12 album bersama
FTG.
Selain Tajul, pemain dram, Zul dan
pemain bass, Mie dari kumpulan yang sama juga mahu menyertai PAS kerana
menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.
“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.
“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan
terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan
‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada
pilihanraya umum ke-13.
No comments:
Post a Comment