Wednesday, 20 March 2013

Bertanding di Luar Kawasan, Keberanian Terpuji

Pilihan raya ke-13 yang sama-sama dinantikan ini menarik dan penuh dengan kesuspenan. Soal bila ianya akan diadakan tidak timbul lagi. Apabila parlimen dibubarkan SPR akan menjalankan tugasnya mengeluarkan writ pilihan raya kemudian mewartakan kepada umum kemudian menetapkan pilihan raya.

Anwar Ibrahim
Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari setelah parlimen dibubarkan atau terbubar dengan sendiri bila genap tempohnya lima tahun. Perhitungan tempoh itu bermula pada hari pertama sidang parlimen diadakan.

Parlimen Malaysia penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 28 April. Sebelum sampai tarikh itu beberapa Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu akan terbubar dengan sendiri. Periode tamat tempoh lima tahun diambil kira pada hari pertama sesuatu Dun atau parlimen bersidang.

Ada beberapa faktor kenapa pilihan raya ke-13 ini menarik. Pertama ialah mengenai kepanjangan usia kerajaan yang terbentuk hasil pilhan raya ke-12 lalu. Inilah kali pertama penggal parlimen genap lima tahun. Selalunya parlimen dibubarkan sebaik masuk tahun ke empat dan belum mencecah ke tahun ke lima.

Kelambatan dan kepanjangan usia ini dapat difahami oleh semua orang, kenapa dan apakah sebab musababnya. Namun apa pun usaha dan alasan usia atau tempoh itu tidak akan dapat diperpanjangkan lagi. Saya berpendapat ia akan dibubar sebelum sampai 28 April di mana hari terakhir hayat parlimen sebelum ia terbubar dengan sendiri.

Husam Musa
Perkara kedua menarik ialah mengenai strategi ataupun keberanian tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat untuk berpindah atau hijarah kawasan pilihan raya. Lim Kit Siang akan ke Johor meninggalkan Ipoh. Anwar Ibrahim pula akan meninggalkan kubu kukuhnya di Permatang Pauh untuk ke Perak atau pun Selangor. Manakala Sallahuddin Ayub balik semula ke negerinya, Johor meninggalkan Kelantan.

Dan seorang lagi, Husam Musa pula akan melayang ke Putrajaya bertanding di kerusi Putrajaya Wilayah Persekutuan itu. Pemergiannya ke situ sebagai simbolik menjadi pembuka pintu pemerintahan Pakatan Rakyat di sana, dan hakikatnya adalah kejujuran seorang tokoh yang tidak memilih di mana tempat untuk melancarkan perang atau berjihad.

Bagi saya tindakan atau strategi ini sebagai sengaja mencari fasal tetapi inilah politik kebenaran dan wajah politik baru dibawa oleh Pakatan Rakyat, di mana mereka membuktikan kepedulian mereka bukan saja kepada rakyat di tempat tinggal mereka, tetapi di luar juga. Inilah iltizam merreka dan sifat keglobalisasi Pakatan Rakyat. Ini juga bukti pengakuan bahawa politik Pakatan Rakyat politik sebangsa dan sejiwa Malaysia, benar-benar dipraktikan.

Keberanian dan penghijrahan ini ia membuka era politik baru yang tidak berselindung dan berselimut untuk meraih kuasa dari kampung halaman sendiri.

Saya tidak mengira ada mana-mana tokoh dari UBN akan mengikut jejak keempat-empat tokoh ini. Apakah Najib RAzak, atau Muhyiddin Yassin, atau Zahid Hamidi atau pun Chua Soi Lek sanggup dan berani untuk meninggalkan kubu dan berladan di kawasan lain? Pasti mereka akan menghalalkan kepenakutan mereka dengan berbagai alasan. Dari sini saja rakyat sudah dapat membuat penilaian pemimpin dari rahang mana yang ikhlas dan prihatin.

Cara Anwar, Kit Siang dan Husam itu membuktikan mereka berani dan mewacanakan poltiik baru negara ini. Sekagikus ia menunjukkan mereka yakin bahawa angin perubahan ini akan membawa keputusan besar buat mereka. Mereka optimis bahawa kali ini UBN akan tumbang. Inilah yang kita ingini. Mereka harus menunjukkan keyakinan mereka dahulu sebelum berusaha menyakinkan rakyat untuk membuat perubahan.

Kepada saya tindakan dan keberanian mereka meninggal kawasan masing-masing satu pengorbanan yang perlu dibayar dengan nilai yang mahal.

Jadi keputusan mereka itu akan mengaut sedikit lagi markah untuk Pakatan Rakyat. Tindakan dan keberanian serta pengorbanan mereka membei benefit kepada Pakatan Rakyat. Kalau mereka tidak yakin menang masakan mereka akan meninggal kawasan mereka? Syabas diucapkan kepada mereka atas keberanaian luar biasa dalam memaparkan satu politik baru negara ini.

Sesuai dengan usia negara dan kesedaran rakyat terhadap kepentingan bangsa apa yang mereka perkenalkan itu amatlah tepat dan wajar. Politik hanya mempedulikan ruang lingkup setempat tanpa menjenguk ke kawasan luar sudah tidak relevan lagi.

Dengan politik baru anjuran mereka itu, menjangkau ke luar kawasan lain akan menjamin rakyat akan lebih terbela dan dipedulikan. Kerana sekiranya rakyat disesuatu kawasan itu tidak diperdulikan oleh pemimpin setempat mereka sebelum ini ia akan diberikan perhatin oleh pemimpin yang datang memperhambakan diri itu. Penghijrahan satu tawaran baru.

Perkembangan atau anjakan baru inilah maka saya berkata pilihan raya umum akan datang menarik dan memberi satu input dan perubahan dasar dan memperkenalkan sifat politik baru di negara ini. Hendaknya tindakan dilakukan oleh ketiga-tiga mereka itu akan menjadi ikut di masa akan datang sehingga kita akan melihat bahawa wakil rakyat atau pemimpin tugas dan amanahnya meluas tanpa kira sempadanan kawasan politik tradisi mereka.  [wm.kl.10:01 pm 20/03/13]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts