Tuesday, 23 July 2013

Jasa tak dikenang


Kisah Suka Duka dan Pengorbana Pakar Bedah Kulit Hitam – Dr Hamilton Naki.
a1
Walaupun Hamilton Naki memakai topi dan surgical mask, tapi dia tak pernah belajar secara formal ilmu perubatan dan pembedahan. Dia berhenti sekolah semasa berusia 14 tahun, dan menjadi tukang kebun di salah sebuah sekolah perubatan di Cape Town
a2
Tahun 1967, sedang dunia meraikan kejayaan pertama pemindahan jantung oleh Dr Christiaan Barnard, kita tidak dimaklumkan tentang penglibatan ‘Dr’ Hamilton Naki – pakar bedah yang bertanggungjawab mengeluarkan jantung dari tubuh seorang penderma wanita.
Jantung itu kemudiannya dipindahkan (transplanted) ke tubuh Louis Washkanky.
Hamilton Naki adalah doktor bedah kedua terpenting dalam pembedahan ulung tersebut. Namun, disebabkan warna kulit dan dasar apartheid Afrika Selatan, kebolehan dan kepakarannya tidak ditonjolkan.
a3
Dr Christiaan Barnard, ketua pakar bedah kulit putih menjadi celeberiti yang terkenal seluruh dunia.
a4
Walaupun Hamilton Naki merupakan orang kedua terpenting dalam pasukan tersebut, namun dia tidak dibenarkan muncul dalam gambar. Sekiranya tanpa disengajakan wajahnya terselit antara wajah-wajah mereka berkulit putih, pihak hospital akan menamakan dia sebagai anggota perkhidmatan pencuci hospital (Hospital Cleaning Staff).
a5
Kerjaya kedotoran Hamilton Naki bermula semasa bertugas sebagai tukang cuci di bilik-bilik kuliah. Disitulah dia belajar teknik pembedahan dengan memerhatikan doktor-doktor kulit putih membuat pemindahan organ (organ transplant) ke atas anjing dan khinzir.
a7
Berbekalkan kegigihan dan kebolehan semula jadi, akhirnya Hamilton Naki menjadi pakar bedah luar biasa. Dr Barnard melantiknya sebagai salah seorang pakar bedah dalam pasukan.
a8
Di Afrika Selatan waktu itu, mereka yang berkulit hitam tidak dibenarkan membuat pembedahan ke atas pesakit kulit putih, atau menyentuh darah mereka.
Tapi, memandangkan kebolehan luar biasa Hamilton Naki, pihak hospital membuat pengecualian dan melantiknya sebagai pakar bedah…..secara rahsia.
Perlantikan tersebut tidak sedikit pun mengubah sikap Hamilton Naki. Dasar apartheid (diskriminasi kaum) yang diamalkan oleh pemerintah tidak menghalang beliau untuk meneruskan usaha menimba ilmu dan memberikan yang terbaik.
a9
Walaupun diberikan tugas mengajar penuntut perubatan kulit putih, tapi dia hanya layak menerima gaji seorang Teknisyen Makmal (Lab Technician) – bayaran tertinggi yang dapat diberikan oleh pihak hospital kepada pekerja kulit hitam.
a10
Dan…..sebagai pakar bedah, dia hanya layak menghuni pondok tanpa kemudahan bekalan air paip dan elektrik.
a11
Selama 40 tahun Hamilton Naki menurunkan ilmu perubatan/pembedahan. Namun, setelah bersara dia hanya layak menerima pencen sebagai tukang kebun dengan bayaran sebanyak $275 sebulan.
a13
Disebalik sikap ketidakadilan pemerintah dan masyarakat kulit putih, Hamilton Naki tetap gigih berusaha dan memberikan khidmat terbaik dalam bidang yang amat dicintainya - membantu menyelamatkan nyawa.
Dengan berakhirnya dasar apartheid, dan sebagai mengenang jasanya, Hamilton Naki diberi anugerah dan gelaran Doktor Kehormat (Honoris Causa)
a001
Mei 2005, Dr Hamilton Naki, rakyat Afrika Selatan kulit hitam meninggal dunia dalam usia 78 tahun.
Berita kematiannya tidak mendapat tempat di akhbar walaupun perjalanan hidupnya merupakan salah sebuah cerita luar biasa abad 20.
Sesungguhnya, Hamilton Naki bukan sahaja seorang pakar bedah yang hebat tapi seorang lagenda ‘kulit hitam’ yang hidup subur dikalangan bangsanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts