Kebanyakkan
wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil
apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa
itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak
ikut & kadang2 deme ni (ckp org perak) ada pendapat sendiri
berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya
teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak
membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana
nak berpantang secara traditional tetapi moden.
Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant &
Services menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat
nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran,
cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan
bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari
demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara
traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk untuk nak
kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.
Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik
jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk,
minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka
masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua
org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat
macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti
k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!
Apakah Akibat & Kesan :
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan
kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya
disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada
kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran,
Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
– Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
– Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.
Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
– kerap kencing
– sakit ketika nak kencing
– kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
– kerap kencing
– sakit ketika nak kencing
– kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot
yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya
untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin
terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada
sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami
mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan
seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada
pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot
disekeliling faraj.
Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah
rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim
terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak
berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat
dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita
mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana
keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar
dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti
kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat
daripada pergeseran yang berpanjangan.
Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai
bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau
tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite
barangan untuk berpantang
No comments:
Post a Comment