Serdang: “Selain tangan kanan luka teruk, ada
kesan tayar di beberapa anggota badannya, menandakan arwah isteri saya
dilanggar sebelum digilis ketika cuba menghalang kumpulan penjenayah itu
melarikan lori kami.
“Malah, mereka turut membelasah arwah untuk menyamun barang kemas
dipakainya,” kata Yahaya Ishak, 62, suami mangsa samun dan bunuh, Rohani
Harun, 50, dalam kejadian di Jalan SR 6/3, Taman Serdang Raya, Seri
Kembangan, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga ayam
dilanggar ketika cuba menghalang tiga lelaki melarikan lori miliknya.
Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menyasarkan wang RM15,000 milik mangsa yang disimpan dalam lori itu. Wang itu hasil jualan ayam sejak tiga hari lalu.
Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menyasarkan wang RM15,000 milik mangsa yang disimpan dalam lori itu. Wang itu hasil jualan ayam sejak tiga hari lalu.
YAHAYA
(dua dari kanan) bersama ahli keluarga mengusung jenazah Rohani di
Bilik Mayat Hospital Serdang sambil diperhatikan anak bongsu, Haikal.
Sebelum itu, lori Inokom Lorimas dipandu Rohani dihalang tiga penjenayah terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi putih selepas mereka mengekorinya.
No comments:
Post a Comment