Islam
tidak dihina dengan video "Selamat Hari Raya" yang dibuat oleh pelatih
anjing Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz, kata Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man (gambar) hari ini, serta tidak bersetuju jika hukuman
dijatuhkan secara melulu.
Ketua Penerangan PAS itu berkata tindakan Maznah dalam video itu tidak
bertujuan untuk menghina Islam tetapi sebaliknya hanya menunjukkan
ketaksuban beliau yang menyayangi haiwan berkenaan.
"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Video memuatkan video itu juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi
kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah
beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan
manusia," katanya yang menegaskan masalah itu boleh diselesaikan tanpa
mengenakan sebarang hukuman.
"Pelatih anjing Maznah "Chetz" Yusof perlu dididik bukannya dihukum,” katanya.
Tuan Ibrahim juga membidas kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) semalam yang mengatakan perbuatan Maznah dianggap menghina Islam
kerana ia menyentuh soal ibadat dengan najis mughalazah (berat) apabila
disentuh dalam keadaan basah.
"Harus diingat memegang anjing bukan suatu dosa walaupun ia adalah najis mughalazah.
"Perkara ini boleh dididik apabila mendapati ada umat yang jahil
mengenainya, tapi jangan sesekali disamakan kelakuan jahil itu dengan
niat menghina Islam," katanya.
Beliau juga mempersoalkan isu ini diperbesarkan oleh pihak berkuasa terutama ketika bulan Ramadan.
"Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing,
sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih
menyayangi anjing?" katanya.
Tuan Ibrahim juga hairan mengapa tindakan Maznah itu dianggap sebagai
menghina Islam walhal pemimpin kerajaan pemerintah secara jelas menghina
Islam secara terbuka tidak pula diambil tindakan.
"Sudah tentu rakyat masih ingat bagaimana tiada reaksi pelbagai
institusi agama yang kini mengecam Chetz terhadap segelintir pemimpin
BN, seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah menghina
Islam," katanya.
Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya
tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik
dalam YouTube.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri
bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan
menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Tidak lama selepas itu, video termasuk mendapat perhatian pihak
berkuasa dan Maznah telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah
Segamat selama dua hari untuk soal-siasat sebelum dibebaskan pada Jumaat
lalu.- 6 Ogos, 2013.TMI
No comments:
Post a Comment