IKAT PERTUNANGAN…tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya.
ADA
si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu
jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang
tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami
namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat
saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi
Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya
dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana
dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita
semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita
meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah
meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu
Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika
mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah
peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa
malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang
lebih baik untuk mereka.
Pernah
pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu
dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat
calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas
Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan
syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah
hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang
menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah
kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan
wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan
rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada
puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada
Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah
dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol
Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya,
wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan
orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika
diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa.
Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka
sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol
berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah
Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua
cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki
yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang
sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka
perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan
aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,”
katanya.
Beliau
berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk
keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi
ini.
“Ini
misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya
sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu
kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita
tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang
dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah
aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap
hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana
umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita
yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai
pasangannya,” katanya.
Berdasarkan
sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan
keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika
menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang
bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad
memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya
Siti Khadijah.
“Khadijah
mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang
diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa
saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi
Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau
menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak
dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah
saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan
kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk
meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta
petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang
yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja
mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi
turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang
pasti.
“Selepas
menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian
segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan
meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan
itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak
selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak
bertanggungjawab.
“Jadi,
berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat
keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia
bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan
yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam
kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa
letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau
berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya
dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang
yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam
sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat
mereka,” katanya.
Sumber: http://epondok.wordpress.com/
|
Wednesday 19 June 2013
Wanita Melamar Lelaki Amalan Mulia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
A nude world record has been set as 400 people bared it all and went skinny-dripping into sea on Rhossili Beach, Gower (South Wales). T...
-
TAK pakai baju dalam, kini menjadi trend selebriti Korea. Budaya inikah yang ingin dibawa masuk oleh pemimpin-p...
-
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. I...
-
TAIPEI - Seorang wanita Taiwan yang baru berkahwin, secara tidak sengaja telah terdail nombor suaminya melalui telefon bimbi...
-
Post kali ini bukan bermaksud untuk semata-mata unsur lucah.Tetapi ia bertujuan bertujuan untuk menambah pengetahuan kepada siapapun ya...
-
Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort terseb...
-
Sumber: Ibnu Hasyim Penerjun negara, Leong Mun Yee menjalani latihan di Pusat Akuatik di London,...
-
APA rasa, bila U ambil makanan dengan mulut U dari puting susu seorang wanita bogel, yang sedang terlentang depan U? Gambar di atas in...
-
Pembedahan yang dilakukan untuk ‘mencantikkan’ vagina kini semakin meluas. Malah penyelidik mendapati ramai remaja yang baru berusia 14 ...
-
Nudes-A-Poppin Tidak ada bedanya berbogel begini, dengan 'pakaian tapi telanjang' seperti yang dipakai ...
No comments:
Post a Comment