KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal,
Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau
sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai
kelakar.
Ikon agama itu dalam reaksinya berkata,
perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan
berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen
pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada
al-Quran.
“Saya rasa kelakar sebab tiada kena
mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama
(berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.
Tidak boleh,” katanya kepada Sinar
Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus
anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran,
semalam.
Memberitahu petisyen BN itu disedari
melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan
dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan
Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau
sebagai alasan.
“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa
bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata
‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu.
(Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.
Mengulas lanjut, Azhar yang turut
dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja
perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama
sekali menjatuhkannya.
No comments:
Post a Comment