Ketua
Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta,
Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung
pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di
Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan
Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.
"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan
Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh
Cina," kata Anwar semasa Perhimpunan Black505 di Batu Pahat pada malam
Ahad.
"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak.
Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih
layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu
yang zalim dan korup, mampuslah kita. Dan kalau kita memilih pemimpin
Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik.
Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."UMNO
mula "terkenal"Anwar turut mengulas bahawa maklumat yang diberikannya
mencerminkan parti UMNO pimipinan Perdana Menteri Najib Razak dan betapa
terkenalnya parti itu di rantau ini kerana dasar rasismenya.
Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke-13 (PRU13), pemimpin-pemimpin UMNO
termasuk Najib sendiri telah menggunakan retorik perkauman untuk meraih
sokongan pengundi-pengundi Melayu. Taktik pecah-dan-perintah ini
diteruskan selepas PRU13 dimana Najib menyalahkan "tsunami Cina" sebagai
punca prestasi BN yang kurang memuaskan.
Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk
menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang
membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak
bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Sentimen berbentuk
stereotaip ini dikutuk secara menyeluruh, terutamanya daripada
masyarakat Cina.
Perhubungan antara kaum di Indonesia juga diselubungi kontroversi di
mana puak-puak pelampau telah mengambil kesempatan daripada masalah
sosial yang dialami di negara itu semasa Krisis Ekonomi Asia pada 1998
untuk bertindak ganas terhadap masyarakat keturunan Cina tempatan.
Insiden ini telah menyebabkan kelolosanmodal ke negara jiran
Singapura.Oleh sebab itu pimpinan Indonesia, khususnya Presiden Susilo
Bambang Yudhoyono, cukup prihatin dan mengambil perhatian terhadap
perkembangan politik dan perhubungan antara kaum di Malaysia dan justeru
telah menjemput Anwar ke Indonesia untuk memberikannya gambaran yang
lebih jelas.
"Presiden SBY ingin mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan telah menghantar jemputan kerana liputan media yang luas di Indonesia mengenai perkembangan PRU13 di Malaysia.
Sentimen disana memberi gambaran bahawa jikalau penyelewengan pilihanraya berlaku secara meluas di Indonesia seperti yang telah berlaku di Malaysia, sudah tentu rakyat Indonesia telah bangkit dan membantah secara keras, mungkin sehingga tahap revolusi!" jelaskan Anwar kepada hadirin himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ~malaysia chronicle

No comments:
Post a Comment