Wednesday, 7 August 2013

Pegang anjing tak hina Islam, Chetz perlu dididik


Islam tidak dihina dengan video "Selamat Hari Raya" yang dibuat oleh pelatih anjing Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini, serta tidak bersetuju jika hukuman dijatuhkan secara melulu.

Ketua Penerangan PAS itu berkata tindakan Maznah dalam video itu tidak bertujuan untuk menghina Islam tetapi sebaliknya hanya menunjukkan ketaksuban beliau yang menyayangi haiwan berkenaan.
"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 "Video memuatkan video itu juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya yang menegaskan masalah itu boleh diselesaikan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

"Pelatih anjing Maznah "Chetz" Yusof perlu dididik bukannya dihukum,” katanya.
Tuan Ibrahim juga membidas kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam yang mengatakan perbuatan Maznah dianggap menghina Islam kerana ia menyentuh soal ibadat dengan najis mughalazah (berat) apabila disentuh dalam keadaan basah.

"Harus diingat memegang anjing bukan suatu dosa walaupun ia adalah najis mughalazah.
"Perkara ini boleh dididik apabila mendapati ada umat yang jahil mengenainya, tapi jangan sesekali disamakan kelakuan jahil itu dengan niat menghina Islam," katanya.
Beliau juga mempersoalkan isu ini diperbesarkan oleh pihak berkuasa terutama ketika bulan Ramadan.
"Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing, sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?" katanya.

Tuan Ibrahim juga hairan mengapa tindakan Maznah itu dianggap sebagai menghina Islam walhal pemimpin kerajaan pemerintah secara jelas menghina Islam secara terbuka tidak pula diambil tindakan.
"Sudah tentu rakyat masih ingat bagaimana tiada reaksi pelbagai institusi agama yang kini mengecam Chetz terhadap segelintir pemimpin BN, seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah menghina Islam," katanya.

Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik dalam YouTube.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Tidak lama selepas itu, video termasuk mendapat perhatian pihak berkuasa dan Maznah telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat selama dua hari untuk soal-siasat sebelum dibebaskan pada Jumaat lalu.- 6 Ogos, 2013.TMI

Hakim Agung Dipecat kerana berbogel dipejabatnya


Seorang pegawai wanita yang merupakan seorang Hakim Agung di Bosnia-Herzegovina dipecat dari jabatannya kerana ketahuan berbogel ria di dalam pejabatnya. 
Daily News melansir,  hakim ini melakukan gerakan senaman sambil telanjang di atas meja di dalam pejabatnya. Ia nampaknya sengaja tidak menutup tirainya. Dan sialnya, 'aksi' ini terakam kamera oleh seseorang yang kemudian menyebarkannya hingga sampai ke tangan Mahkamah Agung Bosnia-Herzegovina.

Ini dia beberapa foto Hakim genit yang tersebar luas dan menghebohkan seluruh Eropah:
Bosnian Naked Judge
Bosnian Naked Judge
Bosnian Naked Judge

Benar-benar bukan satu contoh pegawai publik yang baik dan mempermalukan negara.

MP lapor polis artikel 'Cina mahu duit zakat'


  • Malaysiakini Ogos 7 2013
 
Anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini membuat laporan polis ekoran tulisan di sebuah blog yang menurutnya berniat jahat, berbentuk hasutan dan menimbulkan kebencian terhadapnya.

Beliau mendesak polis menyiasat tulisan berjudul "Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok" yang disiarkan dalam www.bnbesut.blogspot.com antara 4 dan 5 Ogos.

NONETulisan itu kemudiannya dikongsi meluas di laman sosial Facebook, katanya.

"Ini fitnah jenayah... pihak polis harus menyiasatnya. Ia juga satu bentuk hasutan kerana membuatkan orang Islam marah pada saya," kata Kok kepada Malaysiakini selepas membuat laporan polis pagi ini.

Kok berkata, beliau mengambil "langkah pencegahan" bagi mengelakkan polis mencarinya seperti yang berlaku pada 2008.

Beliau ketika itu ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (KDN) selama seminggu.

Penyamun gilis dan belasah isteri hingga meninggal


Serdang: “Selain tangan kanan luka teruk, ada kesan tayar di beberapa anggota badannya, menandakan arwah isteri saya dilanggar sebelum digilis ketika cuba menghalang kumpulan penjenayah itu melarikan lori kami.

“Malah, mereka turut membelasah arwah untuk menyamun barang kemas dipakainya,” kata Yahaya Ishak, 62, suami mangsa samun dan bunuh, Rohani Harun, 50, dalam kejadian di Jalan SR 6/3, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga ayam dilanggar ketika cuba menghalang tiga lelaki melarikan lori miliknya.

Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menyasarkan wang RM15,000 milik mangsa yang disimpan dalam lori itu. Wang itu hasil jualan ayam sejak tiga hari lalu.
FotoYAHAYA (dua dari kanan) bersama ahli keluarga mengusung jenazah Rohani di Bilik Mayat Hospital Serdang sambil diperhatikan anak bongsu, Haikal.

Sebelum itu, lori Inokom Lorimas dipandu Rohani dihalang tiga penjenayah terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi putih selepas mereka mengekorinya.

Mahathir-Pak Lah kembali ‘panas’ menjelang 1 Syawal



KUALA LUMPUR: Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Menurut penulis Shahbudin Husin, maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

“Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri,” tulis beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com seperti di bawah.

Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi.

Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini.

KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah di tangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas.

Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO.

Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi.

Sementara umat Islam lain menunggu untuk bermaaf-maafan dan melupakan persengketaan lama, episod pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah ini nampaknya baru hendak meletus kembali menjelang sambutan 1 Syawal ini setelah agak lama ianya menyepi dan harapan untuk melihat kedua-dua negarawan ini berbaik-baik kembali turut menjadi semakin tipis.

Sekiranya pada peringkat awalnya, buku ini mungkin mengganggu emosi Mahathir dan mengurangkan kegembiraannya menyambut Hari Raya pada tahun ini, jawapan balas daripada Mahathir mungkin pula menyebabkan Pak Lah turut terganggu dengannya.

Jika sekiranya selepas itu berlaku episod berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah dan tukang sampuk atau nasi tambah pula turut mengambil kesempatan, pertelingkahan kedua-dua bekas Perdana Menteri ini mungkin terus berlarutan dan tidak ada titik kesudahannya.

Mukhriz dan KJ pula mungkin menjadi anak dan menantu yang paling tidak gembira kerana terpaksa menyaksikan pelbagai pendedahan dan londeh-melondeh daripada bapa dan bapa mertua masing-masing serta dalam masa yang sama mengundang pula reaksi daripada pihak-pihak yang mungkin lebih tidak menyenangkan mereka. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka kerana memilih menjadi pemimpin dan dalam masa yang sama menjadi anak kepada Mahathir dan menantu kepada Pak Lah.

Sebelum ini Mahathir bukan saja kerap mengkritik Pak Lah, baik dalam majlis terbuka atau perjumpaan tertutup, bahkan dalam buku memoir "A Doctor In The House" yang ditulisnya, Mahathir juga banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah yang disifatkannya lemah dan mengundang banyak masalah kepada parti dan negara.

Namun Pak Lah, sejak berundur daripada jawatan Perdan Menteri tidak pernah menjawab walau sepatah perkataan pun terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya manakala Mahathir pula seakan-akan tidak pernah puas melakukan serangan dengan sering mengaitkan apa saja masalah dalam UMNO dan negara sebagai berpunca daripada era kepimpinan Pak Lah.

Rupa-rupanya Pak Lah berdiam diri selama ini kerana beliau sedang mengumpulkan fakta untuk menjawab dan menyerang kembali semula kritikan terhadapnya dan beliau memilih untuk menjawabnya melalui penerbitan sebuah buku.

Dengan terbitnya buku ini dan pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah kembali menjadi panas, sebenarnya menarik juga untuk melihat apakah pendirian dan sikap Najib mengenainya. Walaupun pengaruh Pak Lah tidak sekuat Mahathir di dalam UMNO tetapi Najib memang diketahui amat gembira dengan sikap dan pendirian Pak Lah yang sentiasa menyokongnya sedangkan Mahathir agak flip-flop terhadapnya, kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang mengkririk.

Malah selepas berakhirnya pilihanraya umum lalu, walaupun menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi tetapi Mahathir diketahui mulai bersikap membelasah Najib terutama dalam perjumpaan tertutup dengan mereka yang bertemu dengannya.

Mungkinkah Najib sebenarnya gembira dan sedang tersenyum dengan terbitnya buku ini kerana sekurang-kurangnya ada orang lain sekarang ini sedang mengkritik Mahathir yang secara belakang-belakang turut mengkritiknya juga. Dengan kemungkinan berlakunya berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah selepas ini, secara langsung Najib tidak lagi menjadi tumpuan serangan oleh Mahathir dan beliau juga sudah boleh melupakan belasahan Mahathir terhadapnya sebelum ini.

Menjelang ketibaan 1 Syawal ini, lihatlah senyuman Najib pasti lebih melebar lagi. Dalam hatinya mungkin berbisik, terima kasih Pak Lah.

Panji Hitam Rampas Istana?


SALAH satu pengenalan diri ahli Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang dirampas polis semalam.
SEKITAR jam 4 pagi tadi sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana ! Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.

Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers. Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini. Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

Suspek yang d tahan adalah seperti berikut :

1. HASBUL JALIL B HASSAN, KPT: 730719-02-5087,
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH
2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI, KPT: 600708-08-5177, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR RANTAU PANJANG 34110 SELAMA, PERAK
3. ZULHILMI B. SARIMAN, KPT: 890417-01-5847, Alamat: NO 79, JLN KEMPAS, TAMAN MEGAH RIA, 81750 MASAI, JOHOR
4. AZHAR B. HAMIDI, KPT: 720210-08-6355, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR 34110 SELAMA, PERAK
5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH, KPT: 891227-01-6181, Alamat: NO. 54, JLN NENAS 2, TMN KOTA MASAI, 81750 MASAI, JOHOR
6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN, KPT: 880327-04-5453, Alamat: LOT 241, KG GHAFAR BABA, 76400 TANJONG KELING, MELAKA
7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD, KPT: 611222-08-5760, Alamat: NO. 31, LORONG 5, TMN SRI KURAU, KEMUNTING 34010 TAIPING, PERAK
8. MADKAYA B ABDUL GAPUL, KPT: 690714-12-5229
Sumber : Melanau Blogger

Polis Pembelot Sembunyi Maklumat Pengganas



GAMBAR FAIL... Hassan (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selepas dijatuhi hukuman semalam.


Koperal Polis Dihukum Penjara Tujuh Tahun Kerana Sembunyi Maklumat Kegiatan Pengganas

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini Selasa menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61,kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.
Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac. Beliau berkata, walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan. Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata, beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa.

"Anda adalah pegawai Cawangan Khas di Lahad Datu dan anda terima maklumat ini (mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo). Jadi anda berada dalam kategori berbeza kerana anda wajib mendedahkan maklumat seumpama itu.
"Oleh itu, hanya sedikit sahaja penghargaan patut diberikan kepada perkhidmatan anda yang lama (38 tahun) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga fakta yang dikemukakan dalam perbicaraan peringkat kes pendakwa selama empat hari dari 24 Jun. Beliau berkata, saksi pertama yang dilindungi telah memberikan maklumat amatpenting kepada Hassan pada Januari mengenai hasrat pasukan yang dipanggil Pasukan Tentera Diraja Sulu untuk memasuki Sabah, yang Hassan gagal dedahkan kepada pegawai atasannya.

Beliau juga berkata, tiga transkrip panggilan telefon yang dipintas memperkukuhkan lagi niat Hassan untuk menyembunyikan maklumat pencerobohan oleh pasukan tentera berkenaan. Walaupun pencerobohan itu tidak berlaku semasa Hassan diberitahu mengenai pencerobohan yang bakal berlaku itu oleh saksi yang dilindungi, Ravinthran berkata pencerobohan itu akhirnya berlaku dan pasukan keselamatan boleh bersedia untuk mencegahnya daripada berlaku sekiranya Hassan memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Terdahulu, semasa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan tertuduh menyumbang kepada perkara itu.

"Niat tertuduh untuk tidak memaklumkan pegawai atasannya telah menyebabkan anggota keselamatan kita cedera dan terbunuh semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
"Keluarga mereka telah kehilangan orang tersayang. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk memastikan keselamatan rakyat yang terjejas. Ini tidak termasuk kerosakan banyak harta benda.
"Ini adalah perbuatan khianat terhadap negara kerana sebagai anggota polis, beliau (Hassan) bertanggungjawab melindungi orang ramai. Oleh itu, beliau tidak setia kepada pasukan polis," kata Nordin.

Peguam Ram Singh berkata, pihak pembelaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Hassan kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan dan bersalaman serta memeluk anggota keluarganya yang menangis, sebelum dia dibawa keluar. - BERNAMA

Popular Posts