Monday, 11 May 2015

Jenis Makanan Elak Kanser Payudara

Penyakit kanser payudara kini semakin meningkat di kalangan wanita. Ia dihidapi tanpa mengenal usia. Penyakit kanser payudara biasanya dikesan denan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil Cyst atau Fibroid.

Bagi mengelakkan risiko penyakit kanser payudara ini menjaga pemakanan yang betul adalah salah satu caranya.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang boleh membantu mengelakkan risiko kanser payudara :

1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.




2. Limau gedang
Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.

 3.Kacang tanah dan jem mentega kacang
Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.
big berry pile
4.Beri
Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.

5.Salmon
Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts