Monday, 11 February 2013

Apa kejadahnya ketua puteri UMNO ni?



"Assalamualaikum,,..

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua puteri UMNO mendakwa kalau DSAI mahu jadi PM maka ikutlah cara yang betul ia itu pilihanraya, bukan demostrasi jalanan ala Arab Spring. Rakyat Malaysia tidak wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita atau bergadai nyawa bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang mencapai cita-cita mereka secara demonstrasi jalanan, ujarnya lagi.

Apa ke jadahnya ketua puteri UMNO yang nampaknya ada satu telinga dan dua lidah macam pemimpin UMNO yang lain! Tolol ke apa? Tak faham dengan sikap pemimpin yang mendakwa membela rakyat!

Ketua puteri UMNO sama juga dengan yang lain, memutar belit kenyataan dengan harapan rakyat akan terkeliru dengan mesej sebenarnya. DSAI sudah lama berkata kalau beliau mahu jadi PM, sudah lama beliau jadi, cukup sekadar bersabar dan terus membodek Mahathir ketika beliau masih TPM. Tetapi DSAI berkata beliau mahu jadi PM dengan cara yang betul. Itupun buat buat tak faham? Tolol namanya kalau tidak mampu menilai sendiri sejarah seseorang sebelum menuduhnya dengan lidah kedua dan mendengarnya pula dengan telinga yang satu.

Seperkara yang disembunyikan oleh ketua puteri UMNO ialah amaran demostrasi jalanan yang dikeluarkan bersyarat. Apa syaratnya? Kenapa ketua puteri UMNO tidak menyebutnya? Takut? Atau memang BN/UMNO tidak berminat memastikan syarat tersebut dipatuhi?

Dato ketua puteri UMNO enggan mengakui bahawa sekarang suara rakyat sudah semakin kuat dan amaran yang dikeluarkan itu bukan amaran DSAI atau PR tetapi amaran rakyat, seperti pernah dikatakan oleh DSWA, "people power"

Sekarang people power mahukan pilihanraya yang bersih, adil dan saksama. Itu syarat yang dijamin oleh people power bagi mengelakkan Arab spring dari berlaku. Tetapi sekiranya satu penipuan dikesan dilakukan ketika PRU dan dengan penipuan itu BN menang, maka tunggulah Arab Spring.

Faham ke idak, tolol? Kalau ketua puteri UMNO mahu mengelakkan demostrasi jalanan yang tidak ad akena mengena dengan DSAI, maka pastikan syarat itu didengari dengan dua telinga, disebut dengan lidah yang satu!

sumber"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts