Monday, 11 February 2013

Anwar kecam kerajaan Umno hantar pulang pelarian Uighur Muslim


KUALA LUMPUR 10 FEB: Tindakan kerajaan Umno BN menghantar kembali pelarian Uighur Muslim ke China tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang terhadap pemohon suaka, kata Datuk Anwar Ibrahim.

“Pertimbangan kemanusiaan mesti mengatasi kepentingan politik. Sebagai negara berdaulat, kerajaan mesti bertindak sewajarnya dalam pengendalian kes seperti ini.

“Mereka berada di negara kita mencari perlindungan dari penganiayaan di negara asal mereka dan sepatutnya diberi layanan seperti yang dijamin undang-undang antarabangsa.

“Penghantaran pulang secara tiba-tiba tanpa kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melanggar undang-undang antarabangsa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada kenyataan media 10 Februari lalu.

uighur4Baru-baru ini, kerajaan Umno BN  menghantar pulang sekurang-kurangnya tiga pelarian Uighur yang mengharapkan suaka politik di Malaysia.

Pada Ogos 2011, kerajaan juga melakukan tindakan sama dengan menghantar 11 pelarian Uighur pulang ke China.

Sejak rusuhan di Urumqi, China pada 2009, , penindasan terhadap masyarakat Uighur di wilayah autonomi Xinjiang Uighur, menjadi bertambah buruk. Berikutan itu, bilangan masyarakat Uighur melarikan diri ke negara asing terutamanya di negara Asia.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Posts