Mistik kehidupan ‘ahli sihir’ Czar
Russia, Czar Nicholas II iaitu Grigori Rasputin bukan sahaja berkisar
tentang kehidupan dan saat kematiannya yang liat, namun ia turut
mengaitkannya dengan organ kemaluannya. Menurut beberapa pendapat,
anggota kemaluan Rasputin dikatakan adalah paling panjang pada zamannya.
Dianggarkan bahawa ia berukuran lebih daripada 13 inci panjang.
Terdapat dua versi bagaimana anggota
sulit Rasputin ini berjaya ‘diselamatkan’. Kisah pertama menceritakan
bagaimana seorang wanita berjaya menyimpan anggota sulit Rasputin
selepas pembunuh-pembunuh beliau bertindak memotong anggota sulitnya.
Pada mulanya, wanita tersebut hanya datang untuk mencuci kawasan yang
menjadi lokasi pembunuhan Rasputin.
Kisah kedua pula mempunyai versi yang
lebih dipercayai. Selepas Rasputin dibunuh, seorang kawan kepada
isterinya menyimpan anggota sulit Rasputin sebagai tanda
kenang-kenangan. Namun, entah bagaimana, pada 1920-an anggota sulitnya
sampai di Paris dan menjadi alat sembahan kepada mereka yang ingin
‘kesuburan batin’. Anak perempuan Rasputin, Marie Rasputin merayu untuk
mengembalikan anggota sulit bapanya kepada keluarganya. Ia kekal berada
di tangan Marie Rasputin sehingga kematiannya pada 1977 di California.
Pada 1994, anggota kemaluan Rasputin
kembali timbul. Seorang lelaki daripada California, Amerika Syarikat
telah berjaya membeli daripada seorang doktor yang bernama Dr. Ripple.
Selepas itu, kisah tersebut kelihatan kabur.
10 tahun kemudian,Igor Knyazkin iaitu
pengarah Russian Museum of Erotica di St. Petersburg telah mendakwa
memiliki alat sulit Grigori Rasputin yang berukuran 11 inci panjang.
Walaubagaimanapun, ia adalah bertentangan dengan apa yang didakwa oleh
Marie Rasputin yang mana beliau mendakwa memiliki alat sulit Rasputin
yang berukuran 13 inci panjang.
Terdapat beberapa pihak mendakwa, alat
sulit Rasputin yang dipamerkan di muzium tersebut adalah milik seekor
kuda atau spesies bovine.
No comments:
Post a Comment