- Sejumlah 20 kilogram daun ketum berjaya ditemui susulan pemeriksaan ke atas kenderaan dua warga Thailand yang cuba menyeludup bahan terlarang itu ke negara mereka.
JITRA - Seorang lelaki warga Thailand ditahan polis ketika sedang leka
mengisi daun ketum ke dalam beg plastik dalam satu kejadian di Kampung
Changkat Setoi, Changloon, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 28 tahun itu diserbu sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu diketuai Inspektor Buddy Arman.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd Rahim Abdullah berkata, siasatan awal menemui sejumlah empat kilogram daun ketum yang telah dipetiknya sendiri.
“Suspek juga dipercayai telah dua kali datang mengambil bekalan daun ketum di kampung itu bagi kegunaan sendiri dan untuk dijual di pasaran Thailand.
“Kita menahan suspek untuk tindakan lanjut dan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) hingga 25 Februari ini,” katanya, semalam.
Sementara itu, dalam kes berasingan, tindakan dua lelaki warga Thailand menyembunyikan sejumlah daun ketum di tempat letak tayar gantian dalam sebuah kenderaan jenis MPV berjaya dihidu pihak berkuasa dalam kejadian Khamis lalu.
Ketika kejadian, kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang dinaiki mereka ditahan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Kilometer 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala sempadan Bukit Kayu Hitam - Thailand, dekat sini.
Abd Rahim berkata, pemeriksaan oleh pihak UPP berjaya menemui sejumlah 20 kilogram daun ketum yang diisi dalam empat guni berasingan.
“Hasil siasatan awal mendapati, suspek baharu sahaja selesai mengambil daun ketum tersebut daripada pembekal di sekitar Kodiang dan mahu seludup ke negara mereka.
“Kita percaya daun ketum ini bertujuan untuk dijual di pasaran Thailand dengan harga lebih tinggi berbanding harga modal di sini,” katanya.
Menurutnya, difahamkan harga ketum di pasaran Thailand kini mencecah RM70 sekilogram berbanding harga di sini (Kedah) kira-kira RM20 sekilogram.
“Berikutan ada permintaan dan harga tinggi yang ditawarkan menyebabkan masih ada pihak mahu mengambil risiko untuk melakukan aktiviti penyeludupan ketum.
“Bagaimanapun, pihak polis bersama agensi penguat kuasa lain sentiasa memberi perhatian serius dalam kegiatan haram seperti penyeludupan di kawasan sempadan,” katanya.
Abd Rahim berkata, Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 20 Februari hingga esok (hari ini).

No comments:
Post a Comment