Kenderaan Humvee ialah kenderaan membawa infantri yang paling popular sebelum ini. Ianya digunakan askar Amerika Syarikat secara meluas ketika perang teluk. Akhir-akhir ini Humvee tidak lagi layak digunakan kerana tentera Al Qaeda menemui kelemahan kenderaan ini yang mudah dimusnahkan menggunakan RPG 7 dan bom tepian jalan IED. Kenderaan baru yang lebih tahan lasak diperlukana bagi menggantikan Humvee yang sudah digunakan sejak 1984.
Pihak Israel Militiry Industries menghasilkan CombatGuard,
kenderaan infantri generasi terkini untuk kegunaan mereka. Jika
dibandingkan dengan Humvee, CombatGuard bukan sahaja lebih tahan
serangan roket dan IED ianya juga lebih tahan lasak. Ia mampu meredah
permukaan berbukit bukau dan beralun dari Humvee. CombtGuard
diperkasakan enjin diesel 300 kuasa kuda. Menurut IMI ia mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam di atas jalan raya dan 120 kilometer sejam di atas permukaan tidak berturap. Ini adalah menakjubkan bagi sebuah kenderaan armor dengan berat bersih 8000 kilogram!
No comments:
Post a Comment