Tuesday, 20 January 2015
Inilah Satu-Satunya Bandar Di Dunia Yang Mengharamkan Sebarang Alat Elektronik
Green Bank, yang terletak di Pocahontas County, West Virginia, Amerika Syarikat, mungkin satu-satunya bandar di mana telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan televisyen tidak di boleh digunakan dan menyalahi undang-undang. Ini di sebabkan di bandar itu terletaknya teleskop terbesar di dunia steerable radio di bumi - Robert C. Byrd Green Bank Telescope (GBT), yang dikendalikan oleh National Radio Astronomi Observatory. Bnadar ini menjadi sunyi di sebabkan oleh GBT. Mungkin tak ramai yang sanggup tinggal di sana kan?
Walaupun sedikit pelepasan gelombang radio daripada peranti elektronik ianya boleh menghalang bacaan daripada teleskop radio. Oleh kerana itu, semua telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan alat-alat komunikasi yang lain adalah menyalahi undang-undang di bandar ini. Kereta yang menggunakan petrol juga di larang sama sekali.
Sempadan zon bebas peranti terletak jauh di luar Green Bank. Rantau, yang dipanggil National Radio Quiet Zone, bersempadan dengan West Virginia, Virginia, dan Maryland. Pasti ramai daripada kita tidak boleh bayangkan hidup tanpa telefon bimbit atau sebarang alat elektronik. Walau bagaimanapun terdapat 140 penduduk yang tidak keberatan tinggal di sana. Kanak-kanak bermain di taman permainan dan remaja hanya duduk membaca buku. Jika mereka perlu menghubungi seseorang, mereka akan menggunakan telefon berbayar jenis lama.
Kanak-kanak Masukkan Adik Baru Lahir Dalam Beg Untuk Tunjuk Kepada Kawan Di Sekolah
Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.
Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.
Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.
Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.
Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi
Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) telah menganjurkan satu demontrasi aset udara TUDM
kepada pihak media tempatan dan juga pemimpin masyarakat Sabah yang
telah diadakan di Lapangan Terbang Tawau.
Pelbagai acara telah diaturkan bagi
mempamerkan keupayaan elemen TUDM sentiasa berada ditahap yang optimum
seperti pertunjukan demontrasi oleh Pesawat Hawk diikuti letupan,
demontrasi Fast Ropping dan Spie Rig dengan
menggunakan pesawat Nuri, pameran statik pesawat Hawk dan C130H serta
tinjauan ruang udara bersama tim media dengan menggunakan helikopter
Nuri dan EC725.
Bagi mencapai objektif TUDM mengenai
perlaksanaan acara ini, kehadiran oleh komuniti masyarakat setempat
turut diberi perhatian yang mendalam bagi menyaksikan demontrasi aset
TUDM. TUDM dan ATM memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Sabah dan
Sarawak khasnya bahawa penempatan pesawat-pesawat ini membuktikan
komitmen TUDM terhadap keselamatan negara sentiasa diberi keutamaan.
TUDM telah mempertingkatkan keupayaan
dan kemampuan aset udara untuk melindungi kedaulatan negeri-negeri di
Malaysia Timur dengan menempatkan beberapa buah pesawat pejuang Hawk
dibawah pengoperasian Detasmen Tetap No6 Skuadron di PU Labuan bagi
melaksanakan operasi-operasi pemantauan ruang udara di kawasan
persekitaran Sabah dan Sarawak.
Seramai 46 orang petugas media yang
terdiri dari kalangan media elektronik, media cetak dan media sosial
telah dijemput untuk bersama-sama menyaksikan acara demontrasi ini.
Turut hadir ke acara ini ialah Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang
TUDM, Panglima Operasi Udara serta YB Datuk Hj Tawfiq bin Datuk Seri
Panglima Hj Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Jubah Halimunan Teknologi Terbaru Untuk Tentera
Syarikat Kanada HyperStealth Bioteknologi telah mencipta jubah yang akan membuat tentera benar-benar tidak kelihatan.
Material ‘Quantum Stealth’ telah direka oleh Guy Cramer. Ianya berfungsi menggunakan selekoh gelombang cahaya di sekitar subjek dan membuang visual (penglihatan malam) inframerah, dan tanda haba.
“Cloak of Invisibility” Penggunaanya tanpa kamera, bateri atau cermin.
Monday, 19 January 2015
UTM pamer kehebatan prototaip UAV
MOHD. AZRAAI KASSIM (empat dari kiri) bertanyakan sesuatu mengenai pesawat UAV selepas beliau merasmikan Demonstrasi pesawat UTM-UAV CAMAR 1 di Padang Tapak UTM, Skudai, Johor, semalam.
Advertisement
JOHOR BAHRU 15 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melangkah dalam merintis projek penyelidikan dan pembangunan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) dengan melancarkan prototaip pesawat itu yang dikenali sebagai UTM-UAV Camar 1.
Peralatan pintar yang dihasilkan menerusi pembangunan strategi berfasa itu dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem pemanduan automatik yang membolehkannya terbang pada altitud dan koordinat yang ditetapkan.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, pesawat itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya mengutip data bagi tugas pemetaan dan kerja pemantauan yang tidak memerlukan tenaga manusia.
Advertisement
“Prototaip pesawat ini direka sendiri oleh Kumpulan Aeronautik UTM yang terdiri daripada lapan penuntut ijazah kedoktoran dengan kerjasama Unmanned System Technologies Sdn. Bhd. (UST) yang merupakan anak syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM).
“Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dua tahun lalu merangkumi penyelidikan kejuruteraan aeronautik, aerodinamik, avioniks dan instrumentasi, struktur dan bahasa serta sistem dinamik dan kawalan pesawat,” katanya semasa menyaksikan demonstrasi penerbangan pesawat itu, di sini.
Mohd. Azraai berkata, UTM-UAV Camar 1 mempunyai rentang sayap sepanjang dua meter, berat maksimum kira-kira lima kilogram dan mampu terbang selama dua jam pada ketinggian 400 meter dalam lingkungan jarak 20 kilometer dan berkelajuan 18 meter per saat.
Menurutnya, pesawat berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh setahun setengah termasuk proses reka bentuk, analisis dan ujian.
“Kejayaan program ini hasil pembangunan teknologi dan kepakaran tempatan. Prototaip pesawat ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang usahasama dan perkongsian kepakaran dalam aspek aeroangkasa negara dan penerokaan jaringan antarabangsa,” katanya.
Sumber: Utusan
10 Perkara Yang Tidak Diajar Dalam Bilik Darjah
Bilik
darjah boleh dikatakan satu tempat dimana kita belajar apa yang kita
lihat dan lakukan setiap hari. Tetapi kadang-kadang ada juga perkara
yang biasa kita lihat atau buat tetapi tidak diajar di dalam bilik
darjah yang membuatkan kita tertanya-tanya kenapa, mengapa dan
bagaimana.Disini kami bawakan 10 perkara yang tidak diajar di dalam bilik darjah tetapi perkara yang biasa kita lihat atau tengok.
Semoga dalam senarai ini ada yang dapat menjawab persoalan anda selama ini.
Teknik penggunaan 'Green Screen' dalam filem.
Bagaimana mesin basuh berfungsi
Bagaimana Zip Seluar berfungsi
Apa yang berlaku dalam tubuh ketika sedang minum air
Bagaimana kon aiskrim dibuat
Bagaimana Micheal Jackson 'melawan graviti'
Bagaimana kipas berpusing
Bagaimana anak kunci membuka kunci
Bagaimana semut berjalan
Bagaimana klip kertas dibuat
Sumber: Siakapkeli.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
A nude world record has been set as 400 people bared it all and went skinny-dripping into sea on Rhossili Beach, Gower (South Wales). T...
-
TAK pakai baju dalam, kini menjadi trend selebriti Korea. Budaya inikah yang ingin dibawa masuk oleh pemimpin-p...
-
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. I...
-
TAIPEI - Seorang wanita Taiwan yang baru berkahwin, secara tidak sengaja telah terdail nombor suaminya melalui telefon bimbi...
-
Post kali ini bukan bermaksud untuk semata-mata unsur lucah.Tetapi ia bertujuan bertujuan untuk menambah pengetahuan kepada siapapun ya...
-
Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort terseb...
-
Sumber: Ibnu Hasyim Penerjun negara, Leong Mun Yee menjalani latihan di Pusat Akuatik di London,...
-
APA rasa, bila U ambil makanan dengan mulut U dari puting susu seorang wanita bogel, yang sedang terlentang depan U? Gambar di atas in...
-
Pembedahan yang dilakukan untuk ‘mencantikkan’ vagina kini semakin meluas. Malah penyelidik mendapati ramai remaja yang baru berusia 14 ...
-
Nudes-A-Poppin Tidak ada bedanya berbogel begini, dengan 'pakaian tapi telanjang' seperti yang dipakai ...























