Monday, 11 February 2013

Madrasah Untuk Gadis-Gadis Malang Kazakhstan

Kawthar ialah sebuah madrasah untuk gadis-gadis yatim dan malang yang terletak di Kazakhstan. Kawthar dibuka pada tahun 2005 dengan tujuan mendidik kanak-kanak malang dengan landasan Islam. Gadis-gadis kecil ini ditempatkan di asrama sepenuh masa dan diberikan pendidikan secukupnya. Mereka juga wajib bertudung dan mengambil kelas membaca Al Quran. Madrasah seperti Kawthar menyelamatkan anak gadis ini dari kehidupan yang sukar. Ada yang diselamatkan dari bapa pemabuk dan suka mendera. 
Nampak suasana Kawthar sangat aman dan damai. Lawa juga madrasah ini dan pelajarnya juga menggunakan komputer untuk menimba ilmu. Good balance antara kemajuan duniawi dan rohani.



Demi Emping Jagung

Mick Hobday menghabiskan 36,000 pound dengan menjelajah ke 60 negara termasuk Malaysia untuk merasai emping jagung paling enak. - AGENSI

LONDON 11 Feb. - Seorang peminat makanan bijirin sanggup menghabiskan sebanyak 36,000 pound (RM176,242.75) dengan menjelajah ke 60 negara untuk merasai emping jagung paling enak yang merupakan makanan kegemarannya.
Mick Hobday, 33, telah menikmati lebih 4,000 mangkuk emping jagung dalam pengembaraannya ke lima benua sejak 10 tahun lalu.
Namun, Hobday berhasrat untuk terbang ke India sekali lagi tahun ini, selepas menemui emping jagung paling enak yang pernah dirasainya dalam penjelajahan ke negara itu sebelum ini.
"Emping jagung di India lebih gelap, rangup dan organik. Lebih menarik lagi ia semenangnya diperbuat daripada jagung yang ditanam di negara itu," katanya.
Walau bagaimanapun katanya, beberapa jenama yang murah, yang kebanyakannya ditemui di Asia dan Afrika, mempunyai rasa yang sangat teruk dan lembik serta-merta selepas dicurah susu.
Hobday berkata, dia 'jatuh cinta' pada emping jagung ketika mula merasainya pada usia 10 tahun.
Dia kemudian meminta ibunya menyediakan makanan itu tiga kali sehari, dinikmati bersama susu dan gula, kadangkala ia dijadikan hidangan utama untuk makan tengah hari atau malam.
Idea melancong sambil merasai emping jagung bermula ketika dia berada di Mexico pada September 2002 dan kemudian merasai makanan itu di berpuluh-puluh negara termasuk Mali, Brazil, Thailand dan Switzerland.
Hobday juga tidak lupa mengambil gambar sambil menikmati emping jagung di depan monumen popular tempat yang dikunjunginya, antaranya menara Eiffel di Paris, Times Square di New York dan piramid di Mesir.
Bagi merealisasikan impiannya, lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan pelbagai kerja sementara, bagi mengumpul wang untuk menjelajah ke serata dunia termasuk dengan berbasikal sejauh 2,0921.5 kilometer.
"Hidup saya untuk mengembara dan mahu melawat semua negara dalam dunia. Bagaimanapun, bagi menjadikan impian saya sesuatu yang unik, saya mewujudkan idea mengembara sambil menikmati emping jagung," katanya. - AGENSI

MAT SABU sesuai calon parlimen KUBANG PASU???

Oleh Pemuda Kubang Pasu
 
Kubang Pasu merupakan parlimen yang amat menarik diperhatikan. Selaku parlimen mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir yang rasanya amat diketahui 1Malaysia. Sebelum kita soroti lebih jauh lebih baik kita melihat elemen yang terdapat di parlimen ini. Parlimen Kubang Pasu yang keluasannya sebesar negeri Perlis bersempadan dengan Thailand( Danok ), Penang, Perak dan Kelantan. Kedudukannya yang stategik menyebabkan banyak pembangunan yang berjaya dilakukan samada oleh pemerintah ataupun pihak swasta. Kalau hendak dibandingkan Kubang Pasu 20 tahun yang lepas memang terdapat perbezaan yang amat ketara.

Kubang Pasu dikelilingi dengan institusi pengajian tinggi seperti UUM, Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan Malaysia Kampus Darulaman, Institut Latihan Perindustrian, kolej Komuniti dan banyak lagi institusi yang berada disini. Selain itu juga terdapat 51 buah sekolah kebangsaan, 30 buah sekolah menengah kebangsaan, MRSM, SBPI dan Sekolah Mengenah Sains Kubang Pasu. Ibarat kata Kubang Pasu seperti Bandar Baru Bangi di Selangor yang penduduknya juga dikalangan orang yang berpendidikan tinggi.


Ironinya dari segi politik terdapat perubahan politik yang ketara walaupun masih dimenangi oleh UMNO. UMNO pernah memenangi Parlimen Kubang Pasu dengan majority melebihi 25 ribu tetapi angka tersebut semakin berkurangan setiap kali pilihanraya antara 5 – 7 ribu. Pada PRU12 UMNO hanya menang dengan majority 7 ribu melalui calonnya Datuk Johari Baharum. Pada tsunami politik 2008 Kubang Pasu satu-satunya parlimen yang PAS kecundang di Parlimen dan DUN ( Bukit Kayu Hitam dan Jitra ) memandangkan di 14 Parlimen lain PAS memenangi samada kerusi DUN atau PARLIMEN ataupun menyapu bersih semua sekali.

Selepas PRU12 kebangkitan anak muda semakin ketara tidak ketinggalan di Kubang Pasu. Ekoran daripada itu terdapat pihak yang merupakan penyokong PAS yang dikenali sebagai PEMBELA yang perangainya sebijik macam UMNO diketuai oleh BASIR ISMAIL, IR JAMAL NASIR dan konco-konconya. Mereka ini menyerang PAS KAWASAN tanpa adab dan penuh KURANG AJAR. Mereka pernah menggelarkan kepimpinan PAS KAWASAN sebagai manusia paling bodoh di dunia dan kemudiannya di sambut dengan gelak ketawa dan tepuk tangan dari pengikut-pengikutnya. MEMANG KURANG AJAR PUN. Pada ketika itu juga mereka ini dikatakan mendalangi pengedaran buku KENAPA USTAZ AZIZAN TIDAK BOLEH MENJADI MB ketika muktamar PAS di batu 9 serta menyerang peranan yang dimainkan oleh AHLI MAJLIS pada ketika itu. Mereka ini telah menghasut untuk mengajak penduduk membuat demontrasi menyerang AHLI MAJLIS dan PAS KAWASAN demi kepentingan diri sendiri. Mereka mewujudkan USRAH KUBRA ( DAH PUPUS PUN ) sebagai wasilah untuk mencari pengaruh dan menghantam kerajaan negeri dan PAS KAWASAN.

Pada pemilihan PAS pada tahun 2011, konco-konco mereka ini berjaya memenangi beberapa jawatan samada pada peringkat dewan pemuda atau pun kawasan. HASILNYA, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu seperti tidak wujud. Katanya Timbalan Ketua Pemuda Kaman Jaafar yang merupakan penerangan PEMUDA NEGERI yang sering dilihat di kedai kopi gagal menghidupkan PEMUDA KUBANG PASU walaupun bercakap di peringkat negeri macam garuda tetapi di kawasan macam beruk kementoi, lesu macam bangkai bernyawa. Sebagai contoh, pada HKR112 parlimen lain boleh merancang belasan buah BAS tetapi KUBANG PASU memang hampeh pun, sehinggakan penduduk KUBANG PASU merasakan DEWAN PEMUDA KUBANG PASU SUDAH BUBAR DAN TIDAK WUJUD LAGI….

Setelah puak-puak ini berjaya mempengaruhi pemilihan PAS KAWASAN dan akhirnya agenda mereka ini semakin mencapai kejayaan. Puak-puak ini berjaya menjadi AHLI MAJLIS dengan sedikit tipu daya yang memang tidak lagi menjadi rahsia lagi di KUBANG PASU. Semenjak itu mereka ini ibarat duri dalam daging dalam pentadbiran PBT dan kerajaan negeri sehinggakan terdapat EXCO yang memang amat mempercayai puak-puak ini. Banyak masalah yang ditimbukan oleh mereka ini yang menjadi liability dan beban pada PAS. Antara isu-isunya:

1. Tapak bazaar Ramadhan di Yawata yang dikatakan mereka ini berjaya memperolehi puluhan ribu ringgit kerana membuka khemah diluar kebenaran YDP MDKP dan menyalahgunakan kuasa mereka sebagai ahli majlis. Katanya ada pihak yang tidak berpuas hati telah melempar mercun di rumah ahli majlis di Taman Bunga Raya.

2. Isu perlantikan YDP MDKP yang mana mereka telah berdemontrasi di wisma negeri dan di Jitra serta menuntut perletakan jawatan SUK Datuk Rasli. Membuat gempak gempita mamcam beruk mendapat buah pisang, akhirnya senyap begitu jua, kembali sepertimana arahan asal, yang susahnya MB yang terpaksa mengadap YDPA.

3. Nat Tok Jalai : diluluskan dalam mesyuarat Ahli Majlis setelah berunding dengan persatuan penjaja dan mendapat persetujuan secara majority dengan para penjaja tetapi akhirnya berlagak HERO membela nasib penjaja ( perangai macam puak munafik ) dan kesudahannya sehingga hari ini gagal diselesaikan.

4. Projek-projek kecil yang diberikan kepada kroni dan konco-konco mereka yang semakin kaya raya sekarang. Sebab tu depa nie perangai sebijik macam UMNO cuma ahli je PAS.

5. Banyak lagi isu2 yang nak diterangkan rasanya sampai esok tak habis kalau tulis perangai buruk puak2 nie. Itu x kira lagi isu pasaipa ada puak2 nie yg pernah dipecat jawatan dalam PAS…..

Menjadi satu yang mengecewakan apabila terdapat suara2 yang mengatakan puak2 yang berjiwa UMNO nie akan diangkat sebagai calon PRU13. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Katanya ir Jamal Nasir yang katanya bini pun sorang pun tak boleh nak jaga akan diangkat sebagai calon. Sejak tahun lepas rata tempat turun berceramah berkempen untuk diri sendiri dan akhir-akhir ini katanya akan mewakili PARLIMEN bukan lagi DUN. Adakah PAS dah ketandusan calon di KUBANG PASU sehinggakan hendak mencalonkan calon yang bermasalah??? CALON INI akan menjadi liability pada PAS dan PAS terpaksa menjawab banyak isu yang dibuat oleh puak2 nie. RASANYA UMNO TENGAH BERSEDIA DENGAN PELURU BERPANDU UNTUK MENYERANG PAS

DENGAQ-DENGAQ CAKAP, ada UPU yang bersedia untuk menutup bilik jentera pilihanraya sekiranya calon yang bermasalah ini diangkat sebagai calon. KUBANG PASU kawasan yang dipenuhi golongan INTELEKTUAL DAN BERPENDIDIKAN tak kan la nak meletak calon GRED C setakat memperolehi 
( ir ) tetapi tidak mempunyai kewibawaan. Rasanya KUBANG PASU sebagai kerusi mantan PERDANA MENTERI di letakkan ABANG MAT SABU yang pasti mendapat sokongan ramai pihak memandangkan PARLIMEN KUBANG PASU populasi penduduknya yang pelbagai kaum meliputi MELAYU 50%, 30% CINA, 10% INDIA DAN 10% SIAM DAN LAIN2. ABANG MAT SABU INSYA ALLAH memperolehi kejayaan dengan sokongan semua pihak dan kaum dan pasti menggerunkan JENTERA UMNO……

Baju Kalis Peluru Kebal Tembakan AK-47!

Jurutera senjata rusia telah mencipta perisai kalis peluru baru yang dinamakan Zabor untuk tentera mereka.
Perisai ini paling kuat di dunia dan boleh menahan tembakan AK-47 dan Sniper Rifle (SVD).
AK-47 dan SVD memang cukup menggerunkan.
Dicipta untuk membunuh dan meninggalkan kerosakan kekal pada tubuh manusia sehingga kini
 
 
 




 
pentakbertudungblogsport

PAS Bincang Tolak Anwar.. Mengarut! -Nik Aziz



TG Nik Aziz menggaul Yee Sang bersama tokoh perniagaan Cina Kelantan

KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan berita yang mendakwa PAS berbincang untuk menolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebagai mengarut.

Menurut Tuan Guru, beliau selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS langsung tidak berbincang berhubung perkara itu, malah tidak tahu menahu mengenainya. “Saya sendiri pengerusinya, tentu saya tahu kalau berbincang, mengarut semua ni,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS berbincang untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Beliau berkata ketika ditemui di kediaman  tokoh perniagaan Cina Kelantan Kenny Chua sempena kunjungan Tuan Guru ke rumah-rumah mereka di hari Tahun Baru Cina, di Taman Limau Manis, di sini pagi semalam. Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini melaporkan yang sebagai memetik sumber dalaman PAS kononnya Majlis Syura turut berbincang keputusan itu.

Kali terakhir Majlis Syura bermesyuarat adalah 13 Januari lepas dengan dipengerusikan sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz.  Antara yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah menggugurkan keahlian Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Baru-baru ini dilaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din. Kononnya dalam pertemuan itu Haron memaklumkan Majlis Syura menolak Anwar sebagai bakal PM. Dengan penjelasan ini bermakna perkara itu hanya mainan media Umno untuk memecahkan hubungan baik dalam Pakatan bagi memberikan peluang kepada BN semula untuk terus memerintah negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah mencadangkan agar isu bakal PM hanya akan ditentukan selepas penamaan calon. Semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi empat pemimpin masyarakat Cina di Kota Bharu sebagai rutin tahunannya bila tiba perayaan itu. Antara kediaman yang beliau kunjungi Pengerusi Eksekutif SBJ Sdn Bhd, Datuk Tan Liang Chong dan Kenny Chua.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Tuan Guru turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina sama ada di Kelantan atau di seluruh negara dan dunia. Menurutnya, semoga Allah menyelamatkan kehidupan umat di dunia ini. Katanya, Islam agama perpaduan, agama menyatu ummah pelbagai bangsa di dunia. (Hrkh)

Kesal sikap pengusaha kuari


Kesal sikap pengusaha kuari
Ibrahim ketika bersama penduduk bagi membincangkan permasalahan berkaitan yang berlaku di sekitar kampung tersebut.
 
WANG TEPUS - Tindakan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pemandu lori yang menjalankan operasi mengangkut pasir tanpa mengikut peraturan di jalan Wang Tepus-Tanah Merah sekitar kampung dekat sini, akan menyebabkan mereka berhadapan hukuman berat.
Hal ini susulan terdapat banyak kemalangan berlaku di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Yusof, berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan terhadap semua kenderaan berkaitan untuk kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, pihaknya turut mengenal pasti kebanyakan kemalangan yang berlaku melibatkan kenderaan berat terbabit sehingga mengakibatkan kematian terutamanya kepada penduduk sekitar.

“Kita akan sarankan kepada pemandu lori yang melalui jalan itu supaya mementingkan soal keselamatan penduduk, bukannya untuk mengejar keuntungan dan masa semata-mata.

“Kita juga akan mengatur perjumpaan bersama pengusaha kuari pasir di sekitar kawasan ini supaya mematuhi peraturan sepertimana yang diingini penduduk,” katanya dalam majlis minum pagi bersama penduduk berhubung isu berkenaan, kelmarin.

Ibrahim berkata, program High Profile Policing yang diadakan itu bertujuan untuk memberikan pendekatan baru terhadap masyarakat memandangkan kebanyakan mereka dilihat segan untuk mengadakan perbincangan di balai polis.

“Bersempena musim cuti Tahun Baru Cina, Operasi Selamat akan diadakan dan pelajar di sekitar daerah ini dinasihatkan supaya memaklumkan kepada polis sepanjang mereka bercuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Sekiranya mereka tidak membawa pulang kenderaan, ia perlu dikunci sebaik mungkin kerana bimbang berlakunya kecurian dan perlu juga memaklumkan kepada anggota yang membuat rondaan maklumat mengenai nombor untuk dihubungi serta alamat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung keselamatan kebanyakan pelajar dari luar kawasan di sini, yang pulang ke kampung untuk bercuti sempena perayaan tidak lama lagi.

Sesiapa yang akan pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina boleh menghubungi talian 04-9176999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke talian Rakan Cop.

Mat rock hensem jadi ustaz



Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.

Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.

Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985

Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.

Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.

Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Nama :Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal:Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Isteri :
1. Rogayah Binti Sulong (43 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun)

Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun)
2.Nur Farhah (20 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (17 tahun)
5.Ikhwan Najmi (15 tahun)
6.Khairul Mukmin (8 tahun)
7.Rasydan (7 tahun)
8.Daniel (5 bulan )

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Sumber: wasukalu.com

Popular Posts