Monday, 19 November 2012

Mat UMNO dah gabra




Bagi sesetengah yang turut berada di Pusat Dagangan Dunia Putra tahun demi tahun, sama ada secara default atau kerana ingin turut sama berseronok dengan suasana pesta tatkala UMNO mengadakan persidangan, picturesque (pemandangan) di persekitaran bagunan tersebut mengesahkan mood happy happy itu.


Sedang perwakilan UMNO berseloroh menyampaikan pidato dan disambut dengan gelak dan hilai ketawa – dari Pengerusi Tetap membawalah kepada Presiden (memberikan gambaran seolah-olah raison d-etre parti tersebut adalah untuk berseronok-seronok dan tidak semestinya kerana perjuangan politik Melayu), di ruang legar pula keadaannya lebih kurang macam pasar jalanan Uptown di mana sekian banyak gerai menjual sekian banyak barangan dikunjungi oleh sekian banyak pengunjung.
 
Yelah, para perwakilan serta rombongan mereka itu kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur dan juga dari luar bandar. Nak shopping di pusat membeli belah premium di ibu kota agak kekok. Mungkin ongkos yang dibawa atau diberikan oleh calon (atas nama bantuan kos perjalanan dan penginapan) tidaklah sebanyak mana. Maka mahu tak mahu shopping di dewan legar PWTC sahajalah jawabnya
Kalau nak makan, pergilah ke tingkat atas bangunan The Mall di seberang jalan. Di situ juga ada banyak gerai dan harganya pun tidaklah mahal sangat. Kalau nak style sikit mungkin boleh lepak di beberapa restoran berfesyen di sebelah hadapan bangunan berkenaan. Bila boleh duduk minum kopi dengan harga kopi lebih RM5 secawan, baru ada ummph, baru ada perwatakan pemimpin. Nanti bila balik ke cawangan boleh dijadikan modal untuk bercerita.
Picturesque suasana persidangan UMNO di era moden, terutama setelah tempat persidangan berpindah di PWTC dari merata kerap menawarkan pertembungan budaya dua golongan atau kategori anggota parti - golongan elit dengan golongan bukan-elit.
Golongan elit lebih mudah untuk diperhatikan. Kereta mereka, dari jenis termewah sedia terpakir di ruang letak kereta tidak jauh dari pintu masuk bangunan. Seseorang boleh sahaja memperhatikan beberapa buah Mercedes CLS atau S Class atau BMW 7 Series dengan nombor pendaftaran tunggal atau nombor dwi atau nombor berturutan (yang menjelaskan betapa kedudukan sipemiliknya adalah bertaraf warlord kecil di Bahagian atau Cawangannya).
Warlord besar tak pakai kereta seperti itu. Mereka adalah anggota kabinet dan mereka cuma boleh bergerak secara rasmi dengan sebuah Proton Perdana hitam. Kalau ada pun kereta jenis mewah itu termasuk juga kenderaan pacuan 4-roda Hummer dan Porsche Cheyenne, maka itu untuk masa bukan-rasmi.
Bagaimanapun, tidak kira sama ada warlord kecil atau besar, mereka berpakaian segak – pakaian kebangsaan lengkap dengan songkok dan kain sampin. Yang tidak kebangsaan cuma pakaian kaki atau footwear sahaja. Orang Melayu bila berpakaian baju Melayu lazimnya bercapal sahaja, tapi mereka ini nampaknya melanggar budaya dengan memakai kasut kulit. Dan rata-rata bukanlah dari jenama ‘Bata’. Tak mainlah jenama jenis ini. Pemimpin UMNO lah katakan. Penting pulak sebab turut berada sama di PWTC waktu persidangan.
Namun, apapun, budaya sudah berubah. Budaya baru menggantikan budaya lama. Dulu orang Melayu masuk UMNO kerana ingin turut sama memperjuangkan nasib dan kedudukan orang Melayu. Di era moden ini kebanyakan yang menyertai UMNO adalah untuk ‘mengejar mimpi Melayu’ atau pursuing the Malay dreams – kehidupan mewah, projek besar, kereta besar, rumah besar, akaun bank yang gemuk dan macam-macam lagi.
Justeru UMNO juga patut mengubah lagunya dari Bersatu Bersedia Berkhidmat, kepada lagu, misalnya Row Row Your Boat (gently down the stream, merrily merrily life is but a dream: Maknnya hidup ini sentiasa memburu mimpi seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di semua peringkat).
Tentu tak salah menyadur lagu orang lain untuk dijadikan lagu sendiri kan. Kalau UMNO boleh buat macam itu dengan lagu kebangsaan, inikan pula lagu parti sendiri.
Disebabkan perubahan budaya, minda dan set minda yang berlaku dalam UMNO cukup ketara (walaupun tidak pernah dinyatakan oleh mana-mana pemimpin UMNO secara hakiki), maka segala sesuatu juga turut sama berubah.
Mana-mana yang menyertai UMNO dengan aspirasi dan mimpi yang dikatakan itu akan mengambil masa tidak lama untuk mempersembahkan diri sebagai pemikir baru dalam Cawangan dan melakukan apa sahaja agar dipilih ke tempat selesa dalam AJK. Langkah seterusnya sudah tentulah Bahagian dengan matlamat (yang dizahirkan atau tidak) untuk menjadi calon dalam pilihanraya.
Anjakan budaya inilah yang telah merobah segala-galanya – yang telah menukarkan UMNO dari sebuah badan siasah tulen kepada sebuah kenderaan atau vehicle bagi mengejar mimpi.
Hakikat ini, walaupun tidak dinyatakan secara eksplisit tetapi dibayangkan oleh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan (sebagaimana dilaporkan oleh Bernama) bahawa menurut beliau, 80 peratus daripada keputusan kerusi yang tewas dalam PRU12 lalu adalah berpunca kerana calon UMNO telah disabotaj oleh ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri.
Sementara umum menyangkakan prestasi buruk UMNO pada pilihanraya umum itu berpunca dari kelemahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, rupa-rupanya Ahmad Maslan membuka tembelang sebenar bahawa faktor tunggal utama yang menyebabkan UMNO hanyut adalah sabotaj dari kalangan orang UMNO sendiri.
Biar betul. Tapi kesianlah jugak. Macam dah tak ada harapan nak memburu mimpi termasuk bagi mereka yang masih dibuai mimpi.
Tak pasti sekiranya Mat juga dapat petanda-petanda dan alamat lain. Tapi petanda yang satu ini, iaitu, ‘sabotaj’ sudah memadai untuk ‘membungkuskan’ UMNO dalam PRU13 (yang bagi UMNO, kalau boleh tak payahlah diadakan terus).
Patutlah, Mat UMNO dan lain-lain kelihatan semakin gabra.

HAMAS Buat Kejutan Lagi.. Allah Akbar!


Gambar Benjamin Netanyahu sedang lari selamatkan diri... Puak-puak ni memang pengecut dan takut mati...

Roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.

TV Israel: "Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."
Sumber: Qassam Media

Allahu Akbar...
MAYAT seorang wanita Palestin dikeluarkan daripada runtuhan selepas rumah keluarganya di kejiranan Tufah, di Bandar Gaza musnah dibom tentera udara Israel semalam.
SEKUMPULAN lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian Bureij, Genting Gaza semalam

Sementara itu, lihat berita dari sumber musuh-musuh Islam ini..
'Israel ancam tingkat serangan'

GENTING GAZA - Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam. Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan.

Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang. Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.


Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat. Dalam
perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang. (Bukan kerna tindakan ganas Israel. IH)

Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik. Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.

Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas. Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang. - Agensi

Boleh murtad jika perlekeh Islam



"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

"Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.

Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.



Boleh murtad jika perlekeh Islam

5 Juta Warga Israel bakal tinggal dalam terowong



Sumber media Israel melaporkan, sejumlah rumah sakit Israel di Palestin 48 (terjajah) meningkatkan kesediaan penuh menghadapi pelbagai kemungkinan.
Chanel 10 Israel menyatakan, keadaan siap sedia terlihat di beberapa rumah sakit, di mana sekitar 5 juta orang Israel menjadi sasaran serangan peluru-peluru berpandu Al-Qassam.

askar yahudi nangis.. wakaka Dalam konteks yang sama, warga Al-Quds (terjajah) mencatat keadaan mencengkam di kota Al-Quds, sejumlah hotel tampak lengang usai jatuhnya peluru berpandu Palestin yang dilancar Brigade Al-Qassam ke beberapa sasaran di Al-Quds Utara pada Jumaat petang kelmarin.

Sumber Israel lain menyatakan sejumlah upaya diminta kepada warga Israel untuk menyelamatkan diri dari peluru berpandu-peluru berpandu pejuang Palestin yang menggugat kawasan selatan jajahan 48 tahun itu, antara lain meminta agar mereka tinggal sementara di Tepi Barat.

Rangkaian Nasional News menyebutkan, usaha yang dilakukan sejak Rabu lalu adalah memindahkan warga yahudi untuk sementara waktu di beberapa penempatan Tebing Barat, seperti Gous Etsion, Modien dan sejumlah penempatan di Nablus agar mereka terhindar dari peluru berpandu jarak jauh yang dilancar hamas dari Gaza.
real punya haramjadah nyorok dalam kolong.. wakaka

Tentera dan Warga Israel Ketakutan

Sumber media menjelaskan, beberapa keluarga yahudi memutuskan untuk pergi ke kawasan tengah, namun sampainya peluru berpandu pejuang AL Qassam ke Tel Aviv mendorong sebahagian dari mereka tertanya-tanya akan manfaat berlindung ke kawasan tersebut, yang tetap menjadi sasaran tembakan peluru berpandu  Palestin.

Menteri Pertahanan Dalam Negeri Israel, Evi Dikhter menyebutkan, dijangka ratusan peluru berpandu akan dibedil pada hari-hari mendatang, seperti diungkap sumber-sumber media Israel.- fb

Inilah rupa roket buatan gaza yang menjadi mimpi ngeri buat 5 juta rakyat Israel dan tenteranya

wakaka

adios

Hamas guna peluru berpandu Iran serang Israel



"
Hamas said it has developed “M-75” rockets with a range of approximately 46 miles that were fired toward Jerusalem. On Thursday, Hamas had also used Iranian-build Fajr-5 missiles in an attack on Kiryat Malakhi. Fajr-5 also has a similar range of 46 miles.
Most of the rockets fired by Hamas have fallen within 25 miles of the Gaza border. By using the longer-range rockets, Hamas has been able to target Tel Aviv and Jerusalem. About 30 rockets were also fired from Gaza into southern Israel on Saturday morning.

Qardhawi: Ummat Muhammad Siap Berperang di Jalan Allah



""Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan jumlah umat Islam, akan tetapi malah disebalik, justru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel mahu menghina umat Islam dengan segala macam cara dan pelbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.

"KHAIBAR, khaibar ya Yahud! Jaysyu Muhammad Saya'uud ..! Asy-Sya'b yurid tahrir filastiin!!! "

(Ingatlah perang Khaibar wahai kaum Yahudi. Sesungguhnya pasukan Muhammad akan kembali mengalahkan kamu. Masyarakat menginginkan kemerdekaan Palestina). Begitulah di antara teriakan-teriakan jemaah solat Jumaat di Masjid Al-Azhar Mesir, beberapa jam lalu waktu Kaherah, setelah mendengar khutbah Jumaat Syeikh Yusuf Qaradhawi, ketua Persatuan Ulama Islam se-dunia.

"Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan jumlah umat Islam, akan tetapi malah disebalik, justru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel mahu menghina umat Islam dengan segala macam cara dan pelbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.

"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kezaliman kepada saudara-saudara kita di Gaza. Wahai bangsa Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat yang besar sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan oleh Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW.

"Kita melihat ketika ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh umat ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Quran dan umat Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk umat islam iaitu dakwah yang tidak ada keraguan di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia bebaskanlah diri kamu daripada menyembah hawa nafsu, dan dari menyembah selain Allah swt, dan menyembah manusia satu sama lain, wahai ahli kitab mari kita bersatu!

"Ini adalah dakwah untuk umat manusia seluruhnya, untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, kerana kita menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi yang lain kecuali yang membusungkan dada dan mengikuti kemahuan syaitan," demikian Syeikh Qardawi.
 

Apache Jatuh & Kapal Perang Israel Dibedil Hamas


Helikopter Apache Israel berpatroli di perbatasan dekat Gaza  
Helikopter Apache Israel berpatroli di perbatasan dekat Gaza (REUTERS/Amir Cohen)

SALAH satu brigade Hamas mendakwa berhasil menembak jatuh sebuah helikopter Apache Israel pada Minggu malam waktu setempat. Roket Hamas juga berhasil menghantam kapal perang Israel di perairan Gaza. Diberitakan kantor berita Kuwait, KUNA, Minggu 18 November 2012, serangan itu dilakukan oleh Brigade Izz Eddin Al-Qassam, salah satu sayap militer Hamas.

Menurut sumber Al-Qassam, Apache yang menjadi bahagian dari satuan kapal perang Israel itu ditembak jatuh menggunakan rudal darat ke udara. Stasiun radio Al-Aqsa milik Hamas mengatakan, lima rudal tipe 107 yang ditembakkan brigade Qassam tepat mengenai kapal perang Israel di perairan Gaza. Menurut pernyataan Hamas, kapal perang ini ingin mencari pesawat tempur mereka yang ditembak jatuh dua hari lalu.

Brigade Qassam mengatakan, serangan terhadap kapal perang Israel adalah bentuk penyergapan kejutan untuk membalas kematian pemimpin Ahmed al-Jabari di Gaza, Rabu lalu. Sementara itu, Operasi Pertahanan Israel gagal mencegah Hamas meluncurkan roket ke arah mereka. Menurut sebuah stasiun radio Israel yang mengutip sumber dari Angkatan Bersenjata Israel, beberapa roket Hamas mendarat di kota Ashdod, Beersheba, Ashkelon, dan Sderot.

Sebanyak 18 roket ditembakkan Hamas dengan jarak beberapa minit ke kota-kota itu, beberapa bahkan mencapai jarak 40 km dari Gaza. Hari Minggu kemarin, Hamas menembakkan 70 roket ke Israel. Rudal Fajr 5 buatan Iran yang dimiliki Hamas juga berhasil meledak di Tel Aviv.

Popular Posts