Sunday, 3 March 2013

Pengusaha kuari pasir degil, angkut pasir seperti biasa


Pengusaha kuari pasir masih degil
Lori mengangkut pasir
 
WANG TEPUS, Kubang Pasu - Ibarat mencurah air ke daun keladi. Itulah perumpamaan sesuai terhadap pengusaha kuari pasir yang dilihat hanya mematuhi kehendak penduduk untuk beberapa hari sahaja di Kampung Kota Mengkuang dan sekitar, dekat sini, semalam.
Tinjauan mendapati, operasi mengangkut pasir dari perusahaan di kawasan berkenaan dilihat masih berjalan seperti biasa pada waktu kemuncak walaupun sudah beberapa kali dibantah penduduk kampung.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan  Penghulu Haji Darus, Shafizan Taib berkata, lori yang mengangkut pasir menggunakan jalan terbabit masih beroperasi sebelum jam 8 pagi.

Menurutnya, pihaknya sebelum itu sudah mengadakan perbincangan bersama perusahaan di sekitar berkenaan kerana menyedari kehadiran kenderaan terbabit dilihat mengganggu penduduk untuk keluar melakukan tugasan harian.

“Memandang operasi ini berlaku seawal pagi ia dilihat bertembung dengan waktu kemuncak penduduk sekitar keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

“Lebih membimbangkan tahap keselamatan pelajar turut terancam kerana ada sebahagian pelajar menggunakan laluan ini ke sekolah setiap hari,” katanya.

Darus berkata, pihak terbabit sepatutnya membuat pemantauan terhadap kapasiti penduduk yang menggunakan laluan itu pada waktu tersebut dan perlu bertimbang rasa terhadap keadaan itu.

“Saya tidak menafikan kehadiran kenderaan ini mengganggu urusan penduduk kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku di kawasan ini melibatkan lori pasir.

“Keadaan ini ternyata membimbangkan penduduk setempat dan pihak terbabit seharusnya memikirkan mengenai soal keselamatan bukannya mengejar keuntungan semata-mata,” katanya.

Laluan utama lori pasir
Penduduk, Osman Saad, 42, berkata, jalan penduduk yang menghubungkan Wang Tepus dengan Tanah Merah turut menjadi laluan utama kenderaan terbabit menjalankan operasi mereka setiap hari.

“Penduduk bimbang setiap kali menggunakan jalan itu dan khuatiri sekiranya kejadian yang berlaku sebelum ini sehingga melibatkan kematian.

“Sememangnya penduduk tidak menginginkan kejadian seperti ini tetapi sebelum keadaan bertambah teruk lebih baik kita mencari penyelesaian untuk mengelakannya daripada berlaku kejadian seperti ini,” katanya.

Katanya, pihak terlibat perlu mengadakan pemantauan dan mengenakan tindakan tegas kepada pihak berkenaan supaya operasi tersebut berjaya dikurangkan demi keselamatan penduduk.

“Bukan penduduk tidak membenarkan langsung operasi ini dijalankan sebaliknya perusahaan terbabit perlu mematuhi kehendak penduduk dan sikap bertolak ansur sudah diberikan namun mereka gagal memberi respons yang baik.

“Kami tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menghalang mereka, tetapi berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan terhadap mereka terlibat,” katanya.
 
Operasi seawal jam 6 pagi
Pekerja kontrak, Senawi Omar, 67, berkata, penduduk berhampiran jalan sering kali mendengar deruman enjin kenderaan berkenaan yang menjalankan operasi mengangkut pasir seawal jam 6 pagi.

Menurutnya, waktu itu merupakan kemuncak untuk penduduk kampung melakukan tugasan seharian dengan menghantar anak ke sekolah dan keluar bekerja.

“Keadaan dilihat terganggu kerana kehadiran lori pasir menyebabkan kesesakan dan keadaan menjadi lebih kelam kabut sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Katanya, disebabkan kerana hanya ingin mengejar keuntungan semata-mata terdapat banyak kemalangan yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

“Penduduk mengambil inisiatif membuat satu papan tanda amaran namun ia hanya dilihat sebagai penghias bahu jalan kerana kebanyakan mereka mengabaikan papan tanda itu,” katanya.

Difahamkan, kehadiran lori pasir di sekitar kawasan berkenaan membuat penduduk setempat berang dengan operasi mengangkut pasir yang dijalankan kerana mengakibatkan kemalangan maut mengorbankan rata-ratanya penduduk setempat.

Wan Azizah: Dakwaan Anwar terlibat tuduhan liar


Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
 
KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu, satu tuduhan liar dan tidak berasas, kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu apatah lagi apabila timbul isu terdapat pihak wartawan yang dibayar bagi mewujudkan perkara berkenaan.

Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar.

“Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.

“Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar,” katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, pihaknya bukan sekadar menafikan perkara yang ditimbulkan itu, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah tersebut.

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.

“Pada saya tidaklah menghairankan suara-suara untuk menyerang, yang penting kita bukan sahaja menafikan tetapi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kerana ini merupakan dakwaan yang terlalu berat, berkait soal keselamatan negara yang mengorbankan nyawa pejuang, rakyat kita.

“Jadi pada saya perkara ini tidak lagi boleh dikompromi. yang kita minta adalah penjelasan terbuka apa sebenarnya yang berlaku sehingga memungkinkan kes serangan di Semporna malam semalam,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Tambahnya, apa yang perlu ditumpukan kini adalah jaminan keselamatan negara termasuk memastikan perairan tidak dibolosi.

“Saya minta kerajaan BN melihat dengan serius, gesaan ini bukan dari pakatan tetapi dari rakyat malaysia, bukan isu politik,” katanya yang dalam masa sama akan meneliti dakwaan-dakwaan lain melibatkan Anwar untuk tindakan undang-undang yang bakal diambil.

Terdahulu, kira-kira 1,000 masyarakat Lembah Pantai dilaporkan mendaftakan diri bagi menjalani rawatan secara percuma yang turut disertai oleh 14 tenaga pakar.

Dr Wan Azizah juga tidak terkecuali memberi khidmat kepada msyarakat di Lembah Pantai dala program berlangsung jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Petir Berita, PAUS Yohanes II Umum Masuk Islam!?





PAUS Yohanes II, atau yang akrab dipanggil Sri Paus, pimpinan umat katholik sedunia melakukan pidato resmi Vatikan kepada dunia internasional mengenai sikap resminya terhadap konflik berdarah Israel-Palestin di Timur Tengah yang kembali memanas belakangan ini. 

Namun apa yang kemudian dikatakannya di depan ribuan umat katholik itu ternyata benar-benar merupakan peristiwa yang sangat mengejutkan! Bahkan boleh dikatakan sebagai "berita abad ini". Ibarat petir di siang bolong, pada pukul 17.00 waktu setempat, Sri Paus mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam.
Saking mengagetkannya pengumuman tersebut, 16 orang di antara ribuan umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus, langsung dibawa ke hospital kerana mendapat serangan jantung mendadak. Hanya 5 nyawa di antara mereka terselamat. Ketika Sri Paus mengatakan sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu serius mendengar. 

Beberapa pimpinan Vatikan nampak seperti tidak terlalu terkejut, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin ramai umat katholik di hadapan Sri Paus yang hairan dengan benda apa yang dipegang oleh beberapa Kardinal dan pimpinan Vatikan itu. 

Ternyata mereka sedang memegang tasbih, sambil mulutnya terlihat seperti sedang membacakan ayat-ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatikan semua sudah tahu bahawa semenjak beberapa bulan terakhir, Sri Paus sudah mulai melakukan sholat dan puasa. Dan itu juga dilakukan bersama-sama dengan mereka semuanya.
Inilah selengkapnya pidato Sri Paus tersebut, yang setelah jadi mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya tidak terlalu terkejut, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum memulai pidatonya):

"Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini tidak lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang perlu saya umumkan ke seluruh penjuru dunia saat ini juga. 

"Yang mana menurut saya, semakin saya tutup-tutupi apa yang ingin saya kemukakan itu, akan menjadi semakin tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani saya. Sudah selama puluhan tahun kamu semua tahu bahawa saya adalah seorang pemeluk agama katholik yang ta'at. 

"Bahkan saya adalah pemimpin umat katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah.

"Namun mulai kini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak puluhan tahun lalu, saya sudah tidak meyakin lagi kebenaran dari agama katholik ini. Kerana semakin saya mendalami alkitab, semakin jelas pula kesalahan-kesalahan yang saya temukan dalam kitab ini. Maka itu, saya berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain. 

"Dengan kitab injil kristian protestant, menjadi semakin rosak. Dengan kitab wedha umat hindhu, tuhannya juga ada 3. Barulah ketika saya mulai membaca Al'Qur'anul Karim, saya tahu apa yang selama ini sebetulnya saya cari-cari."
(Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus melanjutkan ucapannya:

"Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya terima jika saya nekat keluar dari agama katholik. Namun kini saya berani mengambil keputusan penting ini. Saya tidak akan takut lagi pada ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi. 

"Saya hanya ingin hidup tenang, terutama jiwa spiritual saya. Saya sangat berhadap agar umat agama kristain, kristain apapun itu, tidak akan membunuh saya hanya kerana pilihan hidup peribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah udzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok."
(Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata kerana terharu).

"Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasullullaaaah (Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan tersedu-sedu).  

"Saya tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat kristain di seluruh dunia kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya, minimal untuk diri saya sendiri. Saya khawatir akan kehidupan saya di akhirat nanti bila tetap berada dalam jeratan kekafiran."

TERBARU KEMASKINI

Berita Paus Yohanes Paulus II Masuk Islam Adalah Berita Hoax/Bohong
SETELAH pengumuman pengunduran diri Paus benediktus XVI 1ertanggal 10 Februari 2013 (baca Video dan teks Pidato Pengunduran Diri Paus Benediktus XVI )   dan mencuatnya isu penampakan "Paus Benediktus Sholat di Masjid Biru" yang dijadikan dasar untuk membuat berita hoax Paus benediktus masuk Islam, mencuat pula berita lain,yaitu soal Paus sebelumnya yaitu Paus Yohanes paulus II masuk Islam.

Terkait ini kami menyampaikan kembali tentang pesan yang pernah kami sampaikan di Page Muslim Menjawab Tantangan
Perkembangan teknologi sedemikian pesat, sehingga setiap hari kita dibanjiri berbagai informasi dari berbagai arah, dan tak jarang kitapun juga berpartisipasi untuk berbagi informasi yang kita terima untuk disampaikan kepada saudara dan teman teman kita.

Dari berita yang tersebar tersebut ,tidak sedikit dari berita yang beredar tersebut adalah HOAX /berita bohong. Dan ketika dikemudian hari diketahui bahwa berita yang beredar tersebut adalah berita bohong,maka hal tersebut menjadi bumerang bagi para penyebar berita tersebut. Bahkan akibat terungkapnya adanya berita hoax tersebut juga, tidak hanya pribadi penyebar berita dipermalukan, tetapi tidak sedikit Agama dari penyebar berita dijadikan sasaran serangan akibat terungkapnya kalau berita tersebut hoax.

Dalam hal ini Allah sudah memberikan petunjukan kepada umat manusia, terutama orang mukmin tentang bagaimana sikap seharusnya dalam menyikapi sebuah berita/informasi yang kita terima,yaitu ; 
Qs Al hujurat 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
  • Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Sebagai seorang muslim yang tahu tentang Petunjuk Allah tersebut, berusaha untuk melakukan pengecekan terlebih dahulu sebelum menyebar luaskan adalah sebuah keharusan,agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Selain pengecekan terlebih dahulu, kita juga perlu membuka pintu selebar lebarnya kritikan dan masukan dari orang lain terhadap berita yang pernah kita sampaikan. Dan jika kenyataannya masukan dan kritikan tersebut Menginformasikan bahawa apa yang pernah kita sampaikan tidak benar adanya, maka kita tidak perlu segan sedikitpun mengakui kesalahan dan menyampaikan permohonan maaf.

*Pesan ini disampaikan untuk mengingatkan untuk diri sendiri lebih memilih untuk mengajak intropeksi diri dan perbaikan internal,dan berusaha untuk menjauhkan dari sikap yang menjadikan pihak esternal sebagai kambing hitam.

Semoga juga bisa bermanfaat bagi para pembaca,
dan dari penelusuran kami berita soal cerita Paus Yohanes Paulus II bersumber dari sebuah blog yang menggunakan nama :MUALAF ALHAMDULILLAH

Dan setelah membaca seluruh artikel dan soal pencantuman sumber yang diarahkan ke link google , serta membaca beberapa tulisan dengan beberapa berita bombastis dan sensasional di link tersebut,  
  • KAMI BERANI MEMASTIKAN BERITA TERSEBUT ADALAH BERITA BOHONG, YANG DIBUAT MEDIA PEMBOHONG yang menggunakan LABEL LABEL ISLAM.
Untuk menunjukan bukti kebohongan dari berita tersebut,kami perlu memberikan berita pembanding, terutama berita terkait pada masa akhir hidupnya :

Sabtu, 2 April 2005, sekitar pukul 15.30 CEST, Yohanes Paulus II mengatakan kata terakhirnya, "pozwólcie mi odejść do domu Ojca", ("biarkan aku pergi ke rumah Bapa"), kepada pendampingnya, dan mengalami koma sekitar empat jam kemudian.Misa persiapan Minggu Kerahiman Ilahi memperingati kanonisasi Maria Faustina Kowalska pada 30 April 2000,baru dilakukan di sisi ranjangnya, dipimpin oleh Stanisław Dziwisz dan bersama dua pendamping Poland.

 
Juga hadir Kardinal dari Ukraina yang pernah melayani menjadi pastor bersama Paus di Poland, juga beberapa biarawati Poland dari Kongregasi Suster-suster Hati Kudus Yesus (Congregation of the Sisters Servants of the Most Sacred Heart of Jesus), yang melayani rumah tangga kepausan. 
Ia meninggal di apartemen pribadinya jam 21:37 CEST (19:37 UTC) kerana kegagalan jantung akibat tekanan darah rendah dan kegagalan peredaran darah, 46 hari sebelum ulang tahunnya yang ke-85. Yohanes Paulus II tidak mempunyai keluarga dekat pada saat meninggal, dan perasaannya sudah terungkap dari kata-katanya, seperti tertulis pada tahun 2000, pada testamen terakhirnya:
  • "Dalam masa akhir kehidupan duniawi saya yang semakin dekat, ingatan saya kembali ke masa lalu, pada orang tua saya, pada saudara laki saya dan saudara perpempuan (yang saya tidak tahu karena meninggal sebelum kelahiran saya), pada Paroki di Wadowice dimana saya dibaptis, pada kota yang saya cintai, pada semua relasi, teman-teman Seolah rendah sampai menegah dan universiti, sampai waktu saya menjadi pekerja, kemudian di Paroki Niegowic, sampai Santo Florian di Kraków, pada layanan pastoral akademisi, pada lingkungan dari ... untuk semua milieux ... untuk Kraków dan untuk Roma ... kepada orang-orang yang dipercayakan secara khusus oleh Tuhan kepada saya.
Situasi Misa Requim, 8 April 2005
Kematian Paus Yohanes Paulus II diiringi ritual berusia berabad-abad lamanya dan tradisi yang berawal sejak masa pertengahan. Upacara Pengunjungan berlangsung dari 4 April hingga pagi hari tanggal 8 April di Basilika Santo Petrus. Testamen Paus Yohanes Paulus II yang dipublikasikan pada 7 April mengungapkan bahawa paus berkeinginan dimakamkan di tanah kelahirannya Polandia namun tergantung dari para Kardinal, yang memutuskan untuk dikebumikan di gua-gua di bawah basilika. 

Pada 8 April, pukul 8.00 pagi UTC, Misa Requiem dipimpin oleh Kardinal Joseph Ratzinger sebagai Dekan Dewan Kardinal dan dihadiri lebih dari 180 orang Kardinal dari berbagai negara. Misa ini menjadi misa yang memecahkan rekor dunia dalam hal jumlah kehadiran umat dan banyaknya kepala negara yang hadir. (lihat: Daftar peserta resmi pemakaman Paus Yohanes Paulus II). 

Ini adalah berkumpulnya para kepala negara terbesar dalam sejarah, mengalahkan pemakaman Winston Churchill (1965) dan Josip Broz Tito (1980). Empat raja, lima ratu, dan sedikitnya 70 presiden dan perdana menteri, serta lebih dari 14 pimpinan agama dari agama selain Katolik menghadiri pemakaman.

Peristiwa ini juga mungkin menjadi ziarah Kristen terbesar dalam sejarah, dengan perkiraan empat juta orang berkumpul dalam perkabungan di Roma.Sekitar 250.000 sampai 300.000 orang mengikuti peristiwa ini di Vatikan.
Dekan Para Kardinal, Kardinal Joseph Ratzinger, yang kemudian menjadi paus berikutnya, memimpin upacara. Yohanes Paulus II dikebumikan di gua di bawah basilika, makam para Paus. Ia dikebumikan di liang makam yang sebelumnya dipakai jenazah Paus Yohanes XXIII. Liang itu telah dikosongkan ketika jenazah Paus Yohanes XXIII dipindahkan ke ruang lain di basilika setelah dibeatifikasi.

Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh


Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas
air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan
selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira 9 malam tadu di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di
kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. - Bernama

Tragedi Lahad Datu Perlu Jawab 3 Perkaa Ini!


PIHAK berwajib kena jawab,  mengapa berlaku 3 perkara ini?
 

Gambar komando-komando Malaysia yang terbunuh..

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.


Gambar Terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat

Lahad Datu: Siasatan Menyeluruh Perlu -Nik Aziz



KL: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.
"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam. Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat pula, akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

“Insya-Allah DPPM akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu dan DPPN Terengganu juga Selangor akan menziarahi keluarga perajurit yang gugur di medan untuk menghulurkan sumbangan tanda kebersamaan DPPM.

'Teksi Wanita' Di Putrajaya Jamin Keslamatan..

 Title #3    

Pemandu teksi Asnima Aminudin (kiri) melayani seorang penumpang di pangkalan teksi Putrajaya, pinggiran Kuala Lumpur, Malaysia, Jumaat (02/12/2011). Foto: REUTERS 

MALAYSIA telah melancarkan taksi khas wanita yang diberi nama 'Teksi Wanita'. Teksi yang dioperasikan oleh pemandu perempuan tersebut dilancarkan untuk menjamin keamanan dan kenyamanan penumpang.

Title #4 
Seorang penumpang Zalikha Anith memberikan arahan kepada pemandu teksi khas wanita di Cyberjaya, pinggiran Kuala Lumpur, Malaysia, Jumaat (02/12/2011). Foto: REUTERS.

Title #5   
Pemandu teksi Asnima Aminudin (tengah) membuka pintu untuk penumpang di pangkalan teksi Putrajaya, pinggiran Kuala Lumpur, Malaysia, Jumaat (02/12/2011). Foto: REUTERS

Title #0   

Pemandu teksi Musalmah Mustafa menghias diri semasa menunggu penumpang di Putrajaya, pinggiran Kuala Lumpur, Malaysia, Jumaat (02/12/2011). Foto: REUTERS/ Bazuki Muhammad.

Title #1  

Pemandu teksi Musalmah Mustafa (kanan) dan Asnima Aminudin bercakap-cakap di pangkalan teksi Putrajaya, pinggiran Kuala Lumpur, Malaysia, Jumaat (02/12/2011). Foto: REUTERS/ Bazuki Muhammad.

Title #2 

 Teksi khas wanita sedang di pengkalan teksi Putrajaya, pinggiran Kuala Lumpur, Malaysia, Jumaat (02/12/2011). Foto: REUTERS/ Bazuki Muhammad.

Popular Posts