Posted by
Ibnu Hasyim

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam
yang mengajak dan menuntut agar...
- tertegaknya syariat Allah,
- hidup di
bawah naungan Islam,
- seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW ,
- dan diserukan oleh para salafus-soleh,
- bekerja denganNYA dan untukNYA,
- keyakinan yang bersih berakar teguh dalam hati,
- pemahaman yang
benar akal dan fikrah,
- syariah yang mengatur al-jawarih (anggota
tubuh), perilaku dan politik.
Imam Hassan Al-Banna (HAB)
Kini, gerakan IM
tersebar ke seluruh dunia. Pengasas
IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa
Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan
seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah,
Mesir.
Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada
pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan
Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah
tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.
Bapa
HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun
hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi
kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan
cendekiawan.
Adik beradik HAB adalah:
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4.
Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti
berpindah ke Saudi.
5. Zainab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7.
Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorang peguam yang menemani
HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.
Ketika
Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan
Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh
gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri
majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi,
al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.
(Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan
dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam
penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27) Pada
tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah
latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti
yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan
pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya).
Tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya
disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti
politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial
sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan
nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)
Dia
turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana
Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan
peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5). Beliau
kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq
al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui
pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke
serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat
perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan
mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti
Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain. Di
tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang
menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa
dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber
kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”.
Dia mendapat ijazah pada
tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah
kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan
Suez. (Mitchell 1969, 6) Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya
menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928.
Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Sebagai anak sulung dalam
keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau
merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga
berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana
peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau
juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai
guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk
keluarganya.
Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat
rapat. Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa,
sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika
siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi
pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga
isya’. Selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan
waktu Subuh adalah waktunya menghafal Quran.
Jamaah Ikhwanul
Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4
tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah
Turki Uthmaniyyah. Oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, Iaitu
- Hafiz
Abdul Hamid,
- Ahmad al-Khusairi,
- Fuad Ibrahim,
- Abdurrahman Hasbullah,
- Ismail Izz
- dan Zaki al-Maghribi.
Ikhwanul Muslimin pada saat itu
dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul
Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24
Sep 1930. Pada tahun
1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di
Suez,
Abu Soweir dan
al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.
Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu:
1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
- didik keluarga degan cara Islam &hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak &Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat
- kembang aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebas tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7.Panji Islam kembali berkibar
- satu suara, perpaduan ummah
MOTTO IM
- Allahu Ghayatuna
- Ar-Rasul Qudwatuna
- Al-Quran dusturuna
- Al-jihadu sabiluna
- Al-mautu fisabilillah asma’ amanina
Ruang lingkup dakwah IM
- Dakwah Salafiah
- Tariqah Sunniah
- Hakikah Sufiyah
- Hai’ah Siyasiah
- Jamaah Riyadiah
- Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
- Syirkah Iqtisodiyah
- Fikrah ijtimaiah yang melingkupi seluruh aspek….
PIMPINAN IM
- 1.Hassan Al Banna (1928-1949)
2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)
3.Umar Tilmisani (1972-1986)
4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)
5.Mustafa Masyhur (1996-2002)
6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)
7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – current)