Tuesday, 5 June 2012

Di M'sia, Hospital Pun Perlu Tanda Halal..

Kompleks hospital Global City di Chennai, India

NEW DELHI Jun 2012: Tidak hanya restoran atau produk makanan dan minuman yang perlu mendapat sertifikasi halal. Hospital pun, di India, perlu mendapatkan sertifikasi halal. Global City, Chennai, menjadi hospital pertama dapat izin setifikasi itu.

Hospital itu mendapat sertifikasi halal mulai dari lembaga halal independen yang diakui pemerintah India (TCN)  dan Aliansi Integriti Halal Internasional (IHIA) di Malaysia, dan Kamar Dagang dan Industri Islam di Arab Saudi. Keberadaan sertifikat itu, membuat  para pasien yang sebahagian besar dari Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Timur tidak lagi ragu untuk berubat ke hospital ini.

"Dengan dua milion Muslim di seluruh dunia, kami melihat sertifikasi halal merupakan bahagian dari usaha untuk meraih kepercayaan dari pasien Muslim," ungkap Direktur Rumah Sakit Global City, Ravindranath, seperti dikutip twocircle.net, Jumaat 1 Jun.

Adapun bentuk penilaian sertifikasi yang dilakukan meliputi bahan makanan untuk para pasien, ubat-ubatan dan perawatan. "Apa yang kami nilai adalah bagaimana makanan, ubat-ubatan, dan perawatan yang dilakukan. Termasuk pula,  ruangan untuk shalat, salinan Alquran dan sebagainya,"ungkap manajer operasi Lembaga Halal India (TCN), Muhammad Noman.

Ia mengatakan sertifikasi halal terhadap hospital penting diberikan, mengingat tidak semua pasien mengetahui apakah ubat yang mereka konsumsi tergolong halal atau tidak. Tentu bagi yang mengetahui, hal itu akan menjadi masalah. "Ketika sertifikasi ini dibuat, tentu para pasien Muslim tidak lagi perlu khawatir dan dapat menjalankan pengubatan dengan aman dan tenang," kata dia.

"Kami juga memeriksa secara utuh dari kualiti daging yang disajikan. Apakah sudah memenuhi ketentuan syariah atau belum. Lantas bagaimana dengan nutrisi yang diberikan kepada haiwan sebelum disembelih," papar dia.

Mohamed Jinna, CEO TCN mengungkap apa yang diusahakan pihaknya merupakan kelanjutan dari layanan yang dilakukan sebelumnya, yakni perhotelan dan restoran. Kini, pihaknya berkonsentrasi untuk melakukan sertifikasi kepada hospital. "Tentu yang kami perhatikan dalam masalah ini adalah pemahaman adat dan budaya sehingga pasien benar-benar merasa aman," paparnya. (IH/Republika)


Komen weblog Ibnu Hasyim: Perlukah sertifikasi halal di Malaysia? Apa lagi bila hospital atau kinik itu dimiliki atau ditadbir oleh yang bukan Islam, supaya bebas dari najis menurut syariat Islam.

Renungan Kisah Siput & Negara Kebajikan/Islam

Renungan Kisah Siput & Negara Kebajikan/Islam

Semasa orang-orang berkata, kamu tidak dapat berbuat sesuatu...Buktikanlah!

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

MARI kita singkap rahsia Yang Maha Agung. Lihat Foto, semangat dan perjuangan seekor siput. Bagi mereka yang lemah semangat, mudah putus asa, semoga perjuangan siput ini menjadi cermin dan contoh kepada mereka yang bacul. Sedangkan siput inipun tidak kenal lelah dan tidak mudah putus asa dalam perjuangannya.


Semasa orang-orang berkata, kamu tidak dapat berbuat sesuatu...Buktikanlah!



Lihatlah sekelilingmu....



Pertimbangkanlah semua kemungkinan yang ada...



Lalu mulailah melangkah!



Kerahkan semua tenaga dan potensi yang telah diberikan Tuhan dalam hidupmu...



Jadilah peribadi yang kreatif!



Pada akhirnya, kamu akan sukses dan membuktikan, mereka telah salah menilai dirimu !

Begitu, motivasi seekor siput. Siput ini telah menjalani fitrah Allah SWT, dan berjaya! Bagaimana dengan manusia, Allah SWT telah memberi agama fitrah (Islam) untuk dijalani, dihayati, sebagai suatu cara hidup (way of life). Merangkumi cara berkeluarga, bermasyarakat, berekonomi dan bernegara ikut cara Isam. Berperaturan dan perundangan (hudud) perlu ikut agama, mengapa ada manusia Islam yang masih ragu? 
Yang lain yakin boleh, mengapa ikut agama fitrah ini, mereka tidak 'yakin boleh'! Otak mereka lebih kerdil dari otak siput itu. Mereka menyerah kalah sebelum mencuba. Mereka lebih bacul dari siput itu!
Na 'auzubillahi minzalik. (IH)

Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000

Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000


(Gembira mendapat geran tanah)

SHAH ALAM: Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah.

Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun. Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor.

Ketua kampung, Osman Badaie, 65, (gambar) berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.

Melalui 'Skim Hakmilik Persendirian', kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.

Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing.

“Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami.

“Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya ketika ditemui.

Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri. Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan.

Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir.

“Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri.”

Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu.

Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang amat bermakna untuk seluruh keluarganya. Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu.

“Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain.

“Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira.

“Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami,” katanya.

Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas. Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.

Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok. (Hrkh)

Wanita Wajib Pakai Tudung, Undang Syariah.Tahniah!

Wanita Wajib Pakai Tudung, Undang Syariah.Tahniah!

 
BALU dan saudara-mara kaum lelaki yang terbunuh dalam pembunuhan 
beramai-ramai menghadiri majlis memperingati tragedi itu di Rawagede,
 Jawa Barat semalam. (gambar hiasan)

 
Polis menasihati wanita-wanita di Aceh.

KL 5 Jun 12: Weblog Ibnu Hasyim menyambut baik peraturan, di mana golongan wanita tidak kira penduduk atau pengunjung di Tasikmalaya, Jawa Barat, akan diwajibkan memakai tudung sebagai menguatkuasakan Undang-undang Syariah, seperti yang dilaporkan dari Jakarta oleh myMetro hari ini.

Setiausaha Bandar Tasikmalaya, Tio Indra Setiadi berkata, “Kami membuat persiapan terakhir peraturan bandar supaya (Ordinan Nilai Hidup Masyarakat berlandaskan Islam) boleh dikuatkuasa secepat mungkin.”

Katanya, “Diharapkan ia dapat diselesaikan bulan ini supaya ia dapat dikuatkuasa serta-merta.”

Tio berkata, pengurusan bandar mungkin perlu menubuhkan Polis Syariah untuk tujuan penguatkuasaan kerana Polis Nasional tidak boleh menangani kesalahan undang-undang Syariah. Katanya, penguatkuasaan ordinan itu berlainan dari yang dibuat di Aceh kerana kes-kes itu tetap perlu dibawa di mahkamah sedia ada.

“Penguatkuasaan undang-undang di sini akan berbeza daripada di Aceh. Sebagai contoh, tiada sebatan akan dikenakan. Ordinan ini bertujuan mendidik orang ramai supaya hidup dengan tatacara Islam,” katanya.

Ordinan yang ditandatangani pada 24 September, 2009, oleh Datu Bandar Tasikmalaya, Syarif Hidayat, digubal kerana penduduk tempatan bimbang globalisasi akan memudaratkan mereka di bandar yang terkenal dengan bilangan sekolah agama yang banyak.

Ordinan itu mewajibkan semua orang Islam dewasa supaya menutup aurat, iaitu bahagian badan yang mesti ditutupi dalam Islam. Lima belas kesalahan lain turut disenaraikan seperti..
  • rasuah, 
  • pelacuran dan zina, 
  • homoseksual, 
  • perjudian, 
  • minum arak, 
  • penyalahgunaan dadah, 
  • ilmu sihir, 
  • pornografi, 
  • riba, 
  • pembunuhan, 
  • menyebarkan kultus 
  • dan pengguguran janin.
Speaker Majlis Bandaraya Tasikmalaya, Ruhimat berkata, ordinan itu diluluskan kerana 99 peratus penduduk tempatan adalah orang Islam dan bukan disebabkan tekanan daripada kumpulan Islam. Dia tidak bimbang mengenai kesan undang-undang ke atas penganut agama lain.  “Hanya satu peratus penduduk bukan Islam,” katanya. - Jakarta Post

"Tahniah kepada Setiausaha Bandar Tasikmalaya, Tio Indra Setiadi!" Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim di sini pagi tadi. "Mungkin ini kes pertama berlaku di Indonesia dengan perundangan seperti ini, yang tiada sebatan." (IH/myMetro)

Tambahan: 
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak, Dlil Ringkas Tentang Aurat Wanita

  Satu: Batasan aurat wanita 

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
  • “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Dua: Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
  • “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”.

Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya.

Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
  • “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa.

Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. 

Tiga: Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) 
 
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
  • “wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, “lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat.

Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

 Empat: Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,
  • “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].
Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan.

Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Lima: Larangan Bertabarruj

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,
  • “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]
Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah
  • “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]
Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,  “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Penutup

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. 

Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Serius - Bila Pekerja Pembersihan Demo Di Lapangan Terbang

Serius - Bila Pekerja Pembersihan Demo Di Lapangan Terbang (9 Gambar)


Damn!

Ekonomi Sepanyol adalah antara yang merudum teruk kerana krisis Kesatuan Eropah. Seperti Greece, kerajan melakukan beberapa langkah untuk menstabilkan ekonomi. Antara langkah yang diambil ialah pengurangan gaji pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Barcelona. Pekerja berang kerana kefakapan pihak pemodal yang merosakkan ekonomi menyebabkan periuk nasi mereka pula terjejas. Sungguh tidak adil. Bank dapat bailout dari pihak pemerintah tetapi golongan proletariat yang terpaksa menanggung kesusahan. Sebagai tanpa protes pekerja pembersihan menyemakkan lapangan terbang Barcelona dengan sampah dan enggam membersihkannya. Hidup kuasa golongan pekerja!

Laporan asal REUTERS/Albert Gea





Monday, 4 June 2012

The Most Expensive Dishes In The World

The Most Expensive Dishes In The World E-mail




From this release, you will learn about the products and dishes that even the celebrities do not always afford it. Did you know that part of the world's most expensive dumplings? Do you know how to grow the most expensive potato in the world? Here is a list of foods that are rich, and not every day you can afford.
Walnut

The Most Expensive Dishes In The World

Everyone has long known the taste and quality of useful products. But the most expensive in the world's macadamia nuts is considered. Once upon a time in Australian Aborigines this was the main course, but today it is considered rare, besides useful sophistication. Currently, all grown two kinds of nuts. The rarity of the product attached to the fact that the tree bears fruit macadamia though a hundred years old, in need of special care. Therefore, there are difficulties with the walnut growers and their prey - a year in the end is not more than 40 tons of it. As a result, in countries where this nut grows, the cost of a kilogram more than $ 30. Of course, with such dishes, and nuts are very valuable and expensive.

Saffron

The Most Expensive Dishes In The World

He is recognized as the most expensive spice. Saffron is actually a family of plants from the stamens krokusovyh. This spice is prepared by hand - first carefully collected and then dried. To get a kilo of saffron is necessary to collect nearly half the stamens. Not surprisingly, the price for a kilogram of saffron this comes to six thousand dollars.

White truffle

The Most Expensive Dishes In The World

The exact price of this delicacy simply does not exist, because each mushroom is sold at auction. Record the cost of the fungus was more than 30 000 euros.

Dark chocolate

The Most Expensive Dishes In The World

For lovers of exotic sweets can offer Chocopologie by Knipschildt - the most expensive chocolate in the world. The birthplace of this dark chocolate is America, and the tiles in 453 grams of a sweet tooth will cost in 2600 dollars.

Potatoes

The Most Expensive Dishes In The World


Availability of this product in the list may seem absurd, but, and this dish can cost dearly. The most expensive potato varieties in the world "La Bonnotte" is in the area of 500 euros per kilo. It grows on the island Nurmuate root, collect a treat of course manually. A distinctive feature of the dish is extremely delicate flavor of potatoes.

Sandwich

The Most Expensive Dishes In The World

For those who like to eat on the run made the most expensive burger in the world. His full name - "Platinum Club Sandwich von Essen" (von Essen Platinum Club Sandwich). Meet this dish can be exclusively in the hotel chain, "Von Essen." It should be a sandwich "only" $ 200, and it includes a special sourdough bread, Iberian ham, white truffles, quail eggs, dried Italian tomatoes and Bresskaya poulard.

Pizza

The Most Expensive Dishes In The World


The most expensive pizza in the world offers this dish at home - in Italy. It's called "Luis XIII", and the cost of reaching Euro 8300. This is definitely a pizza cooked in the presence of the client, and it is composed of buffalo mozzarella, red lobster, three kinds of caviar, lobster and shrimp. In a dish cookery is not used or even sea salt - is the Australian Pink "Murray River".

Omelet

The Most Expensive Dishes In The World

Lovers of exotic omelet is the place to try it in a New York hotel "Le Parker Meridien". This is where you can order the most expensive omelet in the world, the cost of one thousand dollars. Naturally it includes not only the eggs, there are lobsters and whole. Served on a bed of a dish of fried potatoes, and its decoration is a scattering of Sevruga caviar.

Salad

The Most Expensive Dishes In The World

The most expensive salad in the world is known as "Florette Sea & Earth". Its you cook at the Oxford Hotel "Le Manoir aux Quat Saisons". The cost per serving "Florettskih sea and land" is 800 euros, and a convoy with 50 grams of elite white beluga caviar, Cornish crab, lobster, lobster, florettsky young lettuce, a little olive oil, red pepper, grated truffles, potatoes and asparagus. The dish is decorated with gold foil


Roe
The Most Expensive Dishes In The World

Usually it is considered that the most expensive caviar - a gray or black. However, this is not true, the most expensive caviar in the world considered to be the spawn "Almas" beluga-albino. Also available is a treat from Iran is very difficult, it is packed in a gold jar, and is a true masterpiece of art, not just cooking. One hundred grams of a delicacy worth two thousand dollars.

Coffee

The Most Expensive Dishes In The World

The most expensive coffee in the world - "Kopi Luwak" - made from the seeds is not some sort of unique, but rather a unique way of life. "Kopi" in Indonesian means "coffee" and "Luwak" - a small, small carnivores, who loves to eat ripe fruit of the coffee tree, choosing the best. Coffee, he eats a lot more than it can digest. Undigested grains passing through the intestines of animals, exposed to enzymes, and as lovers swear by the "Kopi Luwak", acquired the unique taste and aroma. One kilogram of coffee, which helped to be born Luwak, costs from 300 to 400 dollars.

Tea

The Most Expensive Dishes In The World

The most expensive tea in the world is Dahunpao, which translated means "big red gown." He refers to the Oolong (fermented teas strong, having an intense flavor and aroma). Get the "Big red robe" from the list of six shrubs growing near the monastery Tianxing. The age of these unique clusters - 350 years old. Each year, collected no more than 500 grams of the legendary tea, the cost of the finished product reached 685,000 dollars per kilogram. In 2006, the year the entire crop deposited in the National Museum of Chinese tea, a further fee moratorium was declared. However, with the 80-ies mother bushes are propagated vegetatively. The resulting tea with them, too, called "Big red robe", but experts believe that it is not any comparison with the present Dahunpao.

Isteri Dituduh Lelaki Oleh Suami, Saman RM10J

Isteri Dituduh Lelaki Oleh Suami, Saman RM10J

SRI WANI (kanan) berbincang dengan peguamnya, Ahmad Izuddin Fakharullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KL:  Isteri ketiga bekas dekan, Sri Wani Choo Abdullah yang disyaki sebagai lelaki oleh suaminya menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada seorang peguam syarie kerana didakwa memberi kenyataan berbaur fitnah kepada media berhubung kes pengesahan nikah dan faraq yang sedang dibicarakan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Sri Wani, 37, memfailkan tuntutan saman terhadap Muhammad Hafiz Abdul Rashid menerusi firma guaman Tetuan Ahmad Boestamam Ahmad & Co. di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini semalam.

Pengusaha butik kecantikan itu selaku plaintif menamakan Muhammad Hafiz iaitu peguam yang mewakili suami Sri Wani, bekas Dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, sebagai defendan pertama dan firma Tetuan Irsamuddin Hafiz & Associates defendan kedua. (Kosmo)

Popular Posts