Monday 11 May 2015

Denda, penjara tak solat Jumaat di Kedah


Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
  
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.  

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.
  
"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Alor Setar.
  
Syeikh Ahmad berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.
 
Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.
  
Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.
  
Syeikh Ahmad berkata JAIK mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.
  
"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.
  
Beliau berkata orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan.

Cucu Di Jaga Dan Di Besarkan Oleh Nenek Bukan Islam...



Tohmahan dan fitnah masyarakat berikutan perbezaan agama serta budaya, menjadi penguat semangat seorang wanita berketurunan Baba dan Nyonya sepanjang membesarkan cucunya yang beragama Islam.

Tan Guan Neo, 71, mengakui lali dengan cemuhan diterima dalam menjaga Fahira Nabila Isham, 19, sejak cucunya itu berusia empat bulan.

Kematian suami, Lee Nyong Jin, pada Januari lalu, Guan Neo yang mempunyai lima anak perempuan berusia antara 39 hing- ga 50 tahun mengakui berdepan pelbagai dugaan apabila masyarakat mengetahui cucunya ber­agama Islam.

"Tiga daripada anak saya memeluk agama Islam, termasuk anak bongsu yang juga ibu Fa­hira.

"Oleh kerana anak saya rae- ngalami masalah kesihatan, saya ambil keputusan membela Fahira ketika masih bayi.

"Orang luar mencemuh konon- nya saya tidak layak menjaga cu- cu beragama Islam tetapi saya diamkan,"
katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi antara 10 penerima Anugerah Ibu Cemerlang sambutan Hari Ibu peringkat negeri sempena Program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusa haan Getah (RISDA), Tan Sri Ab­dul Rahim Thamby Chik, EXCO Wanita, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar serta Pengarah LPPKN negeri, Muhamad Noh Abdullah.

Menyara hidup dengan bekeija di kilang getah di Krubong sebelum berhentl, Guan Neo mengakui dirinya buta huruf tetapi mementingkan penjagaan Fahira, terutama aspek halal makan minumnya.

"Fahira diajar berpuasa seiak usia lima tahun. Soiatnya juga dijaga lima kali sehari kerana saya tahu kewajipan orang Islam," katanya.

Beliau berkata, lama-kelamaan masyarakat menyedari Fahira dididik mengikut kehendak Islam hingga khatam al-Quran tiga ka­li.

Guan Neo turut berulangalik memandu bagi menghantar Fa­hira ke sekolah bagi memastikan cucunya itu mendapat pendidikan sempurna, bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim, Se­kolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim dan Sekolah Agama di Paya Krubong.

Fahira ketika ditemui mengesahkan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MA­RA (UiTM) Jasin dalam jurusan Sains Komputer dan Matematik bulan depan.

"Saya bersyukur kerana dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan mendapat pendidikan agama sempurna.

"Nenek pernah rotan saya kerana meninggalkan solat. Agama kami berbeza tetapi nenek tegas dengan saya.

"Bila dah ke universiti, tiada lagi nenek kejut saya bangun sahur dan suap saya makan,"
ka­tanya.

33 jenazah pelarian Rohingya yang dibunuh dan ditimbus



Masjid Ban Talok (Ban Talong), Thailand. 13 drpd 33 jenazah pelarian Rohingya yang dibunuh dan ditimbus dalam semak tepi kebuh getah oleh agen pemerdagangan manusia, diuruskan semula oleh NGO dan Komuniti Muslim Thailand. 20 jenazah telah dikebumikan di Hadyai beberapa hari sebelumnya.
Turut bersama dalam acara yang memedihkan jiwa ummat Islam Seluruh dunia ialah rombongan dari Malaysia, Indonesia, Singapura.
Add caption
Ahli Parkimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali mewakili Dewan Ulama PAS Pusat, Ust Mohamad Ibrahim (UMC) mewakili Rahmat Care, Ust Ahmad Tirmizi Ibnu Sulaiman, Taib Rozaidi, Izwan Harakah Kedah, Nasrun HjHamzah, Abdul Hadi Mihada, Muhammad Fawwaz Ismail, Zulkifli Che Harun, mewakili PAS, MAPIM dan umat Islam dari Malaysia.























10 Makanan Yang Boleh Membuat Anda Cepat Tua


Percaya atau tidak, makanan yang anda ambil setiap hari, mungkin adalah penyebab anda nampak lebih tua. Walaupun anda menggunakan krim anti-penuaan termahal sekalipun, tetapi tabiat makan tidak di ubah, ia tetap tidak akan dapat membantu. Berikut adalah 10 makanan yang boleh membuatkan anda cepat tua, menurut post di Huffington Post.  :)
 
1. Gula

Ada beberapa alasan kenapa gula membuat kita tua. Ketika ada kelebihan gula di dalam tubuh, gula akan mengikat dirinya dengan kolagen, membuat kulit tampak kerut. Menurut Diet Myths Busted; Food Facts Not Nutrition Fiction oleh Ann A. Rosenstein, kehilangan keanjalan kulit muda membuat kulit berkerut dan tampak tua. Hal ini tentunya juga berlaku untuk gula-gula yang banyak mengandungi gula.
 
 
2. Lemak Trans

Seperti gula, kelebihan lemak trans membuat kulit tampak tua dan tidak anjal. “Lemak trans menyumbat dan membuat arteri kaku, serta menyempitkan aliran darah,” yang mana membuat kulit tampak tua, tulis Rosenstein. Lemak trans sering terdapat pada makanan segera.
 
3. Garam

Garam membuat tubuh dehidrasi. Ketika kita mengalami dehidrasi, kita menjadi mudah penat, yang akan membuat kita mudah lelah dan tua. Ditambah lagi, kelebihan garam telah menyumbang terhadap penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, dan mengganggu metabolisme tulang.
 
4. Kopi

Kafein yang terkandung di dalam kopi juga membuat tubuh dehidrasi, sehingga membuat kita nampak cepat penat dan lebih tua.
 
5. Pemanis Buatan
Aspartam yang terdapat dalam pemanis buatan sering kali membuat kita sakit kepala dan sakit sendi. Hal ini boleh membuat kita menginginkan makanan yang manis-manis, yang mana kesannya sama seperti gula.
 
6. Alkohol
Mengambil alkohol terlalu banyak membuat tubuh dehidrasi dan menyebabkan kedutan, kehilangan kolagen, kemerahan, dan bengkak, menurut The Dr. Oz Show.
 
7. Minuman Kesihatan
Minuman yang satu ini membuat enamel di gigi 8x lebih cepat rosak daripada minuman bersoda. Hakisan ini membuat gigi kelihatan kuning dan tidak sihat, menurut Dr. Oz.
 
8. Karbohidrat
Pengambilan karbohidrat berlebihan boleh merosakkan kolagen dan serat di dalam kulit, menurut WebMD.
 
9. Makanan yang Digoreng
Makanan yang digoreng telah menyumbang menurunkan kolagen dalam kulit, yang mana membuat kulit berkerut dan lelah, menurut GalTime.com
 
10. Soda
Selain banyak gula, soda juga membuat tubuh mengalami dehidrasi, akibatnya tubuh keletihan dan kita kelihatan penat. “Peraturan yang baik dalam mengambil air putih adalah minumlah separuh daripada berat badan dalam auns. Jika berat 130 lbs (bersamaan dengan 59 kg), maka minumlah 65 auns air putih sehari, kira-kira 8 gelas lebih,” menurut GalTime.com.
 http://beautyfatimah.blogspot.com

Jenis Makanan Elak Kanser Payudara

Penyakit kanser payudara kini semakin meningkat di kalangan wanita. Ia dihidapi tanpa mengenal usia. Penyakit kanser payudara biasanya dikesan denan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil Cyst atau Fibroid.

Bagi mengelakkan risiko penyakit kanser payudara ini menjaga pemakanan yang betul adalah salah satu caranya.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang boleh membantu mengelakkan risiko kanser payudara :

1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.




2. Limau gedang
Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.

 3.Kacang tanah dan jem mentega kacang
Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.
big berry pile
4.Beri
Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.

5.Salmon
Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.

Lelaki Ini Mencipta Sandal yang Boleh Membesar untuk Membantu Jutaan Kanak-kanak Miskin

elaki Ini Mencipta Sandal yang Boleh Membesar untuk Membantu Jutaan Kanak-kanak Miskin

Kita mungkin mempunyai lebih daripada 1 kasut. Ada yang digunakan khas untuk bersukan, kasut formal untuk ke tempat kerja, kasut riadah dan lain-lain lagi. Tapi tahukah anda, terdapat lebih 300 Juta kanak-kanak miskin di dunia yang tidak mempunyai sepasang kasut pon. Sedar dengan masalah itu, Kenton Lee telah mancipta sejenis kasut yang unik dapat membesar hingga 5 saiz supaya ia boleh digunakan dengan lebih lama lagi.

adjustable-sandal-poor-children-the-shoe-that-grows-kenton-lee-1 
 





adjustable-sandal-poor-children-the-shoe-that-grows-kenton-lee-2 
 adjustable-sandal-poor-children-the-shoe-that-grows-kenton-lee-3 adjustable-sandal-poor-children-the-shoe-that-grows-kenton-lee-4 adjustable-sandal-poor-children-the-shoe-that-grows-kenton-lee-9
Sumber: boredpanda/ amazingnara

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka tidak hairanlah terdapatnya pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.
Bukan sekadar warna, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa.

Ini adalah kerana perbezaan jenis-jenis cat ini mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Oleh itu setiap jenis cat yang digunakan juga mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.

Kini terdapat empat jenis cat untuk kenderaaan yang paling biasa digunakan. Jom kita kenalinya satu persatu:
 
1. Cat Warna Solid (Solid paint)
Ianya merupakan pilihan jenis cat yang paling murah harganya. Ianya adalah cat asas tanpa sebarang campuran. Cat solid ini hanya disaluti lcquer coat (clear coat) di atasnya sebagai satu lapisan penghalang dari kesan calar dan cuaca.

Namun kini kebanyakan pembuat kereta menggunakan cat solid ini tanpa clear coat. Ini berikutan cat solid ini menggunakan campuran cat acrylic bersama dengan isocynate yang menjadikan lebih melekat, kuat dan tahan lama. Kos proses juga dapat dikurangkan.

Warna cat solid agak kurang menarik kerana ianya tidak berkilat dan bersinar. Oleh itu pilihan warnanya juga tidak banyak. Paling biasa digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning.

Sebarang baik pulih pula amat mudah dan murah bagi cat solid ini. Namun begitu, warna solid amat sukar bertahan lama. Ianya mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - solid
Perodua Axia - Solid White

2. Cat Warna Metalik (Metallic Paint)
Cat Metalik ini berbeza sedikit sahaja dari cat solid di mana ianya mengandungi serbuk metal (metal powder). Yang membezakan jenis, harga dan kualiti cat metallik ini adalah jenis, saiz serta kuantiti serbuk metal yang dicampurkan dalam cat tersebut.

Serbuk metal inilah yang memberikan warna cat tersebut bersinar dan berkilat. Berikutan itu harganya juga sedikit mahal berbanding cat solid. Biasanya pengeluar kereta tempatan meletakkan harganya lebih RM400 ~ RM500 berbanding kereta bercat solid. Namun kualiti cat metalik tersebut hanyalah pada tahap normal sahaja.

Kereta bercat metalik mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar kelihatan pada cat metalik. Pilihan warna juga amat banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan ianya adalah pilihat cat yang paling banyak digunakan tanpa mengira jenis dan status pemilik kenderaan tersebut.

Yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama andai ingin melakukan baik pulih.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - metallic
Proton Iriz - Metallic Citrus Green

3. Pearlescent Paint (Cat Kilauan Mutiara)
Ianya adalah pilihan cat premium yang semakin digemari. Pearlescent Paint hanya menggantikan serbuk metal untuk cat metalik kepada kristal seramik (ceramic crystals).

Keistimewaan cat ini adalah selain dari bersinar dan berkilat, ianya mampu membiaskan cahaya lalu menukar warna yang berbeza mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan yang memberikan kesan dramatik dan menawan kepada badan kereta.

Pilihan warna cat pearlescent juga pelbagai tetapi yang paling popular adalah putih mutiara. Harganya juga agak mahal dan dianggarkan bermula dari RM2,500 dan ke atas bagi sebuah kereta sedan bergantung kepada kualiti cat tersebut.

Penjagaan dan kekurangannya lebih kurang sama seperti cat metalik cuma ianya mampu menyerlahkan status pemilik kereta serta lebih sesuai buat kenderaan mewah.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - Pearl
Nissan Fairlady Z - Pearl White

4. Cat Kemasan Kusam (Matte Finishes)
Ianya jenis cat yang tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh merubah penampilan kereta kelihatan buruk dan tidak menarik. Warna cat sebegini lebih sesuai bagi kenderaan berprestasi tinggi atau mempunyai rekabentuk yang sporty.

Biasanya pilhan warna matte ini adalah hitam hitam atau kelabu. Ianya kelihatan kusam tanpa kelihatan berkilat atau bersinar. Ini kerana sama ada kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi di dalam campuran cat tersebut.

Warna matte ini sangat mahal, sehingga melebihi RM10K jika mahukan kualiti yang terbaik kerana ianya memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding mengecat menggunakan cat biasa. Penjagaannya juga amat cerewet dan sebarang calar atau kesosakan akan jelas kelihatan. Malah untuk baik pulih juga begitu sukar.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - Matte
Lexus LFA - Matte Black

Jenis Dan Warna Cat Kereta Pilihan Anda

Setiap orang punya citarasa dan warna kegemaran. Kadangkala untuk memenuhi kehendak dan citarasa tersebut, ada yang tidak kisah tentang harga selagi mereka berkemampuan. Mungkin juga salah satu sebab lain adalah kerana mahukan perbezaan dan perhatian.
Harga cat sebuah kereta berwarna perak boleh mencecah harga lebih RM20K namun jika mahukan cat berwarna Liquid Metal, ianya boleh mencecah sehingga RM100K. Manakala yang paling mahal pernah dicatatkan adalah harga cat sebuah Bugatti Veyron yang bernilai melebihi RM800K hanya untuk cat kemasan berwarna carbon fibre!

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda dalam mengenali perbezaan warna dan jenis cat pada sesebuah kereta.

sumber rujukan: carwow/relakssminda

RENDANG AYAM CILI API




RENDANG AYAM CILI API by IzaAkma SSK
source ~ Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda


Bahan-Bahan :
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan  (sy buh 2cwn santan pekat fresh anggaran 500gm)
4 cawan air  (ikut keperluan)
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang  (sy buh gula pasir aje)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan DiKisar Halus :
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.


Caranya :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut

3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).

5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik (optional). Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.http://www.kongsiresepi.com

Apa Akan Terjadi Sekiranya Wanita Tidak Berpantang Selepas Bersalin?

ks
Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme ni  (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.

Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk  untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.



Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!

 Apakah Akibat & Kesan :

 Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.

– Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.

– Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.

Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
–  kerap kencing
–  sakit ketika nak kencing
–  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang

Fakta Anda Tidak Tahu Mengenai Hari Ibu

Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Hari Ibu lazimnya disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.

Ini adalah satu masa di mana setiap anak, tidak kisah muda ataupun tua berlari ke kedai untuk membeli hadiah untuk ibu mereka.

Malah ini juga adalah masa di mana semua restoran dibanjiri keluarga untuk menyambut hari yang penuh makna ini.

Tetapi tahukah anda apakah fakta sebalik Hari Ibu ini?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Hari Ibu.




1. Pencipta Hari Ibu bukan seorang ibu
Anna Marie Jarvis, pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu, dikatakan tidak mempunyai zuriat.
Bagaimanapun, ibunya, Ann Reeves Jarvis, mempunyai 13 anak.

2. Asal-usul Hari Ibu tarikh lahir sejak Perang Saudara.
Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu untuk bersama-sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.
Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.

3. Hari Ibu yang pertama telah disambut pada 10 Mei 1908 sempena ulang tahun kematian ibu Anna Marie
Tiga tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia.

4. Tarikh itu kemudian ditukar oleh Presiden Woodrow Wilson
Walaupun tarikh 10 Mei mengingati usaha Ann Reeves sempena Hari Ibu, Woodrow kemudian memutuskan bahawa Hari Ibu harus jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, tanpa mengambil kira tarikhnya.

5. Hari Ibu disebarkan di seluruh dunia melalui usaha Anna Marie
Menurut sumber, Anna Marie telah menulis kepada ahli-ahli politik dan ahli perniagaan dari serata dunia untuk menggalakkan cuti umum sempena Hari Ibu.
Dengan usaha itu, Hari Ibu kemudian telah disambut di Afrika, Amerika Selatan dan Asia.


6. Pencipta Hari Ibu menentang komersialisasi sambutan Hari Ibu
Menurut Anna Marie, dia tidak gemar dengan komersialisasi sambutan Hari Ibu, termasuk kad ucapan dan industri bunga, yang menghilangkan mesej asal cuti ini.
Menurut buku Malcolm Forbes berjudul “Women Who Made a Difference”, Anna Marie berkata: “Kad dicetak tidak membawa sebarang maksud kecuali anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjagamu sejak anda dilahirkan.”

7. Carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu adalah lebih tinggi daripada Hari Valentine
Menurut Pusat Penyelidikan Yew, carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu lebih tinggi daripada Hari Valentine.

Kenderaan Berperisai Russia Generasi Baru

Kenderaan Berperisai Russia Generasi Baru 

Kereta kebal rekaan Russia seperti T 72 digunakan pada jumlah yang besar oleh negara yang tidak mampu membeli kereta kebal moden rekaan barat. Kereta kebal negara iaitu PT-91M Pendekar ialah kereta kebal utama yang dibina berasakan T-72. Rekaan yang sudah berusia lebih 40 tahun ini tidak lagi sesuai untuk medan perang moden. Di dalam Perang Teluk ratusan kereta kebal T-72 milik Iraq menjadi korban kereta kebal M1A1 Abrams, Challenger dan juga kereta perisai Bradley. Jelas sekali jika Perang Dunia Ketiga berlaku, Russia akan mengalami masalah kerana kereta kebal generasi lama mereka tidak mampu bersaing dengan kereta kebal barat yang sedia ada.

Menyedari hakikat ini projek Armata dimulakan pada tahun 2009. Ianya platform baru untuk kereta kebal, kereta perisai, artileri bergerak dan kenderaan bantuan medan perang Russia. Kesemua kenderaan berperisai ini membawakan peningkatan dari segi battlefield survivability dan rekaan perisai modular. Kereta kebal T-14 dan kereta perisai T-15 sudah diperlihatkan kepada umum oleh Russia sempena perarakan May Day 9 Mei yang lalu.

Jelas sekali rekaan kereta berperisai generasi terkini Russia mengambil rekaan M1A2 Amerika Syarikat dan Leopard Jerman. T-14 mempunyai rekaan rudal yang bersegi dengan sistem anti serangan misil aktif terbina. Sistem optik terkini serta kokpit untuk 3 krew yang lebih tahan serangan dipercayai digunakan pada T-14. Senjata utama masih lagi meriam 125 mm smoothbore. Ia diperkasakan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan jarak operasi 500 kilometer. Berat kereta kebal utama ini pula ialah sekitar 48 tan. Ini menjadikannya lebih ringan dan pantas berbanding M1A2 dan Leopard.

T-15 pula diperkasakan enjin 1200 kuasa kuda dan mempunyai 2 orang krew. Senjata utama ialah meriam 30 mm dan empat tiub misil anti kereta kebal Kornet. Kereta perisai ini juga mampu membawa 8 orang aksar infantri di dalam ruangan kargo. Seperti T 14 ia mempunyai sistem anti misil aktif serta rekaan perisai modular.

Looks damn nice!




Sumber English Russia

Popular Posts