Wednesday 7 August 2013

Pegang anjing tak hina Islam, Chetz perlu dididik


Islam tidak dihina dengan video "Selamat Hari Raya" yang dibuat oleh pelatih anjing Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini, serta tidak bersetuju jika hukuman dijatuhkan secara melulu.

Ketua Penerangan PAS itu berkata tindakan Maznah dalam video itu tidak bertujuan untuk menghina Islam tetapi sebaliknya hanya menunjukkan ketaksuban beliau yang menyayangi haiwan berkenaan.
"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 "Video memuatkan video itu juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya yang menegaskan masalah itu boleh diselesaikan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

"Pelatih anjing Maznah "Chetz" Yusof perlu dididik bukannya dihukum,” katanya.
Tuan Ibrahim juga membidas kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam yang mengatakan perbuatan Maznah dianggap menghina Islam kerana ia menyentuh soal ibadat dengan najis mughalazah (berat) apabila disentuh dalam keadaan basah.

"Harus diingat memegang anjing bukan suatu dosa walaupun ia adalah najis mughalazah.
"Perkara ini boleh dididik apabila mendapati ada umat yang jahil mengenainya, tapi jangan sesekali disamakan kelakuan jahil itu dengan niat menghina Islam," katanya.
Beliau juga mempersoalkan isu ini diperbesarkan oleh pihak berkuasa terutama ketika bulan Ramadan.
"Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing, sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?" katanya.

Tuan Ibrahim juga hairan mengapa tindakan Maznah itu dianggap sebagai menghina Islam walhal pemimpin kerajaan pemerintah secara jelas menghina Islam secara terbuka tidak pula diambil tindakan.
"Sudah tentu rakyat masih ingat bagaimana tiada reaksi pelbagai institusi agama yang kini mengecam Chetz terhadap segelintir pemimpin BN, seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah menghina Islam," katanya.

Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik dalam YouTube.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Tidak lama selepas itu, video termasuk mendapat perhatian pihak berkuasa dan Maznah telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat selama dua hari untuk soal-siasat sebelum dibebaskan pada Jumaat lalu.- 6 Ogos, 2013.TMI

Hakim Agung Dipecat kerana berbogel dipejabatnya


Seorang pegawai wanita yang merupakan seorang Hakim Agung di Bosnia-Herzegovina dipecat dari jabatannya kerana ketahuan berbogel ria di dalam pejabatnya. 
Daily News melansir,  hakim ini melakukan gerakan senaman sambil telanjang di atas meja di dalam pejabatnya. Ia nampaknya sengaja tidak menutup tirainya. Dan sialnya, 'aksi' ini terakam kamera oleh seseorang yang kemudian menyebarkannya hingga sampai ke tangan Mahkamah Agung Bosnia-Herzegovina.

Ini dia beberapa foto Hakim genit yang tersebar luas dan menghebohkan seluruh Eropah:
Bosnian Naked Judge
Bosnian Naked Judge
Bosnian Naked Judge

Benar-benar bukan satu contoh pegawai publik yang baik dan mempermalukan negara.

MP lapor polis artikel 'Cina mahu duit zakat'


  • Malaysiakini Ogos 7 2013
 
Anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini membuat laporan polis ekoran tulisan di sebuah blog yang menurutnya berniat jahat, berbentuk hasutan dan menimbulkan kebencian terhadapnya.

Beliau mendesak polis menyiasat tulisan berjudul "Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok" yang disiarkan dalam www.bnbesut.blogspot.com antara 4 dan 5 Ogos.

NONETulisan itu kemudiannya dikongsi meluas di laman sosial Facebook, katanya.

"Ini fitnah jenayah... pihak polis harus menyiasatnya. Ia juga satu bentuk hasutan kerana membuatkan orang Islam marah pada saya," kata Kok kepada Malaysiakini selepas membuat laporan polis pagi ini.

Kok berkata, beliau mengambil "langkah pencegahan" bagi mengelakkan polis mencarinya seperti yang berlaku pada 2008.

Beliau ketika itu ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (KDN) selama seminggu.

Penyamun gilis dan belasah isteri hingga meninggal


Serdang: “Selain tangan kanan luka teruk, ada kesan tayar di beberapa anggota badannya, menandakan arwah isteri saya dilanggar sebelum digilis ketika cuba menghalang kumpulan penjenayah itu melarikan lori kami.

“Malah, mereka turut membelasah arwah untuk menyamun barang kemas dipakainya,” kata Yahaya Ishak, 62, suami mangsa samun dan bunuh, Rohani Harun, 50, dalam kejadian di Jalan SR 6/3, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga ayam dilanggar ketika cuba menghalang tiga lelaki melarikan lori miliknya.

Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menyasarkan wang RM15,000 milik mangsa yang disimpan dalam lori itu. Wang itu hasil jualan ayam sejak tiga hari lalu.
FotoYAHAYA (dua dari kanan) bersama ahli keluarga mengusung jenazah Rohani di Bilik Mayat Hospital Serdang sambil diperhatikan anak bongsu, Haikal.

Sebelum itu, lori Inokom Lorimas dipandu Rohani dihalang tiga penjenayah terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi putih selepas mereka mengekorinya.

Mahathir-Pak Lah kembali ‘panas’ menjelang 1 Syawal



KUALA LUMPUR: Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Menurut penulis Shahbudin Husin, maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

“Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri,” tulis beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com seperti di bawah.

Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi.

Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini.

KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah di tangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas.

Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO.

Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi.

Sementara umat Islam lain menunggu untuk bermaaf-maafan dan melupakan persengketaan lama, episod pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah ini nampaknya baru hendak meletus kembali menjelang sambutan 1 Syawal ini setelah agak lama ianya menyepi dan harapan untuk melihat kedua-dua negarawan ini berbaik-baik kembali turut menjadi semakin tipis.

Sekiranya pada peringkat awalnya, buku ini mungkin mengganggu emosi Mahathir dan mengurangkan kegembiraannya menyambut Hari Raya pada tahun ini, jawapan balas daripada Mahathir mungkin pula menyebabkan Pak Lah turut terganggu dengannya.

Jika sekiranya selepas itu berlaku episod berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah dan tukang sampuk atau nasi tambah pula turut mengambil kesempatan, pertelingkahan kedua-dua bekas Perdana Menteri ini mungkin terus berlarutan dan tidak ada titik kesudahannya.

Mukhriz dan KJ pula mungkin menjadi anak dan menantu yang paling tidak gembira kerana terpaksa menyaksikan pelbagai pendedahan dan londeh-melondeh daripada bapa dan bapa mertua masing-masing serta dalam masa yang sama mengundang pula reaksi daripada pihak-pihak yang mungkin lebih tidak menyenangkan mereka. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka kerana memilih menjadi pemimpin dan dalam masa yang sama menjadi anak kepada Mahathir dan menantu kepada Pak Lah.

Sebelum ini Mahathir bukan saja kerap mengkritik Pak Lah, baik dalam majlis terbuka atau perjumpaan tertutup, bahkan dalam buku memoir "A Doctor In The House" yang ditulisnya, Mahathir juga banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah yang disifatkannya lemah dan mengundang banyak masalah kepada parti dan negara.

Namun Pak Lah, sejak berundur daripada jawatan Perdan Menteri tidak pernah menjawab walau sepatah perkataan pun terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya manakala Mahathir pula seakan-akan tidak pernah puas melakukan serangan dengan sering mengaitkan apa saja masalah dalam UMNO dan negara sebagai berpunca daripada era kepimpinan Pak Lah.

Rupa-rupanya Pak Lah berdiam diri selama ini kerana beliau sedang mengumpulkan fakta untuk menjawab dan menyerang kembali semula kritikan terhadapnya dan beliau memilih untuk menjawabnya melalui penerbitan sebuah buku.

Dengan terbitnya buku ini dan pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah kembali menjadi panas, sebenarnya menarik juga untuk melihat apakah pendirian dan sikap Najib mengenainya. Walaupun pengaruh Pak Lah tidak sekuat Mahathir di dalam UMNO tetapi Najib memang diketahui amat gembira dengan sikap dan pendirian Pak Lah yang sentiasa menyokongnya sedangkan Mahathir agak flip-flop terhadapnya, kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang mengkririk.

Malah selepas berakhirnya pilihanraya umum lalu, walaupun menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi tetapi Mahathir diketahui mulai bersikap membelasah Najib terutama dalam perjumpaan tertutup dengan mereka yang bertemu dengannya.

Mungkinkah Najib sebenarnya gembira dan sedang tersenyum dengan terbitnya buku ini kerana sekurang-kurangnya ada orang lain sekarang ini sedang mengkritik Mahathir yang secara belakang-belakang turut mengkritiknya juga. Dengan kemungkinan berlakunya berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah selepas ini, secara langsung Najib tidak lagi menjadi tumpuan serangan oleh Mahathir dan beliau juga sudah boleh melupakan belasahan Mahathir terhadapnya sebelum ini.

Menjelang ketibaan 1 Syawal ini, lihatlah senyuman Najib pasti lebih melebar lagi. Dalam hatinya mungkin berbisik, terima kasih Pak Lah.

Panji Hitam Rampas Istana?


SALAH satu pengenalan diri ahli Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang dirampas polis semalam.
SEKITAR jam 4 pagi tadi sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana ! Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.

Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers. Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini. Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

Suspek yang d tahan adalah seperti berikut :

1. HASBUL JALIL B HASSAN, KPT: 730719-02-5087,
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH
2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI, KPT: 600708-08-5177, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR RANTAU PANJANG 34110 SELAMA, PERAK
3. ZULHILMI B. SARIMAN, KPT: 890417-01-5847, Alamat: NO 79, JLN KEMPAS, TAMAN MEGAH RIA, 81750 MASAI, JOHOR
4. AZHAR B. HAMIDI, KPT: 720210-08-6355, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR 34110 SELAMA, PERAK
5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH, KPT: 891227-01-6181, Alamat: NO. 54, JLN NENAS 2, TMN KOTA MASAI, 81750 MASAI, JOHOR
6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN, KPT: 880327-04-5453, Alamat: LOT 241, KG GHAFAR BABA, 76400 TANJONG KELING, MELAKA
7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD, KPT: 611222-08-5760, Alamat: NO. 31, LORONG 5, TMN SRI KURAU, KEMUNTING 34010 TAIPING, PERAK
8. MADKAYA B ABDUL GAPUL, KPT: 690714-12-5229
Sumber : Melanau Blogger

Polis Pembelot Sembunyi Maklumat Pengganas



GAMBAR FAIL... Hassan (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selepas dijatuhi hukuman semalam.


Koperal Polis Dihukum Penjara Tujuh Tahun Kerana Sembunyi Maklumat Kegiatan Pengganas

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini Selasa menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61,kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.
Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac. Beliau berkata, walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan. Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata, beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa.

"Anda adalah pegawai Cawangan Khas di Lahad Datu dan anda terima maklumat ini (mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo). Jadi anda berada dalam kategori berbeza kerana anda wajib mendedahkan maklumat seumpama itu.
"Oleh itu, hanya sedikit sahaja penghargaan patut diberikan kepada perkhidmatan anda yang lama (38 tahun) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga fakta yang dikemukakan dalam perbicaraan peringkat kes pendakwa selama empat hari dari 24 Jun. Beliau berkata, saksi pertama yang dilindungi telah memberikan maklumat amatpenting kepada Hassan pada Januari mengenai hasrat pasukan yang dipanggil Pasukan Tentera Diraja Sulu untuk memasuki Sabah, yang Hassan gagal dedahkan kepada pegawai atasannya.

Beliau juga berkata, tiga transkrip panggilan telefon yang dipintas memperkukuhkan lagi niat Hassan untuk menyembunyikan maklumat pencerobohan oleh pasukan tentera berkenaan. Walaupun pencerobohan itu tidak berlaku semasa Hassan diberitahu mengenai pencerobohan yang bakal berlaku itu oleh saksi yang dilindungi, Ravinthran berkata pencerobohan itu akhirnya berlaku dan pasukan keselamatan boleh bersedia untuk mencegahnya daripada berlaku sekiranya Hassan memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Terdahulu, semasa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan tertuduh menyumbang kepada perkara itu.

"Niat tertuduh untuk tidak memaklumkan pegawai atasannya telah menyebabkan anggota keselamatan kita cedera dan terbunuh semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
"Keluarga mereka telah kehilangan orang tersayang. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk memastikan keselamatan rakyat yang terjejas. Ini tidak termasuk kerosakan banyak harta benda.
"Ini adalah perbuatan khianat terhadap negara kerana sebagai anggota polis, beliau (Hassan) bertanggungjawab melindungi orang ramai. Oleh itu, beliau tidak setia kepada pasukan polis," kata Nordin.

Peguam Ram Singh berkata, pihak pembelaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Hassan kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan dan bersalaman serta memeluk anggota keluarganya yang menangis, sebelum dia dibawa keluar. - BERNAMA

Kumpulan Punk Rock Myanmar Bela Islam


ANGGOTA-ANGGOTA Rebel Riot mengagihkan makanan kepada orang gelandangan di Yangon Myanmar pada 1 Julai lalu. 


YANGON - Pengikut muzik punk rock di Myanmar bukan sahaja memecah tradisi dengan penampilan ranggi seperti rambut merah jambu, jaket kulit dan tatu tengkorak. Namun, keberanian mereka mendedahkan perbuatan sami Buddha seperti Wirathu yang menghasut keganasan ke atas orang Islam turut menongkah arus di negara itu.

Kumpulan muzik punk lantang memperjuangkan isu tersebut dalam lagu mereka ketika orang ramai terus mendiamkan diri. "Jika mereka sami sebenar, saya akan berdiam diri tetapi mereka bukan sami (dalam erti kata sebenarnya)," kata penyanyi kumpulan punk rock Rebel Riot, Kyaw Kyaw.

Ungkapan itu terkandung dalam lirik lagu baharu mereka yang mengecam sikap hipokrit dalam beragama dan gerakan anti-Islam 969 di Myanmar. Kumpulan sami Buddha radikal menjadi dalang kempen berdarah terhadap orang Islam di negara yang mempunyai 60 juta penduduk itu. Namun, tidak ramai yang berani menegur atau mencabar mereka di Myanmar.

Bagi penduduk negara itu, agama Buddha sudah sinonim dengan orang Myanmar dengan perbuatan menegur golongan sami pula dianggap biadap. Selain itu, ramai penduduk negara itu percaya dakyah bahawa orang Islam, terutamanya etnik Rohingnya mengancam budaya dan tradisi mereka.

"Orang ramai sepatutnya kembali kepada ajaran Buddha. Adakah sikap kejam sebegitu yang Buddha mahukan?" kata penyanyi kumpulan No U Turn, Ye Ngwe Soe.

No U Turn merupakan kumpulan punk rock paling popular di Myanmar. Ngwe Soe mencipta lagu baharu mereka, Human Wars selepas insiden keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di Negeri Rakhine yang merebak ke beberapa kawasan lain.

"Apabila saya berada di beberapa kawasan bandar, saya terdengar orang ramai berkata bahawa 969 bencikan orang Islam dan bersikap ganas terhadap mereka. Ini sepatutnya tidak berlaku," kata Ngwe Soe.

Menurutnya, kumpulan punck rock juga tidak takut dengan ancaman pihak berkuasa yang mahu menghumban mereka ke dalam penjara. Selain mengkritik sami Buddha, kumpulan-kumpulan punck rock di Myanmar turut menyanyikan lagu tentang keganasan tentera dan sikap haloba ahli politik negara itu.

"Mereka boleh menangkap kami, kami tidak peduli," kata penyanyi Rebel Riot, Kyaw-Kyaw.
"Namun, kami tetap akan luahkan minda kami," tambahnya. - Agensi

Friday 2 August 2013

Bekas Gereja Tua Diubah Jadi Masjid Di England


Gereja Tua di Clitheroe, Inggris, (kanan) diubah fungsi jadi Masjid 
Gereja Tua di Clitheroe, Inggris, (kanan) diubah fungsi jadi Masjid
Gereja Tua di Clitheroe, Inggris, (kanan) diubah fungsi jadi Masjid 
Lukisan Lowry
Sebuah gereja tua yang tidak dipakai lagi pakai diubah peruntukkannya sebagai masjid di wilayah Clitheroe, Lancashire, England. Gereja ini adalah ikon kota tersebut setelah masuk dalam lukisan seniman terkenal Inggeris, Laurence Stephen Lowry.
Diberitakan Daily Mail, gereja Methodist yang dulu dikenal dengan nama Gunung Zion ini memang telah lama terbengkalai. Selama 14 tahun terakhir, bangunan bergaya arsitektur kuno ini telah beberapa kali beralih fungsi, sebagai toko amunisi, kilang kotak logam atau pabrik garmen.
Gereja Gunung Zion tersohor setelah masuk dalam salah satu lukisan Lowry tahun 1954 berjudul "Sebuah Jalan di Clitheroe". Lukisan ini adalah salah satu mahakarya pelukis yang dikenal dengan gambar manusia korek apinya ini.

Sekarang, sekitar 300 orang Muslim di kota itu akan mengubahnya menjadi masjid pertama di Clitheroe. Rencana ini sebenarnya telah diajukan sejak tahun 2006, namun mendapatkan ratusan penentangan, terutama datang dari anggota partai sayap kanan, Partai Nasional Inggeris, yang terkenal rasis.

Kendati demikian, rencana alih fungsi tetap berlanjut. Tujuh tahun berlalu, konversi bangunan itu menjadi masjid telah mencapai tahap final. Saat ini komunitas Muslim di Clitheroe tengah mengumpulkan dana untuk pemanas, lampu, dekorasi dalam, pintu dan jendela.

Farouk Hussain, Ketua Pusat Pendidikan Islam Media di Lancashire mengatakan bahawa proyek itu disokong oleh banyak pihak. "sokongan dari seluruh kota sangat bagus. Kami mendapat reaksi positif dari kelompok antara keyakinan dan masyarakat atheis juga berada di balik proyek ini,"
ujar Hussain.

Salah satu sokongan datang dari Kanselir Clitheroe, Jim Shervey, yang mengatakan bahawa Muslim berhak beribadah di manapun. Walaupun ada pertentangan beberapa tahun lalu, ujarnya, namun semua dapat diatasi.

"Bangunan ini digunakan untuk kepentingan yang baik, dan jelas lebih baik menggunakannya berbanding membiarnya kosong," ujarnya.

Jumlah umat Islam di Inggeris terus meningkat drastik dalam beberapa tahun terakhir. Sensus terbaru tahun 2011 menunjukkan, Muslim meningkat tiga persen menjadi 4.8 persen atau sekitar 2.7 juta orang. Kebanyakan dari mereka adalah Muslim usia muda, di bawah 25 tahun. (IH)

Penduduk Pangsapuri Bakal Nikmati Air Percuma


 
SHAH ALAM: Penduduk pangsapuri bakal menikmati air percuma apabila Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Syabas meluluskan migrasi daripada meter pukal ke meter individu dengan persetujuan bersama minima 50 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, arahan itu dibuat untuk memudahkan prosea migrasi yang akan memastikan penduduk pangsapuri yang tidak mendapat air percuma melalui sama ada meter individu atau program Lapor dan Dapat menikmati 20 meter padu air percuma.

Katanya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menulis surat bertarikh 28 Jun 2013 kepada Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail memaklumkan arahan tersebut.

Sebelum ini, pihak Syabas telah menetapkan peratusan kebenaran pemilik yang perlu diperolehi adalah 100 peratus dan kemudiannya diturunkan kepada 85 peratus.

"Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah arahkan Syabas lulus migrasi dengan 'consent' minima 50 peratus," katanya dalam sidang.media bersama Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini.

Tambahnya, kerajaan negeri menerima aduan maaih terdapat pengsapuri yang tidak dapat melakukan migrasi walaupun telah mendapat 'consent' melebihi 50 peratus.

"Penduduk melalui JMB bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03 5510 2122 agar migrasi dapat dilakukan," katanya.

Setakat ini, jelas Iskandar terdapat 30 kawasan yang telah mendapat 50 peratus persetujuan bersama tetapi belum mendapat kelulusan Syabas untuk migrasi.

Tegasnya, kerajaan negeri melalui LPHS telah menubuhkan jawatankuasa khas Permai untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan proses migrasi dapat dilaksanakan dengan segera. (Hrkh)

Apa Bezanya, Wanita-wanita Mesir Ini?




ISA, EO Bukan Penyelesaian Kes Tembak, Tapi Zalim


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Cadangan untuk memperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) tidak akan menyelesaikan krisis jenayah pembunuhan bersenjata api sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi, undang-undang tersebut bersifat zalim dan boleh disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu, ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, beliau mendesak Polis diRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci tentang kebocoran senjata api yang berlaku sehingga menyebabkan kes tembakan semakin meningkat tanpa kawalan.

"Pas lebih cenderung mempercayai para penjenayah bersenjata api ini mendapat bekalan senjata secara sindiket haram akibat kelolosan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara.
"Pas menggesa semua pihak berkuasa bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mencegah penyeludupan senjata api ke dalam negara," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas lanjut reaksi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal semalam yang menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula ISA yang telah dimansuhkan atas alasan peningkatan kadar jenayah berat. Begitu juga dengan cadangan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor yang menyarankan supaya kerajaan mengembalikan undang-undang tahanan seperti EO.

Tuan Ibrahim mengingatkan mengembalikan dua undang-undang tersebut akan mengundang penyalahgunaan kuasa apabila ia pernah digunakan dalam Operasi Lalang pada 1987 di mana ISA digunakan ke atas pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya. Tegasnya Akta Senjata 1960 sudah memadai untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang memiliki senjata api secara haram dan menggunakannya untuk tujuan jenayah.

"Di bawah akta ini, jika disabit kesalahan boleh dihukum mati dan penjara seumur hidup," tegasnya. (SH)

Mahkamah Pilihanraya Menyusahkan Dalam Mencari Keadilan


 
KL: PAS menyifatkan, mahkamah pilihanraya yang menjadi tempat akhir saluran sah rakyat mengadu mengenai kepincangan pilihan raya  kini bertukar menjadi jalan buntu.
Ini berikutan pelbagai keputusan yang dibuat oleh mahkamah berkenaan sangat diragui dan menyusahkan pihak-pihak yang ingin mencari keadilan, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apakah penalti yang tinggi yang dikenakan pada pempetisyen pilihanraya ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihanraya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati atau ini satu trend baru dalam kehakiman?

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah pilihanraya untuk menolak petisyen pilihanraya yang difailkan BN dan Pakatan Rakyat di peringkat awal sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja.

Pempetisyen pula dikenakan untuk membayar penalti kos yang sangat besar sehingga RM150,000 sebagaimana yang berlaku di petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang, Terengganu pagi ini.

“Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu mendapatkan keadilan. Ia adalah jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihanraya yang sangat tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat  menjadikan mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka,” tegas Tuan Ibrahim.

Pilihanraya umum ke 13 mencatat sejarah petisyen paling banyak iaitu 60 dengan 39 daripada Pakatan Rakyat dan 21 daripada BN. Tuan Ibrahim berkata sekurang-kurangnya mahkamah harus memulakan pembicaraan untuk mendengar hujah pempetisyen daripada terus menidakkan hak pempetisyen untuk mengadu atas sebab teknikaliti.

Alasan teknikal seperti petisyen hendaklah dibuat sendiri oleh calon, bukan melalui peguam dan pelbagai isu teknikal lain.

"Jelas, mahkamah tidak membantu rakyat bagi memudahkan prosedur petisyen. Rakyat menfail petisyen kerana kepincangan sistem pilihanraya yang dialaminya bukan suka-suka. Sepatutnya mahkamah memberi keutamaan kepada isi petisyen daripada segalanya,” tegasnya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyoal garis panduan yang digunakan untuk menetapkan kos yang terpaksa dibayar.

"Apakah tiada 'tanda harga' bagi mengawal agar pempetisyen boleh mempersiapkan jumlah wang bagi bersedia ke arah itu ketika membuat petisyen? Apakah ini menandakan pilihanraya ini sekarang hanyalah medan untuk orang kaya-kaya?” soal beliau.

Dengan kes-kes petisyen pilihanraya yang berakhir dengan pempetisyen dikenakan penalti melampau,  Tuan Ibrahim berkata PAS khuatir rakyat terpaksa memilih jalanraya kerana nampaknya inilah medan terbuka yang jelas lebih murah bagi menyatakan bantahan terhadap kepincangan pilihanraya.

“Apapun, PAS akan terus berjuang bersama PR dan rakyat seluruhnya bagi menuntut satu sistem pilihanraya yang lebih adil dalam sistem demokrasi di negara ini. Sudahlah rakyat hilang kepercayaan kepada SPR dan jangan lupa sehingga mahkamah pilihanraya pun kurang diyakini rakyat,” hujah beliau.(Hrkh)

Cadang Jadikan Gundik Banduan B/Islam Dilanda Perang


Salwa al Mutairi  

Wanita ini saran beli tawanan perang untuk dijadikan hamba seks lelaki Kuwait

Seorang wanita Kuwait yang pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Kuwait menyeru agar perhambaan seks dibenarkan di sisi undang-undang .

Untuk itu beliau mencadangkan supaya banduan bukan Islam dari negara-negara yang dilanda perang untuk dijadikan gundik.

Salwa al Mutairi berhujah bahawa membeli hamba seks akan melindungi hamba yang baik, taat dan 'kejantanan' lelaki Kuwait terpelihara dari zina kerana menurutnya membeli pasangan seks yang diimport akan menjadi sama seperti perkahwinan.

Mutairi mendakwa: 'Tidak ada rasa malu dan ia tidak haram (dilarang) di bawah undang-undang syariah Islam.

Beliau memberi contoh Haroun al-Rashid, seorang pemimpin Islam abad ke-8 yang memerintah di kawasan yang dilindungi di zaman moden Iran, Iraq dan Syria dan dikhabarkan mempunyai 2,000 gundik.

Mutairi mengesyorkan bahawa pejabat boleh dibuka untuk menjalankan perdagangan seks dengan cara yang sama seperti disediakan agensi-agensi pengambilan pembantu rumah.

Beliau menyatakan bahawa  membeli tawanan perang untuk melindungi orang-orang lelaki Kuwait daripada terdorong melakukan zina atau yang tergoda oleh kecantikan wanita lain.

'Sebagai contoh, dalam perang Chechnyan itu, pasti terdapat tawanan wanita Rusia, "katanya.

'Jadi, pergi beli mereka dan menjual mereka di Kuwait. Adalah lebih baik daripada lelaki kami melibatkan diri dalam hubungan seks haram. '

Hujah luar biasa beliau untuk rancangan beliau ialah 'tawanan' mungkin 'akan mati kelaparan di sana.

Beliau menegaskan, "Saya tidak melihat sebarang masalah dalam hal ini, tidak ada masalah sama sekali. Dalam usaha untuk mempertimbangkan perasaan wanita itu dalam susunan, Mutari mengakui bahawa wanita hamba, bagaimanapun, hendaklah sekurang-kurangnya 15. - dailymail 

Guru perlu pendedahan semula sejarah Islam


ABDUL AZIZ
ALOR SETAR – Guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah dan rendah perlu diberi pendedahan semula mengenai sejarah Islam yang sebenar.
Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata, usaha itu perlu sebagai langkah utama sejajar dengan tindakan mengkaji semula sejarah Islam dalam buku teks Pendidikan Islam rendah dan menengah.

“Guru-guru agama juga perlu pendedahan dan pengajian semula mengenai sejarah Islam, khususnya semasa zaman sahabat Nabi sebelum disampaikan kepada pelajar.

“Kita perlu laksanakan cadangan ini demi memperbetulkan beberapa fahaman yang kurang tepat dan ada yang didakwa menjurus ke arah fahaman Syiah,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah berkata, pihaknya sedia membantu jabatan dan agensi berkenaan untuk menjelaskan mengenai peristiwa sebenar semasa zaman sahabat berdasarkan sumber-sumber yang muktabar.

Mengulas mengenai gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula buku teks Pendidikan Islam yang dibimbangi turut dipengaruhi unsur Israiliyat dan juga yang menjurus kepada fahaman Syiah, Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dilaksanakan untuk mengelak timbul salah faham kalangan pelajar.

“Kita nak fokus apa itu Syiah dan apa yang kurang tepat dalam buku teks berkenaan. Kita khuatir kalau pelajar menganggap ia benar.

“Kalau kerajaan setuju, Giptis sedia duduk semeja untuk membincangkan mengenai perkara itu,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya telah membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan berhubung dakwaan itu, beliau berkata, satu aduan secara lisan telah dibuat menerusi telefon, kelmarin.

“Pihak kementerian telah menghubungi saya dan minta penjelasan mengenai perkara itu. Saya dan tiga individu dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta seorang pendakwah bebas akan berjumpa dengan pihak berkenaan di Kuala Lumpur.

“Kita bercakap secara umum dan tidak menuding jari kepada mana-mana penerbit atau penulis. Kita cuma mahu perkara berkaitan sejarah Islam dikaji semula dan memperbetulkan mana yang berkenaan,” katanya.

Giptis gesa kaji semula buku teks



JITRA – Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) menggesa supaya kerajaan mengkaji semula sejarah Islam yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam rendah dan menengah yang didakwa mempunyai kecenderungan ke arah fahaman Syiah.
 Pengerusinya, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ada silibus pengajian yang menggambarkan seolah-olah para sahabat nabi terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman.

“Pada saya, mata pelajaran Pendidikan Islam ini perlu disemak dan ditulis semula. Terutamanya berkaitan sejarah Islam semasa zaman Saidina Uthman dan para sahabat nabi.

 “Saya khuatir perkara ini boleh merosakkan akidah pelajar. Sebabnya, sahabat nabi tidak seorang pun yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman. Malah, mereka murka terhadap pembunuhan yang dilakukan itu,” katanya pada sidang media di Hotel Darulaman, di sini semalam.

Tambahnya, pelajar di peringkat universiti juga tidak ketinggalan perlu diperjelaskan mengenai perihal Sunni dan Syiah.

Mengulas mengenai dakwaan terdapat segelintir pemimpin sebuah parti politik terlibat dengan fahaman Syiah, beliau berkata, perkara itu terpulang kepada individu berkenaan untuk mengaku atau sebaliknya.

“Kita bercakap dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan kepada sesiapa. Sebenarnya, ia perlu ditanya kepada diri masing-masing. Sepanjang pengalaman saya di Kuala Lumpur, nampaknya pemuda-pemuda Islam lebih mudah terpengaruh dengan fahaman Syiah.

“Jadi sudah tentu ada yang terlibat. Cuma kalau ada pun mereka cuba menyembunyikan diri. Kita harap mereka yang berkenaan itu bertaubatlah sebelum mati. Balik semula ke pangkal jalan,” katanya.

Menara Alor Setar lanjut waktu operasi


Menara Alor Setar lanjut waktu operasi  

ALOR SETAR - Menara Alor Setar akan melanjutkan operasinya pada musim perayaan Aidilfitri, bermula hari raya pertama sehingga 18 Julai.
  
Menara Alor Setar dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, pada hari raya pertama, ia dibuka mulai 11 pagi hingga 12 malam manakala pada hari raya kedua sehingga 18 Ogos, bermula 9 pagi hingga 12 malam.
  
Pada hari biasa menara akan beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 10.30 malam bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang bercuti panjang terutamanya di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, untuk melawatnya.- Bernama

Siak meninggal dalam keadaan bersujud


Siak meninggal dalam keadaan bersujud  
  • Surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.

SHAH ALAM - Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.
Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menghubungi individu yang dipercayai imam surau berkenaan, Sukor Atan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian berkenaan gagal kerana beliau tiada di rumah.

Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya

Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya  | Apa Cerita nie? |  Terkejut aku mendengar cerita ini, menang kes membatalkan keIslaman tiga anaknya?...Adakah benar cerita ini?, tidakkah Mahkamah sensitif terhadap perkara ini?, Mana undang-undang yang melindungi kesucian Islam?...Dalam Islam kita kena menghormati Agama lain dan tidak boleh memaksa penganut Agama lain memeluk Islam, tetapi Islam itu menjaga kesucian jika murtad hukumnya bunuh dan diberi peluang untuk bertaubat kerana mereka telah menghina fitrah..Apa pun mohon kita muhasabah terhadap perkara pelik yang berlaku sekarang ini....
 
Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya
 
Guru tadika itu menarik nafas lega selepas kesemua anaknya mengekalkan agama Hindu hasil perjuangan selama empat tahunnya tetapi apa yang menghantui fikirannya adalah anak bongsunya yang masih bersama bapa mereka.

Indira berkata Tevi Darsiny, 16 dan Karan Dinish, 15, yang tinggal bersama dengannya gembira apabila krisis identiti mereka berakhir.

Bagaimanapun, Indira amat merindui anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa, yang hanya berusia dua tahun ketika diambil oleh bapanya pada 2009.

Dia (suami) belum mengembalikan Prasana dan Indira tidak tahu cara bagaimana untuk menghubunginya.

“Amat menyiksakan untuk membayangkan anak perempuan saya mungkin muncul di depan saya dan tidak mengenali saya sebagai ibunya. Hati saya sakit.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menanganinya. Saya tidak tahu cara hidup yang diamalkannya selama ini tetapi tidak kira bagaimana dia dibesarkan, saya mahukannya kembali. Dia anak saya dan harus bersama dengan saya,” katanya dipetik Mstar.

Indira berkata dia tidak tahu siapa yang menjaga Prasana kerana kali terakhir melihatnya sejak 2009.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi mengarahkan suaminya, K.Patmanathan, yang memeluk Islam dan menggunakan nama Mohd Ridzuan Abdullah supaya menyerahkan anak mereka kepada Indira yang diberi hak penjagaan penuh.

Pada masa itu, Mohd Ridzuan turut menukar agama ketiga anaknya kepada Islam.

Selepas diperintahkan mahkamah untuk berbuat demikian, Mohd Ridzuan mengembalikan dua anaknya kepada Indira tetapi enggan menyerahkan anak bongsu mereka.

Kes hak penjagaan itu kini selesai apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memberi hak penjagaan kepada Indira.

Indira berkata dia telah memfailkan prosiding permohonan menghina mahkamah terhadap suaminya.

Kali terakhir Indira melihat Prasana adalah ketika di mahkamah, apabila dia hanya berusia setahun setengah.

Indira berkata dia tidak tahu di mana Mohd Ridzuan berada atau sebarang cara untuk menghubunginya.

“Setiap 8 April, saya akan menghantar mesej selamat hari lahir kepadanya (Prasana) menerusi telefon bimbit Mohd Ridzuan. Namun mesej saya tidak pernah dibalas,” katanya.

Tevi Darsiny turut menyuarakan hasrat untuk bertemu semula dengan adik perempuan bongsunya itu.

“Ibu saya, abang (Karan) dan saya sendiri amat merinduinya,” kata Tevi.

Sementara itu, Tevi berkata dia amat gembira kerana diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama Hindu.

Kedua-dua mereka berkata telah melalui tempoh sukar untuk mengetahui diri mereka yang sebenar.

Mereka berkata turut berada dalam dilema mengenai sama ada untuk menghadiri kelas agama Islam.

Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan perakuan memeluk Islam ke atas Tevi, Karan, dan Prasana sebagai terbatal dan tidak sah kerana pengislaman itu tidak mengikut Perlembagaan.

Indira berkata dia menjangkakan Mohd Ridzuan akan memfailkan rayuan untuk mencabar keputusan mahkamah itu.

“Saya dan peguam sudah bersedia untuk mempertahankan keputusan tersebut,” katanya.

Indira diwakili peguam K.Shanmuga, M.Kulasegaran dan N.Selva dalam kes tersebut.[Sinar Harian]

Popular Posts