Thursday 16 May 2013

Proses BAGAIMANA Membawa MAKANAN KFC Ke GAZA


Kelihatan pekerja penghantaran makanan masuk melalui terowong di bawah bumi Gaza - dengan membawa beg plastik yang sarat dengan pesanan Kentucky Fried Chicken. Makanan yang popular ini rupa-rupanya telah dihantar sehingga ke bumi Palestin melalui cawangannya di Mesir.

Kotak makanan yang terpampang logo Kolonel Sanders merah dan putih itu bergerak pantas melalui terowong penyeludupan untuk dibawa menyeberangi sempadan. Makanan ini dibawa masuk melalui laluan bawah tanah kerana tiada mana-mana cawangan restoran KFC di bumi Palestin.





Sekatan Israel ke atas Gaza menyebabkan sukar untuk membuka satu cawangan makanan segera antarabangsa di kawasan itu.

Tetapi kini pesanan makanan segera tersebut menjadi mudah untuk didapati selepas sebuah syarikat penghantaran Al-Yamama mula memberikan perkhidmatan membawa makanan dari Sinai Utara, Mesir yang bersempadan dengan Gaza.

Mohammed Al-Madani, seorang akauntan di syarikat Al-Yamama, menceritakan bagaimana mereka memulakan perniagaan mereka ini.

"Kami memesan dan mengatur untuk membawa beberapa makanan itu dan dijangka tiba dalam masa empat jam.", katanya.

Beliau menambah sebaik menyiarkan gambar makanan segera tersebut di laman web syarikat mereka, tidak lama selepas itu mereka mendapat lebih banyak lagi tempahan dari penduduk di Gaza.

Dan sejak akhir bulan lalu, mereka telah membuat empat penghantaran KFC kepada rakyat Palestin, dengan setiap penghantaran termasuklah pesanan kombo.


Walau bagaimanapun, ada harga untuk setiap penghantaran.

Harga bagi hidangan keluarga KFC adalah kira-kira EGP 80 (lebih RM30) yang dijual restoran el-Arish, tetapi untuk dihantar ke Gaza harganya melonjak sehingga  100 Shekels Israel (lebih RM80).

Harga menjadi lebih tinggi adalah kerana faktor kos pengangkutan dan penyeludupan. Al-Madani berkata walaupun mereka tidak menghadapi banyak halangan ketika membawa makanan ke Gaza, penghantaran boleh ditangguhkan disebabkan oleh pelbagai sebab.

Beliau berkata: "Kadang-kadang Hamas memeriksa bekas makanan dan kadang-kadang teksi yang mengambil pesanan dari Sinai tiba lewat."

Tetapi semuanya adalah berbaloi bagi seorang pelajar Aboud Fares, 22, yang amat menggemari bahagian dada ayam "Ia lazat walaupun ia sudah sejuk."

Saiful Bukhari bertemu jodoh personaliti TV3




Pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini.

Saiful akan berkahwin dengan seorang personaliti TV3 yang pernah bertugas di meja jenayah dan politik, Nik Suryani Megat Deraman.

"Mereka berkenalan selepas perbicaraan kes itu selesai. Hubungan mereka berputik apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran," kata sumber TV3.

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


"Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

Samb:

Tanda-tanda-sakit-di-badan.

Wednesday 15 May 2013

Bangla Oh Bangla, Bertuah Sungguh Nasib Mu!


Paling 'power' dalam kenyataan Sheikh Husina Perdana Menteri Bangladesh ialah "a friendly country to muslims and easily get the citizenship there for many of her supporters working in Malaysia already got it " .

Begitu mudahnya rakyat Bangla dapat IC sedangkan rakyat Malaysia yang kahwin warga asing pun sukar untuk mendapat kerakyatan bagi suami atau isteri. Bertuah sungguh nasibmu, Bangla!

GPMS sepatutnya membela pelajar Melayu yang nak masuk IPT



"GPMS sepatutnya memikirkan bagaimana hendak membantu puluhan ribu pelajar Melayu lepasan SPM/STPM 2012 yang akan masuk ke IPTA/IPTS tidak lama lagi.

Jika sekiranya Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menang PRU-13 yang lalu sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf akan diberikan.

Manakala aku janji BN N.Sembilan semasa kempen PRU-13 ialah “Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi”.

Sehingga saat ini Menteri Besar Negeri Sembilan belum mengumumkan berapa banyak insentif yang akan diberikan dan bila boleh diberikan kepada semua anak-anak Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa yang akan masuk ke IPT tidak lama lagi.

*****

Lucut kerakyatan peserta protes
13 Mei 2013

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan supaya melucutkan kerakyatan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Singapura pada Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd. Isa berkata, demonstrasi haram yang diadakan di Singapura itu memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia serta telah memberi gambaran salah mengenai kerajaan di negara ini kepada pihak luar.

“Tindakan mereka boleh memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dan menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.

“Kami minta kerakyatan mereka (peserta perhimpunan haram di Singapura) dilucutkan,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam."

Friday 3 May 2013

Sajian dari tong sampah



Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.
Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.
Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.

 
“Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya,” katanya.

Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.

Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza.
Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.

Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.
Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.

Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu.

“Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah,” katanya.

Undilah BN untuk Mewarganegarakan Orang Asing



Dahulu orang Filipina, orang Indonesia diberi IC, kini orang Bangladesh, Pakistan, Kemboja juga diberi IC oleh pihak tertentu...Undilah BN untuk mewarganegarakan warga asing demi kepentingan politik.



Versi Pendek:

Versi Panjang:



Pemimpin UMNO sebelum Najib:



Gambar-gambar dari pelbagai sumber di internet.


Berkaitan:

Bekas Tahanan ISA Dakwa Bantu Proses IC di Sabah

[MK] Seorang bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu.



Siti Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa, beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.

Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.

"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.

"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya.

'Diketuai Mahathir sendiri'

Katanya, beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut.

Beliau mendakwa menerima arahan oleh ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

"Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu. 

"Siapa bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin.

“Saya tahu pun sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah. 

"Dia beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang diproses.

'Bukan sikit, berguni-guni'

"Kita beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang dah siap kepada ketua kampung sahaja.

“Saya tak kenal. Kita pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah. 

"Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya.

Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya.

"Selepas borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit. Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan lebih.

"Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang ada nama itu," katanya. 

Beliau mendakwa kad pengenalan yang diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di bahagian belakang dokumen terbabit.

"Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi. 

Setengah juta IC

Ditanya mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang. 

"Dari tahun 1990 hingga 1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia. Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap, hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu. 

"Kawasan yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina," dakwanya. 

Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN. 

Ditanya lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima IC) mengundi Umno. 

"Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi. 

Katanya, beliau menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan.

“Saya memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk berkempen di Sabah," katanya lagi. 

Siti Aminah berkata, namanya tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI) Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi keterangan.

Video Sumpah Laknat Saiful di Makkah Guna Teknik SKRIN HIJAU?


  KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.



P/s: Saya sudah persoalkan hal ini semalam kerana jelas ada kejanggalan pada video tersebut. Oleh sebab saya bukan forensik visual atau seumpamanya, maka persoalan itu hanyalah persoalan semata-mata. Namun, bermula malam tadi sudah ada beberapa pihak yang membuat analisis termasuk yang disiarkan di atas.

Allah itu Maha Besar!

 
Kemas Kini:




Pengguna internet mula mempersoal ketulenan video laknat ini.

Lapor Kes Dakwat Kekal: Mejar TUDM Ditukar Serta-merta, Demokrasi Ala UMNO


[HD] PULAU PINANG:Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.


P/s: In sya Allah, jika PR berjaya mengambil alih kerajaan, pegawai tentera ini akan diberi keadilan.

Takbir Bergema, Ya Allah Hancurkan Pengundi Hantu. Siapsedia, Gempur!!



Tuan Guru Nik Aziz membaca doa selepas mengimamkan solat Subuh

KOTA BHARU: Laungan takbir bergema berkali-kali  di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV awal pagi ini bagi menghalau pengundi hantu yang cuba merosakkan sistem demokrasi di negara ini. Puluhan ribu rakyat Kelantan yang datang seawal jam 3 pagi mengangkat tangan ke langit mengaminkan bacaan doa dibaca  anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Abdul Aziz.

Biar pun keadaan padang agak lembab akibat hujan pada tengah malam tadi, namun ia tidak menghalang rakyat bersesak-sesak di dalam  stadium  bagi memohon dihancurkan mereka yang bergelar pengundi hantu.

Ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi namun puluhan ribu rakyat datang dengan satu misi mahu menghalau pengundi hantu yang cuba merosakkan demokrasi di negara ini.

“Kita memohon kepada Allah Taala yang mempunyai kuasa di langit dan bumi supaya menghancurkan pengundi hantu yang dibawa masuk ke negara ini. Dipanjatkan kepada Ilahi supaya dimakbulkan perjuangan rakyat Malaysia untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru di Putrajaya 5 Mei ini.
“Kita juga memohon kepada Tuhan supaya proses piilihan raya umum kali ke-13 yang akan berlangsung Ahad ini dapat dijalankan dengan teratur, telus dan lancar,” katanya ketika berdoa selepas solat hajat.

Sebelum itu munajat dan solat tahajut yang diketuai Ustaz Hafizi Ramli Al Hafiz. Solat witir tiga rakaat juga diimamkan Ustaz Nik Razi. Solat Subuh pula diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan,  Datuk Mohamed Daud.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat memberitahu beliau agak terlewat datang disebabkan keuzuran dan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas di jalan menuju ke stadium biar pun sebelum jam 5 pagi.

“Saya tumpang tuah rakyat Kelantan yang sanggup datang awal lagi dengan meninggalkan tidur dan rehat di rumah  semata-mata mahu munajat kepada Allah bagi memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan Islam.
“Kefahaman terhadap agama tidak diajar oleh fahaman kebangsaan. Kerajaan kena  mendidik rakyat bagi mendekatkan diri dengan agama. Kalau tidak mampu mendidik rakyat dengan agama buat apa hendak jadi kerajaan,” katanya pada kuliah Subuh.

Menurutnya juga proses pilihan raya yang akan berlangsung pada Ahad ini seumpama projek tanam semula bagi pekebun untuk menukar pokok yang sudah tua.

Katanya begitu juga bagi sistem demokrasi, pilihan raya diadakan antara empat dan lima tahun sekali.

“Kita perlu ingat bagi melantik kerajaan baru hendaklah dipilih kerajaan yang mampu memberi didikan dan mendaulatkan agama. Oleh itu  saya meminta rakyat Kelantan sama ada Cina, India dan Melayu serta  penyokong Umno turut menyokong mengundi PAS pada Ahad ini.
“Penyokong Umno hendak kekal dalam Umno itu hak mereka, tetapi hendaklah gunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini bagi memilih PAS dan Pakatan Rakyat kerana terbukti kami ada kesungguhan menjaga agama,”  ujarnya.

Menurutnya PAS mengubah minda rakyat menggunakan ilmu agama dan bukannya wang ringgit. Kata beliau PAS tidak menggunakan duit bagi menarik sokongan rakyat, sebaliknya orang ramai pula menderma kepada PAS sebagai sumbangan kepada perjuangan Islam. 

Oleh itu beliau berpesan pada hari mengundi ini hendaklah solat sunat dua rakaat sebelum keluar mengundi dan membetulkan niat undi bagi mendaulatkan agama  Allah. Menurutnya juga ketika musim kempen sekarang bermacam-macam tomahan dan tuduhan dilemparkan pihak lawan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, namun rakyat sudah sedar dengan apa yang sebenar berlaku.

“Kalau ada yang bagi duit, ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai. Tetapi ingat ketika mengundi nanti hendaklah pilih PAS dan Pakatan Rakyat,”  tambahnya.

Program tersebut berakhir dengan solat sunat Dhuha Hadir sama Timbalan Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan calon-calon yang bertanding. (Hrkh)

Apa Ertinya Replika Kapal Selam Ini, Sindir Siapa?



REPLIKA kapal selam dengan bendera BN di Jerlun, Kedah. Replika biasa dibuat atas sesuatu isu atau tema. Misalnya replika dacing atau wau bulan melambangkan parti. Manakala kapal selam menjadi paling top untuk PRU13 kali ini kerana isu penyelewengan dan rasuah pembelian kapal selam oleh DS Najib.

Apakah replika di atas satu 'pengkhianatan'? BN Jerlun sindir siapa? Kem Mahathir sindiir kem Najib?

Ini Replika PAS pula..




(IH)

Najib: BN optimis menjelang Ahad


Najib: BN optimis menjelang Ahad
PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Pengarang Media termasuk Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Zulkefli S
 
KUALA LUMPUR - Menjelang saat akhir sebelum pengundian bermula pagi Ahad, Barisan Nasional (BN) semakin yakin bahawa rakyat bakal memberi mandat dua pertiga untuk ia melaksanakan agenda transformasi demi masa depan Malaysia yang lebih berjaya.
  
Keyakinan tersebut dinyatakan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini semasa bertemu beberapa ketua pengarang media, tetapi menjelaskan beliau mahu jentera BN terus bekerja keras walaupun sambutan rakyat semasa beliau "turun padang" amat menggalakkan.
  
Sebaliknya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula membuat kenyataan mengelirukan berhubung pelaksanaan hudud, dengan menyatakan bahawa PAS telah bersetuju hudud bukan matlamat pakatan rakyat dan tidak mungkin dilaksanakan di negara ini.
  
Pelaksanaan hudud memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, dan PAS sedar ia tidak boleh mencapainya secara bersendirian, menurut Anwar dalam kenyataan yang disiarkan melalui blognya, hari ini.
  
Ketika diminta mengulas kenyataan Anwar, pemimpin PAS cuba mengelak daripada membuat kenyataan.
 
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu, enggan memberi ulasan dengan alasan beliau belum membaca kenyataan tersebut.
  
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata isu hudud tidak berbangkit, seperti mana dipersetujui dalam manifesto pakatan rakyat yang tidak menyebut mengenainya.
  
"Saya tidak mahu komen tentang kenyataan Anwar itu," katanya bila diberitahu bahawa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyatakan bahawa hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini.
  
Pemimpin PAS seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Dr Haron Din sebelum ini berkata hukum hudud adalah asas perjuangan PAS dan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan rakyat dapat menawan Putrajaya.
  
Kenyataan mereka beberapa kali disanggah Pengerusi DAP Karpal Singh yang berkata parti itu tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud. - Bernama

PRU13 pilihan raya 'paling lucah', kata Kadir


A Kadir Jasin
A Kadir Jasin ketika berucap di forum sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf , hari ini. 
 
SHAH ALAM – Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tinggal dua hari sahaja lagi, media arus perdana yang menjadi nadi kepada parti pemerintah dikritik tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.
Bercakap di pentas forum sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir berkata, dunia media pada hari ini seolah-olah dicemari oleh pemberitaan yang berbeza dalam pilihan raya lalu.

"Pada 2008, media arus perdana ini menghina, mencaci media baru.

"Blogger-blogger ini dahulunya dipanggil 'goblok' dan 'monkey'. Tetapi sekarang media arus perdana menggunakan alasan media baru ini untuk mengeluarkan benda-benda yang sebelum ini tidak dikeluarkan?," ujar beliau.

Kadir merupakan salah seorang penalis Public Forum In Conjunction With Press Freedom Day, "Safe To Speak : Securing Freedom Of Expression In All Media".

Forum yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini adalah anjuran Asian Institute for Development Communication, Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.

Selain Kadir yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, panelis lain ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.

Sekiranya menjadi calon PRU kali ini, Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang NSTP berkata, beliau sendiri bimbang dengan suasana politik semasa dan peranan media yang mula menghidangkan berita-berita yang tidak sepatutnya kepada umum.

"Sekarang ini di mana-mana ada kamera. Payah. Saya tidak tahu berapa banyak video yang sudah dibuat mengenai saya. Belum keluar lagi.

"Tetapi kalau saya jadi calon pilihan raya, mesti keluar. Sebab itu, saya tak nak jadi calon pilihan raya seba takut banyak video saya keluar," sindir Kadir sinis.

Berdasarkan pengamatan yang membimbangkan beliau, Kadir berkata, PRU13 mencatatkan sejarah politik paling teruk di matanya.

"Kita sebenarnya terlalu bebas dan lucah pada hari ini. Pilihan raya ini adalah pilihan raya paling lucah dalam sejarah kita yang saya pernah lihat.

"Ini bukanlah lagi soal keselamatan bersuara mendapatkan hak kebebasan, untuk bercakap, berekspresi untuk semua media, untuk konteks Malaysia hari ini, saya ingin bertanya kerana saya merasa gusar, sejauh manakah lagi
kita hendak pergi untuk membusukkan dunia media pada hari ini?" ujarnya.

Kadir juga mengingatkan supaya pihak yang menjadi mangsa tidak menuding jari ke arah pihak lain pula.

"Sekarang ini kita bercakap tentang kebebasan untuk bersuara yang mana sebenarnya kita tak perlu minta.

"Anda hanya perlu layari Malaysiakini. Apa yang tidak ada dalam Malaysiakini?

"Kadang-kadang, kita sendiri suka buat video. Hari ini, kalau video anda keluar, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri," katanya lagi yang merujuk kepada minat orang ramai untuk mengambil klip video secara spontan di mana-mana sahaja.

Merdeka Center: Saingan sengit, PR di depan


PRU13
PRU13
 
SHAH ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan berada di depan.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89 kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN.

Kedua-dua perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.

Kerusi-kerusi BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19).

Sementara itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga) dan Sarawak (lima).

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan diadakan Ahad ini.

Tempoh berkempen 15 hari akan berakhir tengah malam ini.

Ketika mengulas lanjut berkata, Ibrahim berkata, daripada 46 kerusi yang menjadi rebutan BN dan PR, sebahagian besar berada di Pantai Barat Semenanjung.

Antara kerusi-kerusi yang termasuk dalam senarai 46 itu ialah Balik Pulau, Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Padang Rengas dan Merbok.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala komponen PR menguasai 82 kerusi.

Ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, BN menguasai 137 kerusi di Parlimen.

"Dalam kajian yang kami kendalikan, 42 peratus pengundi bersetuju bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi satu peluang untuk memerintah negara ini manakala 41 peratus merasakan BN masih boleh memerintah negara ini," kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Sebanyak empat peratus responden enggan mengulas manakala 13 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Kajian ini melibatkan seramai 1,600 pengundi berusia 21 tahun ke atas. Kajian dikendalikan menerusi telefon.

Ibrahim berkata, hasil kajian pihaknya juga menunjukkan tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot daripada 64 peratus kepada 61 peratus.

Populariti Najib dalam lingkungan 64 peratus ketika tempoh kajian dikendalikan dari 12 hingga 17 Mac lalu.

"Ini menunjukkan penurunan dalam persekitaran 'mesra' yang dijana susulan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan insentif-insentif lain," katanya lagi.

Wednesday 1 May 2013

Kenali Selaput Dara Lebih Mendalam








Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini.

Sebagai lambang kesucian wanita, Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama. Namun begitu tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara.

Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.

Istilah gadis atau Anak Dara atau Bikir sebenarnya bermaksud sebagai wanita yang belum berkahwin. Walaupun begitu lelaki tetap mempunyai sifat keegoan. Ada yang menolak wanita yang dikahwini apabila didapati bahawa pada malam pertama berjimak isterinya telah tiada dara.


Sifat ini amat ketara dalam masyarakat Melayu zaman dahulu. Pada malam pertama suami akan dibekalkan oleh ibu si isteri dengan kain putih atau sapu tangan putih. Semasa melakukan jimak buat petama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar.


Darah ini akan dikesat dengan menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya kain itu akan diserahkan kepada ibu isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri tiada bermasalah. Si suami mempunyai zakar yang cukup tegang untuk memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkota kesuciannya sehingga pada ketika itu.


Tanda tersebut amat membanggakan kedua belah keluarga pengantin. Pada masa sekarang adat ini tidak dipraktikan lagi. Banyak atau sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas.


Mungkin Dara terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena ini kerana tiada tanda khusus yang dapat dikenal dan kalau pun ada cuma dari segi kesakitan isteri.


Namun ia hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan isteri. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan. Maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan

bukanlah merupakan syarat yang sebenar.

BENTUK BENTUK SELAPUT DARA


Selaput dara sebenarnya sukar untuk dikenal pasti oleh seorang lelaki apatah lagi yang belum berpengalaman kerana ia berada bukan betul-betul di pintu faraj tetapi agak sedikit ke dalam. Terdapat pelbagai bentuk selaput dara.


Ada yang seperti kelopak bunga, ada yang seperti cincin, ada yang berlubang dua, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada dara sejak dilahirkan. Sekiranya dara telah terkoyak iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali.


Namun begitu jika seoarang wanita telah melahirkan anak maka selaput daranya akan hilang. Berikut adalah bentuk-bentuk selaput dara bagi menambah pengetahuan:






Persoalan mengenai selaput dara:


Assalamualaikum…
Saya ingin mengajukan pertanyaan mengenai selaput dara dan penetrasi. Saya seorang gadis dan masih belum berkahwin. Saya juga tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya pernah memasukkan jari (jari hantu) sehingga habis ke dalam vagina kerana ingin tahu kedudukan dan keadaan selaput dara tetapi tidak ada apa-apa halangan atau selaput dara yang dapat saya rasa. Saya risau jika saya tidak lagi mempunyai dara atau secara tidak sengaja telah memecahkannya. Namun begitu tidak ada darah yang keluar apabila saya memasukkan jari. Saya juga tidak pernah mengalami sebarang pendarahan melainkan haid. Adakah saya tidak lagi mempunyai selaput dara?


Jawapan:
Secara ringkasnya, dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini adalah satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.Kedudukannya adalah di antara satu atau dua sentimeter (cm) dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina.Bagaimanapun, bukan semua wanita ada selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.Ramai lelaki menganggap seorang wanita tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapan ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara.Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab lain seperti aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya

Persoalan 2:saya telah membenarkan bf saya untuk memasukkan jarinya ke dalam vagina saya. dan selepas beberapa minit dia mengeluarkan jarinya terdapat kesan darah pada jarinya..kami telah putus hubungan dan saya amat menyesal atas apa yang berlaku dan telah bertaubat..soalan saya

1) saya tahu bahawa mungkin saya telah kehilangan dara, saya nak tahu sekiranya ada kemungkinan vagina saya akan berdarah lagi pada malam pertama perkahwinan saya?
2) adakah vagina saya akan masih ketat seperti saya masih dara?

Jawapan 2:

Perbuatan memasukkan jari ke dalam vagina berkemungkinan besar menyebabkan selaput dara atau hymen koyak. Ini kerana hymen adalah selaput nipis yang menyelaputi separuh dari pembukaan vagina. Ia adalah sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai vulva iatu kemaluan luar wanita (external genitalia).Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian.


Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.


ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;


“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”


Persoalan 3:


salam….

sy ingin bertanya….sewaktu saya berumur 10 tahun saya pernah mengalami kemalangan terlangar tiang ketika bermain basikal dan berlaku hentakan pada kemaluan saya dan keluar sedikit darah saya ingin bertanya adakah selaput dara saya telah pecah…???dan apabila melakukan hubungan seks pada kali pertama adakah merasa sakit, ketat yang sama dan keluar darah seperti gadis yang belum pecah selaput dara…??

Jawapan 3:


Selaput dara anda mungkin telah koyak. Perlu diketahui selaput dara juga boleh koyak tanpa melakukan seks. Ada yang pecah dara kerana aktiviti lasak, terjatuh dan lain2.
malam pertama, anda akan tetap merasa sakit , ketat seperti gadis yang mempunyai dara jika anda belum pernah bersetubuh ataupun onani dengan memasukkan sesuatu ke dalam faraj.

Persoalan-persoalan lain:


saya ni kira aktif bsukan.. sy even pernah terjatuh and kmaluan saya tkena besi. tapi tiada darah, adakah saya ini masih dara atau tidak?
kalau onani tanpa memasukkan jari, hanya mengosok, adakah menjejaskan dara? saya pernah try.. ada sekali tu darah, tapi after sehari tu, period. adakah darah yang saya alami tu darah period or sebab selaput dara sudah koyak? and, betul ke kalau time selaput dara tu koyak, rasa dia tersangat la sakit?
thanks.. harap sudi membantu selesaikan masalah saya..

sye bdx 14 ta0n tpi sye sering melancap…sye mmpunyai nafsu yg kuat…kdng2 dlm klaz p0wn bleh stim..kebiasaannya dkat umah sye sering memasukkan jari hntu atau berus gigi lme…ade satu ari sye tngh lncp tbe2 sye nmpk ade drh kat brus gigi tu…sye wat b0do jewp sbb dh stim kan lyn jewp…sye tak0t kal0 dh kawen suami sye pkir mcm2…t0long la…:(


Saya baru berkahwin,pada malam pertama saya melakukan hubungan dengan isteri saya,amatlah susah memasukkan zakar saya,hinggalah 3,4 malam baru boleh,itupun amatlah susah dan ketat….tetapi saya telah berjaya memasukkan semua zakar saya ke dalam faraj isteri saya,tetapi tiada darah yang keluar hingalah hari ini,soalan saya,adakah saya telah berjaya memecahkan dara isteri saya,dan bolehkah isteri saya mengandung,air mani saya,saya lepaskan semua didalam faraj isteri saya,dan saya membiarkan isteri saya klimaks dahulu baru saya klimaks,dengan tujuan supaya air mani kami dapat bersama..diharap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini dengan tepat dan segera…tq.


salam…

saya masih remaja.. tapi akibat suke sgt mlayan msg2 blue.. saya mula melancap.. saya sering melakukan melancap dan boleh dikatakan tiap2 hari.. saya hanya mnggosok kemaluan saya sehingga berair.. tp tidak oernah memasukkan jari atau sebagainya.. malah, ketika melancap darah juga tidak keluar.. tapi saya takut, dengan perbuatan bodoh saya ini, saya akan kehilangan dara.. tolong saya…

Nasihat saya:kalau kita takut akan masa depan kita nanti jangan lah duk buat benda-benda mengarut dan bodoh.Sekarang mungkin seronok, bila dah kawhwin nanti takut jadi janda muda je sebab diceraikan sudah tiada dara.Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.Nauzubillah..-
yakboktam.com



 



Popular Posts