Sunday 30 September 2012

Insan2 Ini Menjadi Penghibur Buat Ustaz Azhar Idrus Di Kala Duka... Inilah Gambar Isteri-Isteri Ustaz



Isteri Ustaz Azhar Idrus
Isteri - isteri Ustaz Azhar Idrus

Note : Entry ni di buat khusus untuk mereka-mereka yang ingin kenal  2 orang wanita yang menjadi suri kepada Ustaz azhar Idrus. 

Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.


Latihan Ketenteraan Polis China Yang Hebat

Januari lepas, Presiden China, Hu Jintao, mengarahkan yang untuk meningkatkan tahap kecergasan, pegawai polis China perlu menjalani latihan ketenteraan. Nampaknya arahan beliau sudah mula dipatuhi oleh pihak polis, dan beginilah cara terbaru polis-polis di China berlatih.

Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket




Rasanya tidak ada lemak di badan mereka ini kerana menjalani latihan sebegini. Pasukan Polis Bersenjata Rakyat China dikatakan mempunyai 660,000 orang anggota, tetapi ada yang mengatakan jumlahnya lebih besar dari itu. Memang hebat sekali mereka ini, bukan?

Model Kereta Tanpa Seurat Benang Di China


Pameran kereta Volkswagen di Daqing China bertukar jadi kontroversi bila 4 model yang memakai bikini mula menanggalkan pakaian renang itu dan terus berbogel.Mereka juga membuat aksi ghairah menggoda disamping kereta.Kelakuan mereka ini untuk menarik perhatian pelanggan sangat melampau.Lihat gambar dibawah.




HOTDOG BERBENTUK KEMALUAN LELAKI YANG DIGEMARI GADIS JEPUN

Jepun adalah negara yang penuh dengan inovasi, banyak teknologi canggih di hasilkan dari negeri Sakura ini. Rupanya inovasi tersebut bukan hanya pada teknologi mereka saja, dalam berbagai hal mereka banyak melakukan inovasi dengan pelbagai macam tujuan. Salah satu daripada inovasi tersebut adalah dalam meningkatkan minat beli terhadap sebuah produk tidak jarang mereka membuat produk dengan model yang boleh di bilang gila, contohnya adalah model Hotdog zakar ini. Terbukti inovasi bentuk hotdog ini mampu menaikkan perolehan jualan hotdog ini.

Rata-rata pelanggan hotdog inipun rata-rata adalah perempuan, mungkin kerana bentuknya adalah serupa barang kesukaan mereka.
hotdog-japones-2
hotdog-japones-3
hotdog-japones-4
hotdog-japones-5

Lelong Barangan Pemimpin Pakatan Rakyat


Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000

SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat. Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini.

2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini. Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah dan Sarawak. Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
  • Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu.
  • Ia diikuti oleh kartun yang dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.
  • Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.
  • Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda DHPP Selangor, Sri Jalaraman. Jalaraman ketika ditemui berkata, beliau membelinya kerana penghormatan beliau kepada Presiden PAS itu.
  • Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, 
  • gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000),
  •  teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), 
  • gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) 
  • dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).
  • Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja, Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000. 
  • Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily.

Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000 untuk tabung pilihan raya Pakatan Rakyat

Tuaku Ziarah Tok Guru

 



Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka. Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan. Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad. Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar. Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya. (Hrkh)

Kreatif! China Jual Udara Segar Dalam Tin.

 

JOM KREATIF

BUKAN rahsia lagi, China terkenal akan masalah polusi udaranya. Sementara pemerintah dikatakan tutup mata untuk menanganinya. Kerana itu jutawan Chen Guangbiao bertindak unik, dengan caranya. Lelaki yang akrab dipanggil 'Brother Biao' ini menjual udara segar dalam tin  bertutup kemas seharga USD 0.80.

Udara dalam tin ini kemudian diberi jenama "Chen Guangbiao: Nice Guy" dan dipasarkan di beberapa area China seperti Jinggang Mountain, provinsi Jiangxi, dan beberapa daerah minoriti Taiwan. Udara segar yang dikemas/tutupnya berasal dari berbagai wilayah di China dan Taiwan.

"Orang hanya perlu membuka tutup, dekatkan hidung, dan hirup udara segar yang ada dalam tutupan," jelas Chen.

Biao menjelaskan, di dalam tutupan terdapat cip yang akan langsung menutup, ketika ion oksigen negatif mencapai jumlah maksimum. Menurutnya, udara di dalam tin juga tidak akan mudah keluar, kerana telah dikompres.

Meski agak aneh dan macam tak masuk akal, namun Biao menyatakan, dia yakin produk ini akan berjaya di pasaran. Nyatanya 100,000 tin udara tutupan yang telah diproduksi terus per hari. Biao mengatakan bahawa sebahagian hasil jualan itu akan disumbangkan kepada tentera China yang kini sedang mempertahankan Diayou Island.

Biao juga, berjanji jika pembeli tidak puas hati dengan produknya, mereka boleh menyimpan tutupnya. Biao berjanji akan membeli tutupan itu kembali setelah 10 tahun dengan harga USD 7 per tutupan.

Udara segar dalam tin, inilah produknya!! (IH)

Rasuah Seks

 

 
FOTO-FOTO ini menjadi bukti? Bercerita tentng rasuah seks. Seorang perempuan ditangkap oleh seorang polis di sebuah jalan sepi. 

Polis tersebut tidak mahu memaafkan kesalahannya. Mereka sedang bercakap-cakap serius. Rupanya, seseorang yang berada di tempat tersembunyi itu, kebetulan membawa handphone berkamera..

Gambar-gambar inilah rakamannya...


Perempuan tersebut tiba-tiba melepas jeansnya dan berbaring terlentang dengan paha terbuka didepan polis itu. Polis tersebut terus keluarkan pistollnya, bukan pistol betul-betul tetapi 'senjata lelaki'nya.

 Maka terjadilah permainan liar di atas bonet depan, kereta itu. 

Ada yang unik dalam peristiwa ini, rupanya perempuan itu membawa seekor anjing. Nampaknya, anjing tersebut seolah-olah tidak rela tuannya di serang habis-habisan oleh polis itu di celah kangkang tuannya...

Setelah permainan usai, perempuan itu pun pergi bersama anjing dan keretanya. Selesai masalah! 

Semoga hal begini tidak akan berlaku di Malaysia....



 

Kebaikan Buah Cermai, Khasiat Buah Cermai

Nama saintifik bagi buah cermai ialah “phyllanthus acidus”. Pokok ini membiak melalui biji benih, ditanam melalui keratan batang atau di tut. Buah cermai akan berbuah secara bergugus dan akan berubah warna kekuningan apabila masak.
Dengan memakan buah cermai boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Buah cermai berasa masam jika dimakan mentah. Dengan membuat jus cermai dan meminumnya, boleh  menghilangkan sakit tekak, batuk dan juga dapat melangsingkan badan jika diamalkan secara istiqamah.
 
 
 
 

Daun cermai yang telah ditumbuk lumat dan diletakkan pada muka dipercayai boleh menghilangkan jerawat. Rebusan air daun cermai dan dicampur dengan gula batu, boleh menurunkan panas dalam badan. Daun cermai juga boleh mengubati demam campak. Caranya ialah dengan menumbuk daun cermai dengan kunyit hidup dan digaulkan dengan daun semambu dan sapukan pada badan pesakit.

Untuk menghilangkan parut deman campak atau parut luka, sapukan daun cermai yang telah ditumbuk dengan beras dan kapur sirih. Lakukan sehingga kesan parut tersebut hilang. Semoga info ini berguna kepada kita.

Thursday 27 September 2012

Kapal tentera baharu China



KAPAL pengangkut pesawat pertama milik China berlabuh di Dalian, timur laut China pada Ahad lalu.


BEIJING - Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi semalam, kata Kementerian Pertahanan di sini.
Ia digunakan selepas China memperbesarkan lagi armada tentera lautnya ketika ketegangan maritim di Laut China Selatan terus meningkat.
Media negara berkenaan melaporkan, upacara pentauliahan kapal induk sepanjang 300 meter itu dihadiri oleh Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.
Kapal induk itu dibeli dari Ukraine dan dinamakan semula sebagai Liaoning sempena nama wilayah timur laut China yang menempatkan bandar pangkalan tentera laut utama di negara itu, Dalian.




Sebelum dijadikan kapal pengangkut pesawat, Liaoning merupakan kapal separa siap milik tentera laut bekas Kesatuan Soviet.
Kapal tersebut ditunda dari Ukraine tanpa enjin, persenjataan dan sistem navigasi pada tahun 1998.
Kapal itu dibeli daripada pemerintah Ukraine pada harga sekitar AS$20 juta (RM61.4 juta).
Kerja pengubahsuaian mengambil masa selama beberapa tahun.
Liaoning memiliki kapasiti untuk membawa sekitar 26 buah pesawat dan 24 buah helikopter.
Dalam perkembangan berkaitan, Beijing masih belum mendedahkan peranan sebenar kapal induk tersebut selain membantu melindungi perairan China.
"Kapal induk itu juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan pertahanan negara dan keupayaan ketenteraan," kata bekas pegawai tentera laut China, Yang Yi kepada akhbar China Daily yang disiarkan semalam. - Agensi

Jentera Jentera Militari Yang Aneh Semasa Perang Dunia Pertama..

Austin Patilov

Pada asalnya, jentera yang dikenali sebagai Austin Patilov adalah jentera perang buatan Britain. Namun, Britain dan syarikat Austin Motor bersetuju untuk membinanya sendiri di negara Rusia. Jentera Austin Patilov yang lengkap dengan dua mesingan dibina di sebuah kilang di St. Petersburg. Austin Patilov mampu bergerak selaju 35 km/j.

 





Garlord-Putilov

Jentera Garlord – Putilov dikeluarkan oleh Rusia semasa Perang Dunia Pertama dengan menggunakan rangka lori yang diimport khas daripada Amerika Syarikat. Jentera Garlord – Putilov bagaimanapun boleh dikatakan gagal dan tidak praktikal terutamanya ketidakmampuannya bergerak pantas kerana dipenuhi dengan kepingan-kepingan besi yang berat. Berat purata jentera unik ini adalah 11 tan dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai hanyalah 18 km/j.

 

 

 

 

 

Tsar Tank

Mendapat jolokan sebagai Tsar Tank, jentera janggal ini tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama. Apa yang menjadi penghalang adalah kegagalan jentera ini semasa ujian pertama semasa jentera ini masih di peringkat prototaip.

Jentera ini yang memiliki roda yang besar di belakang menyebabkan jentera ini terperangkap di dalam lumpur. Menariknya, ia kekal terperangkap di situ sehingga pada tahun 1927 sebelum ia dileraikan untuk dijadikan besi buruk.

 

Pierce-Arrow

Jentera Pierce-Arrow adalah adalah antara jentera Anti-Aircraft(AA) yang terawal dibuat. Jentera hebat ini adalah milik Britain dan mula digunakan pada musim luruh 1914. Jentera Pierce-Arrow dilengkapi dengan rifel automatik Vickers Naval 2-pdr yang mampu mendongak 45 sehingga 70 darjah ke langit.

 

Mark IV

Jentera yang dikenali Mark IV adalah hasil buatan Britain. Ia digunakan secara sepenuhnya pada pertengahan 1917 di Pertempuran Messines Ridge. Jentera Mark IV dikendali oleh 8 orang krew dan mampu bergerak 6.4 km/j. Model Mark IV adalah kesinambungan daripada jentera Mark I, Mark II dan Mark III. Mark IV membawa tiga turet yang mampu memusnahkan mana-mana jentera ringan musuh.

 

Mesin Boirault

Mesin Boirault adalah jentera paling bermasalah selepas jentera Tsar Tank. Sepertimana Tsar Tank, Mesin Boirault tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama kerana kegagalannya semasa ujian awal. Tujuan pembinaan Mesin Boirault adalah untuk menerombos kawat duri dan bertindak sebagai perisai semasa perang statik.
Mesin Boirault yang dibina oleh jurutera daripada Perancis M. Boirault hanya mampu bergerak 1km/j. Walaubagaimanapun kekurangan paling ketara adalah kesukaran untuk mengawal pergerakannya.


 


Frot-Laffly
Jentera Frot – Laffly direkabentuk daripada tahun 1914 sehingga Disember 1915 oleh seorang jurutera Perancis bernama Paul Frot. Walaubagaimanapun, jentera ini gagal menambat hati semasa ujian awal dan tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama.
Prototaip jentera ini kemudiannya dijual kepada Britain pada tahun 1915. Tidak lama selepas itu, Britain mengeluarkan model Mark yang diinspirasikan daripada prototaip Frot – Laffly. Model Mark adalah kereta kebal pertama yang digunakan manusia dan dianggap sebagai pencetus kepada pembinaan besar-besaran kereta kebal semasa Perang Dunia Kedua.

 

 
takusahrisau

Saudi tahan 908 jemaah


Jeddah: Arab Saudi menahan 908 wanita Nigeria yang mahu mengerjakan haji sebaik tiba di lapangan terbang dan mahu menghantar mereka pulang kerana tidak diiringi suami atau saudara lelaki mengikut peraturan di Makkah.

Ini adalah kali pertama jemaah kemungkinan dihantar pulang berikutan isu pengiring lelaki, kata Suruhanjaya Haji Nigeria. Satu perjanjian di antara Arab Saudi dan Nigeria sebelum ini mengecualikan jemaah wanita membawa saudara lelaki untuk mengiringi mereka yang memerlukan biaya tambahan AS$4,000 (RM12,000) seorang.
Hingga kini, pegawai jemaah negeri dibenar untuk menggantikan saudara lelaki atau suami jemaah wanita. - AP

Kaedah Pengiraan Dhuha



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 …
Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;

 
 ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى

Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]


 
Waktu melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kea rah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;

- Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;


Waktu Syuruk: 0638 pagi


Waktu Subuh : 0524 pagi


Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :


Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)


= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)


= 0638 pagi + 25 minit


= 0703 pagi.


(Unit Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie .hlm.44)


[1] Wahbah Az Zuhaili.1996. Fiqh dan Perundangan Islam. Penterjemah Syed Ahmad Syed Hussain et. el. Jilid III hlm. 690

Perkahwinan Sha. Khasif direstui oleh Madunya (Zakiah)

gambar Sharifah Khasif
JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak. 

Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya. 






Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.

Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.

Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.

Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.

Isi kandungan e-mel daripada Zakiah:


“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.


“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.


“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.


“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa

agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami
saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.
METRO

Transformasi Wanita

Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Tiga wanita tak kisah bawa muatan sampah
Dari kiri: Effa Izahwati, Norazlinda dan Maziyana tidak hirau pandangan masyarakat terhadap pemandu lori wanita.
ALOR SETAR - Wanita sering kali dikaitkan dengan pekerjaan yang memerlukan mereka berpakaian cantik dan bekerja di persekitaran bersih serta di dalam pejabat.

Namun berbeza dengan tiga wanita yang bekerja di Environment Idaman sebagai pemandu lori ‘multipurpose armroll’ dengan membawa muatan sampah yang dikutip dari rumah ke rumah.


Biarpun pekerjaan yang dilakukan Maziyana Azmi, 32, Nor Azlinda Sobri, 27, dan Effa Izahwati Mohd Hatta, 29, mencabar, namun bagi mereka cabaran itu membangkitkan semangat untuk mencari sesuap nasi.


Mereka antara tiga wanita cekal yang terpilih untuk membawa lori multipurpose armroll di negeri Kedah sejak permohonan jawatan tugas pemandu lori wanita dibuka syarikat sisa pepejal itu.


Jadi tumpuan orang


Maziyana yang merupakan ibu kepada dua anak berkata, pekerjaan dilakukannya sememangnya berbeza dengan wanita lain dan memerlukan kesabaran tinggi dalam mengendalikan lori muatan seberat lima tan berkenaan.


Menurutnya, pekerjaan itu dipilih setelah diberi sokongan oleh suami selain minatnya terhadap aktiviti lasak dan mencabar.


“Sebelum ini saya bekerja sebagai guru memandu dan ia juga merupakan salah satu pekerjaan mencabar apabila kita perlu mengawal pemandu yang tidak mempunyai kemahiran memandu pada peringkat permulaan.


“Saya juga pernah memandu lori milik abang ipar dan daripada situ minat untuk memandu lori mula timbul sehingga saya mengambil keputusan menjadi pemandu wanita di Environment Idaman,” katanya.


Maziyana berkata, biarpun sering kali menjadi tumpuan masyarakat terutama sewaktu menjalankan tugas di kawasan perumahan, namun bagi dirinya tugas yang dilakukan sama seperti pekerjaan lain.


Menurutnya, cabaran terpaksa dihadapi semasa bertugas apabila sewaktu menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan perumahan yang memerlukannya lebih berhati-hati.


“Kebanyakan kawasan perumahan, mereka meletakkan kenderaan di hadapan rumah atau laluan keluar masuk yang kecil. Jadi dari situ saya perlu berhati-hati untuk memastikan tidak berlaku pelanggaran atau bergesel dengan kenderaan mereka.


“Selain itu juga saya perlu berhati-hati dengan kanak-kanak yang bermain atau melintas di sekitar kawasan perumahan ,” katanya.


Rakan, keluarga tak setuju


Bagi Effa Izahwati, pengetahuan yang dikongsi bersama pemandu lelaki berpengalaman dijadikan panduan sewaktu dia menjalankan tugas yang telah dilakukan hampir setahun itu.


Effa Izahwati sebelum ini bekerja sebagai pembuat donat di sebuah restoran donut berkata, pada awalnya, rakan dan keluarga tidak bersetuju dengan pekerjaan yang dipilih namun disebabkan minat dia tetap meneruskan cita-citanya itu.


“Ramai terkejut dengan pilihan yang saya buat dan menyuruh mencari pekerjaan lain kerana bagi mereka kerja memandu lori sampah tidak sesuai dengan wanita.


“Namun bagi saya, asalkan pekerjaan dilakukan ini tidak salah di sisi undang-undang apa salahnya untuk saya bekerja,” katanya.


Effa Izahwati berkata, cabaran dihadapi sewaktu menjalankan tugas sama seperti pemandu lain iaitu perlu berhati-hati sewaktu memandu terutama di kawasan perumahan.


Dia berkata, selain itu, sewaktu mengangkat tong sampah menggunakan mesin yang terdapat pada lori armroll multipurpose, dia juga perlu memastikan tidak ada individu di sekitar tong sampah.


Seorang lagi pemandu, Norazlinda berkata, pengalaman memandu lori selama tiga tahun digunakan sewaktu mengendalikan lori armroll multipurpose.


Dia yang mula bertugas April lalu mengakui banyak cabaran yang perlu ditempuh terutama sewaktu memandu termasuklah berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat.


Perlu pengendali cermat


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd Saiful Anuar Zainal berkata, pihaknya masih membuka jawatan pemandu lori wanita dari masa ke semasa.


Beliau berkata, pihaknya amat memerlukan pemandu wanita mengendalikan lori tersebut kerana lori multipurpose armroll memerlukan pengendali yang cermat dan berhati-hati.

Bapa sakit saraf rayu bantu bawa pulang anak dari Lampung

Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
Aishah Baharom
Mohd Noor dan Aishah menunjukkan gambar Hamidah.
ALOR SETAR- “Saya sebak apabila mendengar tangisannya setiap kali dia menghubungi saya dan meminta mencari jalan untuk membantunya pulang ke tanah air,” demikian luahan Aishah Baharom, 67, yang menanti kepulangan anaknya.
Aishah buntu memikirkan cara untuk membawa pulang anaknya Hamidah Mohd Noor, 46, yang dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Taufik ke Indonesia sewaktu  bekerja di kilang di Pulau Pinang.
Aishah berkata, berdasarkan kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar anak keempat dari enam beradik itu, dia kini tinggal di Kampung Adi Mulyo, Lampung, Indonesia setelah pergi ke sana sejak 11 tahun lalu.
Menurutnya, Hamidah sering bertanyakan khabar dan menghubungi dia dan suami, Mohd Noor Shaari, 75, yang kini mengalami penyakit saraf.
“Setiap kali dia (Hamidah) menghubungi saya, dia pasti akan menangis merayu kepada saya untuk mencari jalan supaya dia dapat pulang ke pangkuan keluarga selain dia amat merindui kami.
“Dia juga ada memaklumkan mahu pulang untuk melihat bapanya yang tidak sihat namun katanya tidak mendapat keizinan daripada suami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Wira, Mergong.
Aishah mendapat tahu Hamidah berada di Indonesia setelah menerima surat daripada anaknya yang memaklumkan dia berkahwin dan mempunyai seorang anak yang kini berusia lapan tahun.
Menurutnya, Hamidah ada memaklumkan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mengikut Taufik ke Indonesia dan hanya tersedar berada di sana setelah melahirkan anak tunggalnya.
Sebelum bekerja di Pulau Pinang, Hamidah pernah berkahwin selama lapan tahun namun, bercerai.
Menurutnya, ketika Hamidah bekerja di Pulau Pinang, dia langsung tidak pernah meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Taufik atau mahu ke Indonesia walaupun pernah membawa Taufik ke rumah.
“Hamidah anak yang mendengar kata, saya juga terkejut bagaimana dia boleh mengikut lelaki pergi ke Indonesia.
“Saya amat berharap anak saya dapat pulang ke Malaysia kerana setiap hari saya membayangkan keadaannya di sana, apatah lagi setelah dimaklumkan mengenai kehidupannya sekarang yang serba kekurangan,” katanya.
Bapa Hamidah, Mohd Noor yang terlalu merindui anaknya tidak putus-putus memanjatkan doa supaya  ada pihak yang dapat membantu membawa Hamidah pulang.
Dia yang tidak mampu untuk berjalan terlalu lama, setiap hari akan menunggu panggilan daripada Hamidah untuk melepaskan rindu.
“Saya rindu sangat dengan anak saya dan merayu supaya ada pihak yang dapat membantu kami membawa pulang Hamidah agar kami dapat bertemu dan berkumpul seperti dahulu,” katanya.

Serik ikut lelaki Lombok


Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
Serik ikut lelaki Lombok
Zarina dan anaknya
Serik ikut lelaki Lombol
Zarina (dua, kanan) ketika menerima kunjungan daripada Penyelaras Parlimen Padang Terap, Badrolhisham Hashim (dua, kiri).
KUALA NERANG - Kisah wanita yang terpengaruh lalu mengikut teman lelaki ke negara seberang sama ada secara sedar atau tidak sering kali menjadi paparan media massa kebelakangan ini.

Sinar Harian berkesempatan bertemu dengan Zarina Abu Bakar, 29, yang pernah terpengaruh dengan teman lelakinya sehingga mengikut jejaka dikenali dengan nama Suhelmi, 27, pulang ke Indonesia kira-kira tiga tahun lalu, berkongsi pengalaman berkaitan dilaluinya.

Guna kata-kata manis

Zarina yang kini bekerja di kantin sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sememangnya menyesal dengan kejadian berlaku dan mahu memadam peristiwa itu dalam kotak fikirannya.

“Biarlah apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja kerana saya kini mahu membina kehidupan baru dengan suami dan tiga anak di sini.

“Saya juga tidak pernah berhubung dengan Hell (Suhelmi) setelah pulang ke Malaysia termasuklah bertanyakan khabar mengenai anak perempuan (Nur Alisa) kami yang kini berusia satu tahun sembilan bulan,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Kuala Pai.

Mengimbas kembali apa yang berlaku, Zarina berkata, dia mengenali Suhelmi ketika bekerja di sebuah kedai makan di Negeri Sembilan.

Tempoh perkenalan mereka selama tujuh bulan membuatkan Zarina tertarik dengan lelaki tersebut yang sering menggunakan kata-kata manis sewaktu bercakap dan gemar menghadiahkan pelbagai barang.

Zarina yang dibawa ke Lombok Timur, Indonesia secara haram dibawa menaiki bot bersama penumpang lain.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana perjalanan sewaktu menaiki bot kerana pada waktu itu saya tidak ingat apa berlaku dan hanya tersedar peristiwa tersebut setelah hampir setahun setengah berada di sana.

“Namun, apa yang saya ingat, kehidupan saya di sana amat susah, saya terpaksa bekerja menanam padi untuk mencari wang,” katanya.

Pulang secara haram

Zarina berkata, Suhelmi yang sebelum pulang ke Indonesia bekerja di ladang kelapa sawit, selepas itu menjalankan kerja di sawah dengan pendapatan RM2.50 sehari iaitu Rp 10,000 mata wang Indonesia.

Lebih memeritkan apabila dia mengenangkan perjalanan pulang ke Malaysia yang terpaksa ditempuh seorang diri sehingga lemas di lautan.

Dia berkata, segala proses  pulang ke Malaysia dilakukan sendiri dengan wang dikirimkan ibunya, Mariam Kassim, 50, tanpa dibantu lelaki yang enggan mengahwininya itu.

Dia sekali lagi terpaksa pulang ke tanah air secara haram terpaksa membayar RM2,500 untuk menaiki kapal terbang ke Batam dan kemudian menaiki bot ke Johor Bahru sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur.

“Sekali lagi saya terpaksa menempuh perjalanan yang amat sukar, apabila tiba di tengah laut, saya dan 26 penumpang lain terpaksa terjun ke laut kira-kira jam 4 pagi dan berenang ke tepi untuk masuk ke dalam hutan.
“Setelah terjun, saya terus pengsan dan hanya tersedar setelah dikejutkan penumpang lain yang membawa saya ke tepi dan kami kemudian berjalan di dalam hutan dan menaiki van kira-kira jam 7 pagi,” katanya.

Zarina berkata, setelah tiba di hentian Puduraya, Kuala Lumpur, dia dijemput ibunya untuk dibawa pulang ke kampungnya, di sini.

Ramai wanita Malaysia di Lombok


Menurutnya, perjalanan yang berliku dan jauh itu membuatkan dirinya insaf untuk berkawan dengan lelaki warga asing yang hanya menjanjikan kata-kata manis namun tidak dikotakan.

Zarina turut berkongsi pengalamannya bersama wanita dari Malaysia lain yang berada di Lombok, Indonesia yang terpaksa melalui kehidupan sama seperti dirinya.

Menurutnya, masih ramai wanita termasuk gadis dari negara ini yang tinggal di sana setelah mengikut teman lelaki mereka.

“Tidak semua wanita mengikut lelaki Lombok dijadikan isteri, ada juga yang tidak berkahwin tetapi tinggal serumah dengan lelaki tersebut.

“Saya juga berharap sekiranya ada pihak yang dapat membantu membawa pulang mereka ke Malaysia kerana mereka juga mahu pulang tetapi terpaksa membatalkan niat akibat kekangan wang,” katanya.

Dua kes terbaru

Sinar Harian Selasa lalu menyiarkan berkenaan situasi terpaksa dihadapi sebuah keluarga di Tanjung Dawai, Sungai Petani yang menunggu selama enam tahun kepulangan anaknya, Munirah Abdul Hamid yang kini dipercayai berada di Batam, Indonesia.

Menurut bapa Munirah, Abdul Hamid Mat, 50, anak ketiga dari lima beradik itu dipercayai terpengaruh dengan teman lelakinya enam tahun lalu sewaktu dia masih bersekolah di tingkatan empat.

Abdul Hamid hanya mengetahui Munirah berada di Indonesia setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan gadis itu berada di Batam, pada 2007 dan mereka turut menerima surat 8 Ogos lalu yang menjelaskan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Keesokan harinya, Sinar Harian menyiarkan pula kisah sepasang suami isteri yang meminta bantuan untuk membawa anak mereka pulang dari Lampung, Indonesia.

Ibu kepada wanita dipercayai mengikut teman lelakinya ke Lampung, Indonesia itu lega apabila menerima panggilan daripada anaknya memaklumkan akan pulang ke tanah air.

Aishah Baharom, 67, dari Taman Wira Mergong gembira apabila menerima panggilan daripada suami anaknya, Hamidah Mohd Noor, 46, yang dikenali dengan Taufik mengatakan mahu pulang ke Malaysia untuk bertemu keluarga.

Hamidah dipercayai mengikut teman lelakinya 11 tahun lalu sewaktu dia bekerja di kilang di Pulau Pinang tanpa memberitahu hasratnya ke sana kepada keluarga dan hanya memaklumkan setelah mendapat cahaya mata.

Popular Posts