Tuesday 31 July 2012

INS Vikramaditya : Kapal Pengangkut Pesawat Terkini India


Selain China, India juga sedang meningkatkan kemampuna ketenteraan mereka. Seperti China juga, India membeli pesawat pengangkut bekas Soviet untuk digunakan oleh tentera laut mereka. INS Vikramaditya ialah pesawat pengangkut pesawat terkini milik India dan ianya merupakan pesawat pengangkut pesawat kedua milik mereka. INS Vikramaditya memulakan hayatnya sebagai Admiral Gorshkov, sebuah kapal pengangkut helikopter milik Kesatuan Soviet. Ia beroperasi dari 1987 hingga 1996 sebelum dinyahatifkan kerana masalah kewangan Kesatuan Russia yang kronik.Setelah terbiar untuk sekian lama, Admiral Gorshkov diberi kepada India secara percuma dengan beberapa syarat.

Syaratnya ialah India akan membayar USD800 juta untuk proses naik taraf dan modifikasi Admiral Gorshkov untuk keperluan tentera laut India. India juga harus membeli pesawat dan sistem eletronik milik Russia bernilai USD 1 Billion. Sebanyak 12 biji MIG-29K dan 6 helikopter Kamov Ka-31 Helix akan menjadikan INS Vikramaditya sebagai pengkalan terapung mereka.

Setelah menjalani proses modifakasi dan pemodenan, INS Vikramaditya dijangka akan mula beroperasi Disember depan setelah empat tahun tertangguh akibat masalah kewangan dan politik. Apabila ianya beroperasi kelak, INSVikramaditya bakal menjadi kapal yang menjadi kebanggan bukan sahaja tentera laut India, tetapi rakyat India.







Laporan asal MilitaryPhoto

Rumah Murah Untuk Fakir Rekaan WorldHaus



WorldHaus ialah sebuah badan NGO yang cuba membanteras masalah penduduk yang tidak mempunyai rumah yang serius di India. Kebanyakkan mereka yang super fakir ini mempunyai "rumah" yang dibuat dari serpihan kayu dan karung beras yang diguna semula. WorldHaus berjaya membina sebuah rumah kos serendah USD 1500 (RM 4800) sebuah dan mampu dibina dalam masa hanya 10 hari. Rumah ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup insan fakir di India. Kesian melihat rumah meraka ini. Kecil sahaja. Tetapi bagi goloangan fakir rumah batu kecil ini pastinya terasa bagai istana kota. Oleh itu marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. In fact kami yakin bilik tidur merangkap ofis Blogserius ini jauh lebih besar dari rumah binaan WorldHaus. Syukurlah dengan nikmat yang diberikan tuhan.

Jangan lupa bayar zakat fitrah supaya di Malaysia golongan fakir tidak terabai.






Laporan asal WorldHaus Facebook

Bahtera Nabi Noh Dibuka Di Belanda



Manusia menunjukkan keimanan mereka melalui pelbagai cara. Ada yang sanggup menjual semua harta duniawi mereka dan menyerahkan segalanya kepada agama. Ada juga yang sanggup menggangkat kavadi pada hari Thaipusam sebagai tanda keimanan kepada Dewa Muruga.

Johan Huibers (61)
yang berasal dari Belanda membina bukan sebuah, tetapi dua buah replika Bahtera Nabi Noh sebagai tanda keimanan beliau kepada agama Kristian. Menuruh Johan beliau bermimpi Belanda dilanda bah besar pada tahun 1992. Beliau mentafsirkan mimpi ini sebagai petanda banjir besar akan berlaku sekali lagi. Setelah mengumpulkan wang sendiri dan mengutip derma, sebuah replika kecil berjaya dibina pada tahun 2005. Pada tahun 2009 Johan Huibers mula membina replika Bahtera Nabi Nuh pada skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan oleh kitab Injil. Replika terkini ini mempunyai panjang 135 meter, lebar 30 meter lebar dan 25 meter tinggi. Johan Huiber membelanjakan sebanyak USD 1.6 Juta (Rm 5 juta) dan tanggal 9 Julai yang lalu replika kedua ini akhirnya dibuka kepada orang ramai. Ia mampu memuatkan 3000 orang pada satu-satu masa. Jika anda melawat replika bahtera ini anda boleh melihat video berkenaan banjir besar dan juga melihat replika binatang yang dibuat dari gentian kaca.

Arc Van Noach dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari 9 pagi sehingga 6 petang. Bayaran masuk ialah Euro 12.50 (RM 47) untuk orang dewasa dan Euro 7.50 (Rm28) untuk kanak-kanak.





Laporan asal Arc Van Noach

Alhamdulillah, Sebuah Lagi Masjid Cina Di Malaysia




Masjid Cina yang pertama di Malaysia....

Kita biasa mendengar nama Masjid India, ramai di kalangan kita yang turut mengimarahkannya. Masjid India wujud di banyak tempat dan ada di hampir setiap negeri di Malaysia.

Sebaliknya Masjid Cina pula agak asing di negara kita sedangkan negara kita mempunyai tidak kurang daripada 62,000 orang Cina Muslim (Banci Negara 2002) di Malaysia.

Alhamdulillah, pembukaan Masjid Cina di Rahang Square, Seremban adalah satu sejarah kerana masjid ini dikatakan merupakan Masjid Cina yang pertama dibina di Malaysia.

Masjid ini juga beroperasi sebagai Pusat Saudara Baru dan Pusat Kegiatan yang memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat Cina Muslim untuk mendalami ilmu-ilmu agama Islam serta pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Ia turut lengkap dengan laman dan menara pagoda serta pelbagai kemudahan antaranya dewan serbaguna, dewan solat utama, ruang pejabat, bilik imam, perpustakaan serta bilik mesyuarat.

Semoga kewujudan kompleks ini juga akan menjadikannya sebagai pemangkin terhadap perkembangan dakwah Islam kepada masyarakat Tiong Hua di Malaysia. 

Saya pun sangat khuatir kalau gagal menjawab soalan di Akhirat nanti akan kenapa kita tidak berdakwah kepada mereka walau pun telah berpuluh-puluh tahun kita hidup dan bermuamalah bersama mereka ketika berkerjaya dan dalam urusan kehidupan seharian. FB Dr Zainur Rashid Zainuddin

===///===

Nota : Masjid ini sebenarnya merupakan Masjid Cina kedua di Malaysia selepas Masjid Beijing Rantau Panjang yang telah disempurnakan pembukaan nya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.


Simber Foto dan Artikel Mengenainya : Come2Kelantan.my

Pendedahan yang dibuat oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin adalah sesuatu yang tepat pada masanya dan perlu kita sebagai orang muslim di Malaysia untuk memandang serius tentang perkara ini. Sejauh manakah usaha dakwah kita dalam mendekati kaum tiong-hwa selama kita bermuamalah dengan mereka? 

Dalam pada kita inginkan Hukum Islam tertegak dinegara kita ini, sudahkan kita menjalankan kerja dakwah kepada non muslim untuk menarik mereka kejalan Islam ??

Wa setuju 100% dengan pandangan beliau, dengan usia 55 tahun kemerdekaan negara dan selama itulah Islam menjadi tunjang, sepatutnya jumlah Masjid Cina ini bukan hanya berjumlah 2 buah sahaja. Mudah mudahan kita akan menyaksikan perkembangannya dalam masa yang terdekat ini nanti .. InsyaAllah.

Kurangkan Cukai Yang Membebankan Rakyat !


11 Ramadan 1433H,

Kurangkan cukai ke atas rakyat marhaen, jika perlu mansuhkan cukai yang jelas membebankan rakyat menengah ke bawah, sebaliknya perkasakan sistem percukaian ini secara adil dan telus kepada pihak yang layak dan wajar membayar cukai. Sistem zakat ke atas ummat Islam adalah terbaik selaku produk Tuhan yang Maha Mencipta yang juga perlu diperkasakan perlaksanaannya dalam negara kita.


Malaysia antara negara yang banyak mengenakan cukai ke atas rakyat dan tinggi pula nilai cukai tersebut berbanding negara - negara jiran seperti Thailand. Antara cukai yang dikenakan seperti :

a] Cukai pendapatan
b] Cukai pintu rumah kediaman
c] Cukai bakul penjaja kecil dan juga
d] Cukai jalan
e] Cukai kenderaan import
f ] Cukai stamp dan pelbagai cukai lain yang dilihat membebankan rakyat.

Malaysia sedang menghadapi 2 keadaan yang tidak membangunkan rakyat .

Pertama : Hasil mahsulnya yang banyak, tetapi kekayaan itu masih berlegar dikalangan orang - orang kaya dan elit tertentu. sedang inilah yang dilarang oleh syara'. Firman Allah swt :

مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). Al Hasyr : 7


Kedua : Ialah ketirisan dana perbelanjaan awam yang banyak merugikan demikian juga pembaziran dengan melakukan projek mega yang tidak membawa impak maksima kepada rakyat.

Antara contoh yang boleh saya tunjukkan di sini ialah :

a] Laporan Ketua Audit Negara baru - baru ini menjelaskan ketirisan dalam perbelanjaan dana awam sebanyak RM 28 bilion.

b] Dakwaan Global Financial Integrity [ GFI ] bahawa RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun [ 2000 - 2008 ]

c] Menurut laporan Majalah International Living tahun 2010 : Kos hidup di Malaysia adalah ke 21 paling tinggi di dunia.

5. Kos hidup meningkat antaranya kerana :

a] kenaikan harga barang keperluan termasuk harga rumah dan tanah. sedang pendapatan masih perlahan ditambah pula terpaksa membayar pelbagai kadar cukai.

b] Statistik Bank Negara Malaysia pada akhir Nov 2010 menjelaskan mengenai :

Hutang Isi Rumah rakyat Malaysia : RM 577 bilion

Ia bersamaan 74 % dari Keluaran Dalam Negara Kasar [ KDNK ] sekaligus ia menampakkan keupayaan berbelanja rakyat sangat rendah.

Realiti ini tentunya menekan rakyat terutama generasi muda. Saya tertarik dengan hasil kajian Pemuda BN sendiri [ melalui Makmal Pemuda BN ] menampakkan trend serupa mengenai suara anak muda :

40 % : anak muda bimbang masa depan negara
48 % : Kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin
39 % : hidup di Malaysia sukar & hanya cukup keperluan
9 % : sangat sukar & tdak cukup keperluan.

81 % anak muda pernah habis wang sebelum dapat gaji berikutnya.

10 % anak mudankerap mengalami situasi tersebut iaitu habis wang sebelum dapat gaji bulan berikut.

Malaysia bukan negara gersang tanpa hasil mahsul. Malaysia memiliki bijih, minyak, gas, emas, getah, sawit, balak, padi, ikan dan sebagainya. Gamat pun banyak . Semuanya adalah amanah Allah swt dan selayaknya diurus oleh kerajaan yang TELUS dan AMANAH.

Kekayaan negara yang berlonggok dikalangan tertentu, bukan sahaja melebarkan jurang kaya miskin, tetapi sering menjadikan mereka angkuh dengan kekayaan dan kuasa yang mereka miliki. Persis rakaman kisah yang disebut oleh Allah dalam al Quran :

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).


وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Surah al Qasas : 76 - 78

Mengurangkan kadar dan jumlah cukai yang dikenakan keatas rakyat akan banyak membantu rakyat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sekaligus  berpotensi menjana kitaran ekonomi yang sihat melalui tahap upaya rakyat berbelanja.

Negara dan pemimpinnya juga mesti yakin pada berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang memberikan rezeki. Pastikan negara bertaqwa dan tidak derhaka kepada Allah swt dengan  tidak melakukan mungkar samaada dalam sosial, politik mahupun ekonomi, nescaya negara akan diberkati dan dirahmati Allah swt. Pastinya rezeki atau pendapatan negara akan bertambah tanpa perlu bergantung dengan pelbagai cukai  yang disedut daripada rakyat.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Surah Al A'araf : 96

** Ustaz Nasruddin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Allahu-Akhbar, Tuanku!

Allahu-Akhbar, Tuanku!

01Aug2012 Saya suka tengok foto Sultan Muhammad V. Wajah jernih seorang raja yang suka Islam dan menghormati ulama. Pakai jubah dan kopiah putih.

Abaikan gambar blur di belakang itu.

Gadis Fobia Tengok Sayur


NEWPORT, Wales 30 Julai - Seorang remaja perempuan di sini yang mengalami fobia makanan, hanya makan keju, roti dan kentang goreng selama lapan tahun ekoran mengalami masalah pemakanan luar biasa.
Abi Stroud, 18, akan mengalami serangan panik sekiranya makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, malah membuatnya tidak keruan jika melihat seseorang mengopek kulit pisang.

Corak pemakanan Stroud dalam tempoh seminggu melibatkan tiga blok keju, tiga beg kentang beku dan tiga buku roti, namun kesemuanya dibeli mengikut jenama tertentu.

Remaja tersebut mula menolak cara pemakanan normal sejak berusia 10 tahun akibat masalah psikologi selepas kematian neneknya sambil menyatakan dia berasa malu dengan perkara itu.

"Saya hanya boleh makan keju dan kentang, perkara itu sangat memalukan.

"Saya tidak berani untuk keluar makan bersama rakan-rakan kerana bimbang disuruh makan makanan lain," katanya.

Masalah yang dihadapi Stroud digelar 'Masalah Pemilihan Makanan (SED)', di mana dia mengalami fobia terhadap kesemua makanan sehingga membuatnya takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Selain itu, remaja tersebut juga hanya makan makanan yang disediakan oleh ibunya, Debra, 42.

Amalan pemakanannya turut menyebabkan Stroud mengalami masalah kesihatan dan berat badan sejak berusia 16 tahun. - AGENSI

........
http://penjualcendol.blogspot.com

Sarjan Hassan Berasal Dari Negeri Sembilan



"Tahukah kita semua filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia.

Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.


Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia. 
Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban. 
Kisah sepenuhnya mengenai Sarjan Hassan di http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520
 
Selamat Menyambut Hari Pahlawan


Note:
Selamat Menyambut Hari Pahlawan

Hudud :Antara dasar bersama' PAS & DAP dalam kontek Perlembagaan Negara.


DAP hormati perjuangan PAS, bekerjasama membanteras rasuah, salahguna kuasa

Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, 30 JULAI: DAP dan PAS bersatu tenaga untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta melaksanakan amalan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP bersetuju dengan usaha PAS memperjuangkan negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.
“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecahbelahkan kita.
“Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.
“Jelas, “dasar bersama” tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membidas MCA dan Gerakan yang meneruskan serangan tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.
“Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS. Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah,” katanya, merujuk kepada penghormatan DAP kepada kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan pelaksanaan hukum jenayah Islam itu serta penubuhan negara agama.
Katanya, MCA dan Gerakan seakan-akan menjadi orang bersalah yang menyerang orang lain terlebih dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong pelaksanaan hudud ke atas orang bukan Islam.
Kepimpinan UMNO telah bercelaru apabila pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menolak untuk melaksanakan hudud tetapi beberapa pemimpin UMNO lain mendesak hudud dilaksanakan untuk semua, termasuk orang bukan-Islam.
Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang yang telah menuntut pelaksanaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara.
“Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato’ Azhar Ibrahim tetapi Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua,” ujarnya.

Beliau menambah, ADUN UMNO Kemelah di Johor, Ayub Rahmat, pula telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam juga.
“Dalam erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrem berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam.
“Saya tidak dengar pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap UMNO.
“Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP,” tambahnya.
Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti Parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek serta tidak menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak bermoral.
Menurutnya, DAP juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan lakukan terhadap dirinya dan keluarganya.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan.
“Jangan kita lupa bahawa UMNOlah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.
“Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia,” tambah beliau.
Menurut Guan Eng, jelas terdapat perbezaan di antara kerjasama DAP dan PAS, dengan kerjasama MCA atau Gerakan dan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud dan negara Islam.
“PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyatakan usaha melaksanakan hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris.
“DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup,” tambah beliau. – Roketkini.com

Kerajaan Negeri Kedah bagi duit raya kepada pelajar Sek Agama Rakyat


RM500 ribu disumbang untuk pelajar sekolah HESA
Ditulis oleh Azimah Rafie dan Maslina Harun
ALOR SETAR, 30 Julai 2012 – Seramai 5,084 orang pelajar sekolah di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) mendapat bantuan RM100 seorang.
Bantuan ini berikutan dengan ketidakadilan kerajaan Pusat dalam membahagikan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah agama di Kedah menyebabkan sesetengah pihak merasakan diri mereka terpinggir.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dalam ucapannya berkata, berlaku diskriminasi dalam pembahagian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah menyebabkan pelajar dibawah HESA ini tidak mendapat sumbangan dari kerajaan Pusat sedangkan mereka juga adalah pelajar sekolah yang memerlukan bantuan.

“Kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat, maka sumbangan ini diberikan khusus kepada pelajar-pelajar HESA yang terdiri daripada pelajar sekolah agama, madrasah dan sekolah tahfiz melalui peruntukan Tabung Tunku Mahmud,” ujarnya.
Tambah beliau, walaupun bantuan ini lewat disampaikan namun ia dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, kepada wakil pelajar dan guru-guru sekolah agama di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop.

Jika Pasaraya buat SALE semua pakat serbu.. tapi bila nak jual kereta murah semua pakat bantah..!!!


 Dah bagi murah tak nak. Nak jgak mahal. Apa lah penyokong BN neh. 
Time mkn nak cari tmpt murah tpi sodap,time shoping pon cri tmpt murah tp kuliti, sng cite semua nak murah.
 Tapi nie dah bagi formula kenderaan murah pun semua pakat dok mengejeknya..kata rugi laa. bangrap la....
Eh jd pelik pulak nak gak harga mahal!!!. Jln undur blkng pulak? Islam kata gunakan rezki dgn berhemah n jgn mmbazir......

Ini dia antara cara nak kurangkan harga kereta...!!!

PKR cadang hapus beri AP, perkenal bidaan

PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.
Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.

PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi.
Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.

Ops Makan telah di Gerakkan di Alor Setar

Jual nasi dalam bonet kereta

Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Jual nasi dalam bonet kereta
Anggota penguatkuasa menunjukkan bungkusan minuman yang diletakkan di bahagian bonet kereta.
 
Jual nasi dalam bonet kereta
Sayur kacang yang siap dimasak antara barang yang dirampas.
 
ALOR SETAR- Tanpa rasa segan atau malu, peniaga makanan dan minuman sanggup melanggar syarat waktu perniagaan di bulan Ramadan semata-mata untuk memberi kemudahan kepada kaki ponteng puasa mendapatkan makanan sebelum jam 3 dan waktu berbuka.

Gerai yang berselindung di sebalik kenderaan pacuan empat roda dan ditutup menggunakan kain kanvas di Jalan Gangsa mula menjadi tumpuan kaki ponteng kira-kira dua hari lalu apabila menyediakan nasi, lauk dan minuman kepada pembeli.

Pembantu gerai ketika ditemui berkata, perniagaan yang mula dijalankan pada jam 9.30 pagi dan mula dikunjungi pengunjung sekitar jam 11 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung terutama kaki ponteng puasa.

Dia berkata, kebiasaannya pengunjung yang membeli bungkusan makanan di gerai itu akan berselindung di sebalik topi keledar yang dipakai.

“Nasi berlauk ayam gulai dan ikan kembung goreng dijual dengan harga sekitar RM4 manakala minuman seperti air sirap dijual dengan harga RM1.

“Kebiasaannya saya akan membeli ikan atau bahan lain lalu terus dibawa ke sini dan kami akan memasak sebanyak lima kilogram (kg) beras untuk satu hari,” katanya kepada pemberita pada Ops Ramadan yang dijalankan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Sinar Harian mendapati biarpun gerai yang menjual lauk seperti ayam dan ikan goreng, sayur kacang panjang dan minuman itu kotor serta dipenuhi lalat namun ia masih mendapat sambutan daripada pengunjung.

Lebih teruk apabila terdapat perangkap tikus yang diletakkan bersebelahan dengan pembakar ikan di bawah kabinet makanan.

Jual dalam kawasan semak

Operasi yang turut dijalankan di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana juga mendapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang menunggu pelanggan membeli nasi dan minuman bungkus yang telah disediakan.

Lelaki yang berusia 55 tahun itu meletakkan bungkusan makanan minuman sejuk di dalam plastik hitam dan diletakkan di bahagian bonet sementara menunggu pelanggan.

Lelaki yang menjadikan kawasan tersembunyi berhampiran kawasan semak itu kelihatan tidak senang duduk apabila perniagaannya diserbu penguatkuasa.

Modus operandi bertukar

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Bahagian MBAS, Saifullizam Othman berkata, hasil dua hari operasi itu dijalankan sejak kelmarin, sebanyak sepuluh premis telah diserbu.

Saifullizam berkata, tahun ini modus operandi peniaga yang beroperasi sebelum jam 3 petang telah bertukar kepada menjual makanan dan minuman yang siap dibungkus menggunakan kenderaan seperti kereta.

“Sepanjang Ops Ramadan ini dijalankan, kita telah menyerbu 10 lokasi perniagaan yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman sebelum jam 3 petang termasuk empat perniagaan yang dijalankan menggunakan kereta.

“Empat lokasi yang menjalankan perniagaan di dalam bonet kereta yang berjaya kita kenal pasti adalah di Mergong, Alor Janggus dan Gunung Keriang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Saifullizam berkata, peniaga turut memberi kemudahan kepada pelanggan mereka dengan memberikan harga pakej sekitar RM5 untuk nasi berlauk dan minuman.

Dia berkata, operasi yang membabitkan 15 anggota di bawah pasukan khas yang ditubuhkan untuk Ops Ramadan ini akan dijalankan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya, di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai MBAS 2012, kompaun sebanyak RM300 dikenakan kepada mereka yang menjalankan perniagaan makanan sebelum jam 3 petang.

“Peniaga boleh mengambil barang mereka semula selepas jam 3 petang dengan membayar kompaun dan kos pengalihan yang bergantung kepada barang yang dirampas.

“Tindakan yang dilakukan ini bukan bertujuan menghukum peniaga malah ia untuk mengelakkan peniaga menjalankan perniagaan di luar waktu yang ditetapkan,” katanya.

ISU BAYAR SAMAN - Cadangan Penguasa Yang Kaya Hendak Hisap "DUIT" Rakyat..!!

Bayar saman pada masa yang sama ia dikeluarkan dicadang


31 Julai 2012
Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam
Tun Zaki Tun Azmi
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.

Pengerusinya Tun Zaki Azmi berkata jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.

Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar, tetapi hanya diketepikan sahaja seperti tak menghormati undang-undang negara. Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
   

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Bandaraya Kuching.

Zaki berkata antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.

Zaki berkata cadangan itu juga terpakai untuk semua agensi penguatkuasaan kesalahan jalan raya, dan untuk semua jenis kesalahan jalan raya termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar, dan ia telahpun dilaksana di negara-negara lain termasuk Singapura dan London.

Beliau berkata soal membebankan pengguna jalan raya tidak timbul kerana yang perlu berbuat demikian hanya mereka yang melakukan kesalahan jalan raya. 

Beliau berkata tambahan lagi, bayaran saman kini boleh dilakukan melalui penggunaan kad kredit, jadi ia tidak membawa sebarang masalah.

Cadangan itu akan dipanjangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat, dan ia diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sempena musim perayaan ini, katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menyokong penuh saranan itu dan menyeru agar semua penjawat awam membayar semua saman mereka, jika ada, bagi menunjukkan bahawa penjawat awam menghormati undang-undang negara.

Beliau berkata apabila cadangan berkenaan dilaksanakan, ia akan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terbabit dan  mampu mencegah mereka daripada melakukan kesalahan sama pada masa hadapan. - Bernama

Insya'allah.. Berdoalah semoga Raya tahun depan kita pulang ke kampung dengan kereta baru dan murah..!!!

Cerita balik raya: Untung dan rugi?

Manusia sering membuat pertimbangan antara keuntungan dan kerugian lebih daripada membuat penilaian antara benar dan palsu. Ini dapat dilihat apabila menyingkap sejarah mahupun di dalam retorik politik.
Pengumuman Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan cukai eksais, cukai jualan dan cukai import semua kenderaan dapat dinilai daripada perspektif untung-rugi dan benar-palsu yang saya maksudkan tadi.
Jika dihapuskan beban cukai tiga ganda ini, harga kereta nasional akan turun ke sekitar RM30,000, manakala harga kereta seperti Honda dan Toyota turun RM50,000 secara purata. Ini memberi rakyat peluang untuk memiliki kenderaan, yang kini bukan lagi satu barang mewah tetapi satu keperluan asas tatkala sistem pengangkutan awam masih pincang dan jarak antara tempat tinggal dan tempat kerja semakin jauh akibat penempatan yang bertambah luas.
Siapa yang akan untung? Sudah tentu rakyat daripada semua lapisan. Sebanyak 20 peratus daripada RM580 bilion hutang isi rumah sekarang adalah disebabkan pinjaman kereta, mengakibatkan pendapatan boleh guna yang rendah kerana perlu membayar hutang kereta, juga hutang rumah dan hutang kad kredit.

Jika diambil kira hutang PTPTN, beban hutang isi rumah jauh tinggi daripada yang sepatutnya. Tangga gaji yang bukan sahaja rendah malah membeku – ia hanya meningkat 2.3 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, seperti yang dilaporkan Jabatan Perangkaan – hanya menambahkan bukti bahawa rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi berbanding piawaian antarabangsa.
Ini terbukti apabila nisbah harga rumah kepada gaji yang lazimnya lima kali ganda (purata antarabangsa) hampir 15 kali ganda di negara kita.
Penghapusan cukai tiga ganda akan menyebabkan Proton lebih berdaya saing kerana ia mesti bertambah baik dan mengeluarkan kereta yang lebih berkualiti. Selain menghapuskan cukai tiga ganda ini, sistem AP akan turut dirombak agar kereta reconditioned akan menjadi lebih murah.
Inilah perbezaan Agenda Reformasi Ekonomi Pakatan Rakyat yang berteraskan ‘merakyatkan ekonomi’ dan ‘keadilan ekonomi’ (economic justice) di dalam sebuah negara berkebajikan. Dengan merangka dasar ekonomi tanpa pengherotan yang menjadi teras ekonomi BN, harga barangan dan perkhidmatan akan turun untuk keperluan dan keselesaan rakyat.
Selain cukai tiga ganda ini, Pakatan Rakyat akan menghapuskan hutang PTPTN, menurunkan harga minyak petrol, dan juga harga gula (dengan menghapuskan monopoli ke atas komoditi ini). Harga rumah mampu milik juga akan turun apabila tiada kolusi dan korupsi antara pemerintah, pembangun hartanah dan pembina. Harga perkhidmatan kesihatan akan turun hasil daripada penambahan kapasiti perkhidmatan kesihatan kerajaan yang lebih efisien. Keutamaan juga diberikan kepada pemerkasaan dan integrasi perkhidmatan pengangkutan awam termasuk komuter, LRT, dan MRT.
Amat menyedihkan lagi kadar kemiskinan buat kali pertamanya semenjak 1999 telah meningkat 1.5 peratus. Kita juga kena ingat bahawa angka kadar kemiskinan atau Poverty Line Index rasmi pada RM800 adalah tidak tepat di mana ia sepatutnya RM1,300 juga menutup kebenaran kadar kemiskinan rakyat di negara ini, di mana koefisien Gini setinggi 0.46 (anggaran Bank Dunia) – antara yang tertinggi di Asia.
Usaha PR untuk merakyatkan ekonomi sering dibantah kerajaan Barisan Nasional dengan hujah seperti negara akan muflis nyata tidak benar, kerana apabila ada Reformasi Ekonomi akan berlakunya pengagihan ekonomi yang lebih adil lalu memaksa sektor ekonomi bertambah efisien dan berdaya saing.
Ternyata dengan pengurangan harga barang dan bebanan hutang, rakyat akan menikmati pendapatan boleh guna yang lebih tinggi untuk disimpan, dilabur atau mempelbagaikan perbelanjaan langsung merangsang ekonomi negara dengan lebih mampan serta melimpah kepada lebih banyak syarikat dan bukan kepada segelintir syarikat kroni yang miliki monopoli komoditi. Inilah keuntungan untuk rakyat, yang akan merdeka daripada menjadi tawanan ekonomi kapitalisme kroni dan hamba hutang.
Siapa yang akan rugi? Penganut kapitalisme kroni akan merasakan kerugiannya tatkala tiada lagi penswastaan keuntungan dan liabiliti sektor swasta tidak lagi dinasionalisasikan. Lubang ketirisan ekonomi akibat rasuah, pemerolehan projek terlalu mahal, dan amalan menjarah kekayaan negara akan tertutup. Malah projek seperti LRT Ampang akan diberi secara tender terbuka kepada syarikat yang benar-benar layak.
Insya-ALLAH, tahun depan sekiranya melalui pilihan raya yang bebas dan adil sebuah era baru akan diundi masuk ke Putrajaya, lebih ramai rakyat akan pulang ke kampung halaman dengan memandu kereta baru masing-masing.
(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian pada 31 Julai 2012)

Umat Islam, Boikot Sukan Olimpik London 2012!

Posted by Ibnu Hasyim


London
Umat ​​Islam Perlu Memboikot Sukan Olimpik London 2012
SUKAN
ARRAYAH.INFO, London, 27 Julai 2012 - Kepada kebanyakan orang, Sukan Olimpik dilihat sebagai satu perayaan kebudayaan sukan, kepelbagaian dan dunia.

london
Walau bagaimanapun, dari perspektif Islam, Sukan Olimpik dilihat sebagai tradisi pagan purba yang telah diadakan untuk memberi penghormatan kepada tuhan-tuhan Yunani kuno.

Ia juga dianggap kejahatan (kemungkaran) sebab-sebab berikut:
  • Sukan Olimpik bukan daripada Islam, dan Rasulullah SAW berkata, "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, dia adalah salah seorang daripada mereka." 
  • Majoriti peserta sukan tidak berpakaian menutup aurat, semasa acara seperti olahraga, tinju, acara terjun, gimnastik, berenang, berenang serentak, angkat berat dan sebagainya. Islam dengan tegas memerintahkan kita untuk merendahkan pandangan kita dan tidak bercampur dengan lawan jenis, kecuali disebabkan kepada keperluan semasa memerhatikan pengasingan, seperti untuk rawatan perubatan, dalam urus niaga perniagaan dan semasa mempelajari Islam.
pagan
  • Sukan Olimpik menggalakkan nasionalisme, yang jelas dilarang dalam Islam dan merupakan punca perpecahan, penindasan dan pembunuhan. Sebagai contoh, beribu-ribu pelarian mati setiap tahun kerana mereka berpaling, bantuan dinafikan dan rawatan perubatan oleh negara-negara jiran untuk satu sebab sahaja: kewarganegaraan mereka. Ia dilaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata, "Tidak seorang daripada kita yang menyeru kepada nasionalisme, pergaduhan untuk nasionalisme dan mati untuk nasionalisme," dan, "Allah telah melaknat orang yang mewujudkan sempadan nasionalisme."
  • Beberapa negara-negara yang mengambil bahagian adalah berperang dengan Islam dan terlibat dalam membunuh umat Islam seperti Britain, Israel, Myanmar, Amerika Syarikat dan sekutu mereka. Ia adalah haram untuk umat Islam bersekutu dengan negara-negara tersebut.
obor
  • Sukan Olimpik juga melibatkan beberapa jenis dilarang hiburan yang lain, seperti menari dan pencampuran bebas sepanjang kejohanan dan terutamanya sewaktu upacara pembukaan dan penutup.
  • Umat Islam wajib, sebagai satu syarat iman, mencintai dan membenci kerana Allah SWT. Menikmati permainan dan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tanda-tanda bahawa seseorang itu gembira dengan cara hidup orang-orang kafir.
Atas sebab-sebab di atas, Sukan Olimpik pasti perlu diboikot oleh umat Islam. [abuidris/arrayah.info]

Penjelasan Ning Baizura Mengenai PAS

Sumber: Ibnu Hasyim

 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ning Baizura binti Hamzah (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, beliau tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Oleh itu, beliau menafikan laporan akhbar Sinar Harian, beliau 'bakal' menjadi ahli PAS dan menyifatkan laporan itu tidak benar.

Berikut adalah kenyataan penuh Ning yang dikeluarkan melalui peguam beliau.


Ning Baizura tidak melibatkan diri dalam mana-mana parti politik

Ning telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2012 di man telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli seebuah parti politik Malaysia.

Ning ingin menyatakan di sini secara spesifik am dan secara keseluruhannya tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam hal politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal.

Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan  dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah.


Ekoran tuntutan ini, Harakahdaily menarik balik laporan akhbar Sinar Harian yang disiarkan dalam Harakahdaily melalui ruangan terbaik dari blog dan memohon maaf dari Ning ekoran laporan itu.
Begitu juga Weblog Ibnu Hasyim, jika ada yang terslah siar seperti Sinar Harian, Harakahdaily atau lain-lain secara tidak langsung jika ada, pihak kami memohn maaf secara terbuka ekoran lapran Ning itu. (IH)

Abby Abady: Cabaran Awal, Kontreknya Dibatalkan.

Sumber: Ibnu Hasyim


Rakan artis bidas Abby
Abby Abadi

HALAMAN HIBURAN
NAMA Abby Abadi kembali menjadi sebutan apabila melalui akaun Twitternya, dia mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Laporan Media Hiburan menyebut, melalui akaunnya juga, Abby telah berkongsi kenyataan yang didakwa milik pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia yang menjelaskan bahawa penglibatan Abby dalam politik telah menjejaskan perniagaannya.

Berikutan pembatalan kontrak itu, Abby menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka di samping memohon maaf dengan penglibatannya dalam Pakatan Rakyat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mungkin itu cabaran awal. Marilah kita sama-sama berdoa, semoga Allah SWT memberi 'kemanisan iman' kepada beliau dalam melalui liku-liku tribulasi dan perjuangan.

Allahu Akbar!

Popular Posts