Friday 29 June 2012

Keretapi Emas - Saud Nak Tunjuk Kepada Siapa?


 Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji.
Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak  akan disadurkan emas.  seperti dilapurkan constructionweekonline.com  bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.
Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!
Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]
Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah. Begitu juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah Allah.
Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah. Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan tuannya yang sebenar!
Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, 
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Resepi Cocacola Terbongkar


Ramai orang Islam masih lagi meminum Coca-cola walaupun diketahui bahawa syarikat tersebut merupakan penyokong terkuat rejim Zionis dengan menyumbang berbillion2 kepada ekonomi Israel. Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha’aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Kita juga kesal kerana Tabung Haji melalui syarikatnya TH PROPERTIES SDN BHD telah menjalinkan  usahasama dengan Coca-cola dengan membina kilangnya yang bernilai RM1b di enstek. Secara tak langsung juga jemaah haji melalui TH memberi sumbangan kepada Coke! Tetapi sekarang ini terbongkar pula tentang kandungan rahsia merchandise 7X seperti di dedahkan oleh S. Pemberton;

Merchandise 7X is part of the secret formula for Coca-cola. According to John S. Pemberton's diary, the formula for Coke is as follows:

Ingredients:
1 oz (28 g) caffeine citrate
3 oz (85 g) citric acid
1 US fl oz (30 ml; 1 imp fl oz) vanilla extract
1 US qt (946 ml; 33 imp fl oz) lime juice
2.5 oz (71 g) "flavoring," i.e., "Merchandise 7X"
30 lb (14 kg) sugar
4 US fl oz (118.3 ml; 4.2 imp fl oz) powder extract of cocaine (decocainized flavor essence of the coca leaf).
2.5 US gal (9.5 l; 2.1 imp gal) water
caramel sufficient
Merchandise 7X includes:

80 oil orange
40 oil cinnamon
120 oil lemon
20 oil coriander
40 oil nutmeg
40 oil neroli
1 US qt (946 ml; 33 imp fl oz) alcohol


Read more:
http://wiki.answers.com/Q/What_is_merchandise_7x#ixzz1l5olroK4

http://en.wikipedia.org/wiki/Coca-Cola_formula

Al-Quran Adalah Petunjuk dan Penawar


Masaru Emoto merupakan seorang pengkaji Jepun yang terkenal dengan kajiannya jika suara manusia atau niatnya jika ditujukan kepada titisan air sebelum dibekukan , imej kristal air yang terbentuk akan menjadi cantik atau buruk bergantung samada ucapannya atau niatnya itu baik atau buruk. 

Dulu kita pernah mendengar terdapat pemimpin negara yang memperlekehkan air jampi yang dibuat dengan ayat-ayat suci al-Quran adalah pembohongan semata-mata (Wawancara dengan TV3 pada malam Rabu 16 November, 1999). Tetapi dengan penemuan ini ternyatalah golongan yang tidak yakin kepada al-Quran itu adalah silap dan dengan tersebarnya kajian ini membuktikan setiap perintah Allah itu memang membawa kebaikan kepada manusia didunia dan di akhirat.

Jampi ialah ucapan yang disandarkan kepada Allah bagi berikhtiar untuk menyembuh penyakit atau menghilang sesuatu gangguan (lihat buku : Ubat dan Perubatan cara Nabi s.a.w. oleh Taariq Tantawi) Antara jampi yang pernah diajar oleh malaikat Jibril kepada nabi s.a.w ialah, Abu said Al Khudri r.a. memberitahu Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Jibril datang kepada ku lalu bertanya, "Wahai Muhammad adakah tuan sakit?" Aku menjawap: "Ya", Jibril lalu mengucapkan: "Dengan Nama Allah saya menjampikan tuan daripada sesuatu yang menyakitkan tuan, daripada setiap sesuatu yang berjiwa (tubuh yang mempunyai keinginan) dan daripada pandangan mata orang yang dengki. Dengan nama Allah saya menjampikan tuan, semoga Allah menyembuhkan tuan" - Riwayat Muslim dan Tirmizi. Hadis ini hadis sahih.
Kemudian dalam Quran dinyatakan bahawa, "..... Dan Kami turunkan Quran itu apa yang menjadi penawar atau ubat dan rahmat untuk orang beriman dan itu hanya menambah kerugian bagi orang yang zalim" Surah Al Israk : 82.
Firman Allah lagi "....Dan apabila aku sakit Dialah yang mengubatiku" Surah As Syura"80 dan firman Allah lagi: "......... katakanlah Quran itu adalah tuntutan dan ubat" Surah Fusilat ayat 44. Itu adalah antara ayat-ayat shifa yang terdapat dalam Quran.


Masaru Emoto:

The quality / purity of Zamzam water has, will not be find any where else in the water on this earth.

He used the technology named NANO, and researched a lot on Zamzam water. And found out that if one drop of Zamzam water mix in 1000 drops of regular water, regular water will get the same quality like Zamzam water.

He also found that a mineral in one drop of Zamzam water has its own importance that will not be find any other water on this earth.

He also found in some tests that the quality or ingredients of Zamzam water can not be changed, why, science does not know the reason.

Even he re-cycled the Zamzam water, but no change it was still pure.

This scientist also found out that, the Muslims say BISMILLAH before eating/drinking. He says that after saying BISMILLAH on regular water, there are some strange changes happened in the quality of regular water. That make it best water.

He also found out that if some one recites the Quran on regular water, it gets the ability for the treatment of different diseases.

http://www.masaru-emoto.net/english/ediary200712.html

Misteri $6 Trillion US Bond: Emas Jana WW1, WW2 dan untuk WW3?




Benarkah $6 trillion US treasury Bond yang dirampas oleh pihak berkuasa anti-mafia Itali adalah palsu? Jumlah ini merupakan separuh dari jumlah keseluruhan hutang US berdasarkan nilai mukanya sahaja. Ceritanya nampak pelik macam kisah filem Indiana Jones, " Bond tersebut dijumpai tersembunyi dalam bekas yang tak seberapa di tiga peti simpanan di Zurich ", kenyataan oleh pendakwa di Itali. Pihak kedutaan US di Rome telah memeriksa dokumen tersebut yang bertarikh tahun 1934, dan niali muka $1 billion tiap2 keping. Kenyataan dari sumber tersebut amat ganjil apabila mendakwa.." Individu yang terlibat bercadang mendapatkan plutonium daripada rangkaian Nigeria"...lebih menghairankan lagi bila sumber pendakwa mengatakan.." Penipuan tersebut menyebabkan ancaman serius kepada kestabilan ekonomi antarabangsa"...bagaimanakah jika bond yang sudah jelas palsu itu boleh mendatangkan ancaman? atau benarkah begitu..Seperkara lagi yang tidak dijelaskan kenapakah Versailles Treaty yang mempunyai chop mohor Chicago Fed ada bersama?
Arthur Heinrich Stern seorang lawyer Jerman yang berkhidmat dalam firma Goldwind GmbH telah membuat pendedahan yang memeranjatkan. Firma beliau telah didatangi oleh seorang lawyer Russia sebagai pemegang amanah bond-bond tersebut. Dia telah menerangkan pelanggan yang diwakilinya dan ingin mendapatkan penjelasan;
- Adakah sijil itu sah
- jika dia boleh mendapatkan duit ond tersebut dalam bentuk interest, bagaimanakah dia boleh mendapatkan jumlah terhutang tersebut.
Beliau telah meneliti sijil-sijil yang dikemukakan tersebut dan mendapati bahawa amanah itu telah disandar berdasarkan emas.  Emas yang disandarkan sahaja bernilai 25 billion di jamin FDIC (seperti PIDM malaysia).    FED telah menjamin 4% interest selama 30 tahun, ini melibatkan jumlah simpanan emas yang teramat besar!
Beliau mendapati interest keseluruhan dari amanah tersebut selama 30 tahun dari tahun 1934 hingga 1964 adalah sebanyak USD 33,000,000,000. Jika dijumlah dengan wang pokok jumlahnya menjangkau USD 58,000,000,000.! Jika warranty sijil tersebut masih terpakai, dan harga emas pasaran kini, jumlah USD25 Billion sijil amanah tersebut menyamai suku budget tahunan US. Jika amanah tersebut tidak dibayar dan dituntut oleh pemiliknya, US secara rasminya menjadi bangkrap? Secara tidak langsung menyebabkan keruntuhan semua institusi kewangan dan bursa saham US.
Hasil penelitian itu beliau membuat kesimpulan, sijil amanah ini dikeluarkan kepada individu, yang memperolehi emas dalam jumlah yang amat besar. Amat jelas jumlah yang amat besar ini tidak mungkin diperolehi secara sah oleh sesiapapun atas dunia ini. Tamabahan pula, pemillik emas ini bukan penduduk Amerika Syarikat kerana pada tahun 1934 Presiden Roosevelt telah menegah rakyatnya dari memliki logam berharga.
Oleh itu emas ini pasti datang dari luar US. Kemungkinan besar dibawa melalui laut, kerana US hanya bersempadan dengan Mexico dan Kanada sahaja. Tidak munasabah emas itu dieksport melalui Mexico atau Kanada kerana ekonomi kedua-dua negara pada masa itu amatlah lemah.
Bond itu dikeluarkan kepada pembawa (bearer).  Kemungkinan ia adalah individu atau pemegang amanah. Sudah tentunya individu ini bukan hanya billionaire, tetapi seorang yang berpengaruh dikalangan ahli politik. Tetapi pada zaman Kemelesetan Besar, tidak terdapat negara yang mengeksport emas dalam kuantiti yang sebegitu besar. Kerana semasa krisis, secara lojiknya semua negara akan membeli emas sebagai jaminan dari inflasi bukan menjualnya!
Oleh itu sesiapa yang membawa keluar emas ini sudah tentu mengetahui bahawa emasnya dijamin selamat. Persoalan yang timbul, milik siapakah emas tersebut dan atas alasan undang-undang apakah emas tersebut diambil? Pengeluaran emas dalam kuantiti yang amat besar hanya dibuat dalam kes-kes tertentu; masa perang, revolusi atau ketidak-stabilan politik dalam negara. Oleh itu, emas ini dibawa keluar oleh tokoh politik yang masyhur dan mempunyai hubungan yang rapat dengan presiden US dan diberi bantuan sepenuhnya.
Dari peristiwa sejarah yang berlaku pada masa tersebut, "penderma emas" pada lewat 20an dan awal 30an - kemungkinan China.  Pada tahun 1934, China dipimpin oleh Parti Nasionalis Kuomintang oleh Jeneral Chiang Kai Shek. Tahun 1931, wilayah Manchuria dan China Utara menghadapi kemaraan tentera Jepun. Dalam China ketika bibit-bit pernag saudara muncul, Chiang Kai Shek memimpin pasukan tentera partinya terhadap Parti Komunis yang dipimpin Mao Tse-tung.
Oleh itu pada masa tersebut hanyalah Chiang Kai Shek yang berkuasa mengawal simpanan emas China. Ketika itu US mengalami zaman kemelesetan. Beliau mencadangkan kepada D. Roosevelt (ketika itu calon presiden) untuk menyelamatkan ekonomi US dari keruntuhan. dia menawarkan pinjaman dalam bentuk simpanan emas di China. Berdasarkan sijil yang dikeluarkan sebagai resit kepada simpanan emas tersebut, pinjaman pada masa tersebut berjumlah USD 25,000,000,000.
Kapal Perang Houston di gunakan untuk merompak emas China

US mendakwa simpanan emasnya adalah miliknya yang sah, pembongkaran sejarah membuktikan simpanan emasnya dibina hasil dari perompakan terutamanya emas negara China. Emas yang di bawa lari secara rahsia dari China, lambat laun akan kembali ketempat asalnya semula di China.
US sudah tentu tidak mengaku mereka mengambil simpanan emas China. Tetapi pemimpin China  mengetahui berkenaan pencurian emas tersebut tetapi tidak mengetahui secara terperinci apakah yang dicuri dan bagaimanakah untuk membuktikan kesahihannya berdasarkan undang-undang. Kerana itulah US mempertahankan Taiwan dengan 7 buah kapal perang dan bantuan ekonomi $4 billion setahun.
Inilah juga menjelaskan kenapa US ingin menguasai rantau teluk yang kaya dengan simpanan minyak; kerana minyak sahajalah yang dapat mempertahankan nilai dollar. US Federal Reserve telah mencetak dollar tanpa sebarang tambatan emas, kerana perbelanjaan perang Iraq melepasi nilai amat besar, meyebabkan keruntuhan sistem perbankan dan krisis dalam pengeluaran. Bermakna ekonomi US semakin tenggelam. China tidak lagi memerlukan dollar kerana nilainya dijamin oleh emasnya sendiri. China ingin mendapatkan kembali simpanan emasnya.

Bible Asal Beritahu Kedatangan Nabi Muhammad di Jumpai

Sebuah Bible rahsia yang dipercayai Nabi Isa (Jesus) telah memberitahu akan kedatangan Nabi Muhammmad s.aw ke dunia telah menimbulkan minat yang mendalam dari Vatican.

Di katakan bahawa Pope Benedict XVI  ingin melihat sendiri buku yang berusia 1500 tahun itu, yang ramai mengatakan ia adalah dari Gospel Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki semenjak 12 tahun lepas.
Naskah yang bernilai £14 juta itu yang ditulis tangan dalam helaian tinta huruf emas, ditulis dalam bahasa Aramaic iaitu bahasa asal Nabi Isa (Jesus) , mengandungi ajaran-ajarannya dan ramalan kedatangan Nabi selepasnya.

Bible rahsia yang memberitahu kedatangan Nabi Muhammad s.a.w
Kitab yang ditulis diatas kulit binatang ini dijumpai oleh pihak polis Turki ketika operasi anti penyeludupan pada tahun 2000. Ia dijaga dengan rapi hinggalah tahun 2010, akhirnya diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diletakkan untuk pameran awam.

Ikwanul Muslimin menang dengan teknologi 1400 Tahun yang lalu..!!

KEMENANGAN IKHWANUL MUSLIMIN

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI 1400TAHUN YANG LALU
Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.
Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.


Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.
“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.
Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”
Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.
Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.
Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.
Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “ Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.
Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.
"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."
Mohd Yusof Hadhari

Pemuda UMNO report polis pasal MB UMNO....


Lu orang pn boleh agak siapa dalang disebalik laporan polis oleh ketua pemuda umno bandar arau ni..nampaknya dalang projek menjatuhkan mb perlis ini tak pernah puas2 dgn apa yg dia telah dapat selama ini..inilah perangai busuk pemimpin2 umno yg sinonim dgn PHD (Perangai Hasad Dengki)..dek kerana kecewa kerana pernah kehilangan jawatan,gila kuasa,dendam dan perangai hasad dengki tahap gaban..
 
mereka sanggup berbuat apa saja demi mengejar jawatan MB..walaupun dgn mengorbankan parti dn menteri besar mereka sendiri..Bravo!! nampaknya umno/apco negeri perlis akan tersungkur di tangan Pakatan Rakyat dlm pru ke 13 dgn bantuan percuma dari pemimpin2 umno negeri perlis sendiri..semoga semua rakyat negeri perlis akan membuka mata dgn kebobrokan spesis umno/apco yg busuk lagi membusukkan ini..biarlah seluruh negeri perlis ini akan dilimpahi dgn gelombang hijau demi masa depan anak cucu kita..


Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa.

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain.

Oleh: Muda Mohd. Noor

Tektik Menipu Kaedah Terkini...!!!

Aritkel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!
Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Harta Karun Sungai Furat


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".

Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Semasa dibawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an, kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
Binaan Purba Yang Muncul Akibat Keringnya Sungai Furat
Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka. Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar menyatakan," Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq. Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu," Sungai ini telah surut kearas yang paling rendah pada ingatan kami," beliau menambah lagi," Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut! 

Baik jaga JANDA dalam negara dari menjaga PANDA 2 ekor tu wahai Najib..!!!

Kerajaan tak tahu keutamaan panda dan janda

KUALA LUMPUR: Kerajaan ternyata tidak tahu keutamaan antara panda dan janda, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan tidak tahu keutamaan untuk orang muda, sama seperti kerajaan tidak tahu keutamaan antara panda dan janda," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Panda yang disebut oleh Mahfuz itu merujuk kepada dua ekor beruang panda yang disewa oleh Malaysia daripada negara China.

Ketika diminta mengulas lanjut kenyataan itu selepas perbahasan tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kerajaan ternyata lebih suka mengutamakan perkara-perkara yang membazirkan wang negara.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa, tindakan menyewa panda itu untuk meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan.

"Itu untuk panda. Bagaimana pula kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan entah berapa ratus ribu janda di negara ini?" katanya.

Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, jelas membuktikan kerajaan langsung tidak tahu keutamaan.

"Kerajaan Najib tak tahu keutamaan dan nampak benar tak tahu keutamaan antara panda dan janda.

"Akhbar The Star melaporkan kerajaan berbelanja sehingga RM20 juta untuk memelihara dan menjaga dua ekor panda itu.

"Berapa kerajaan berbelanja untuk setiap janda yang tidak berkemampuan di negara ini? Untuk dua ekor panda belanja RM20 juta, untuk janda bagi RM500 duit BR1M sahajakah?" katanya.

Mahfuz juga menyifatkan perjanjian penyewaan panda itu ternyata merugikan Malaysia.
"Kalau mati kerajaan Malaysia kena bayar ganti rugi. Kalau panda itu beranak dalam penjagaan Malaysia, anak itu jadi milik syarikat China berkenaan.

"Orang kampung yang pawah kambing atau lembu lebih pandai buat perjanjian dari kerajaan Malaysia," kata Mahfuz.

Mahfuz juga menyifatkan Najib sengaja mereka-reka dakwaan untuk mewajarkan tindakan kerajaan terhadap tindakannya berbelanja begitu besar untuk dua ekor panda itu.

"Najib kata tindakan kerajaannya menyewa panda itu akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia.

"Adakah orang Alor Setar akan naik bas beratus-ratus kilometer untuk melancong di Kuala Lumpur kerana hendak tengok dua ekor panda itu kononnya untuk menimba pengalaman pendidikan?" beliau terus mempersoalkan.

Sebelum itu, seruan Najib dalam laman Facebook berbahasa Cinanya supaya orang ramai menamkan dua ekor panda itu dibalas oleh rakyat dengan pelbagai persendaan.

Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Manosr dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah".

Seorang pengunjung laman tersebut yang bernama Aun Huang Long menulis: "Lembu pun tak boleh jaga. Najib, u nak panda? Kesian panda tu".

Najib sedut duit melalui 'bil elektrik' laa pulak...!!!

Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).
Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.
Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja.  Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.
Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.
Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).
Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1.    400 unit X RM0.218 = RM87.20

2.    200 unit X RM0.334 = RM66.80

3.    100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH                        = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.
Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.
Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.
Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Taman Meru Damai, Kapar Klang.

Mercutanda Kiamat


Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020
Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. .......Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era " Megatall".


Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing...Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk). Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia. http://www.thenational.ae/business/property/mecca-project-needs-fresh-investment
Menurut lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Lapuran CTBH itu menyatakan," Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) - iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower".
Kingdom Tower di Najd merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km
Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah (Najd) oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.
Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?
" Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat..."
Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara populasi-kepada-bangunan adalah terendah. Sebagai contoh, penduduk UAE hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi, bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya, China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7 juta penduduk untuk setiap 200 m  bangunan.

Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!
Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;
 Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

 As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]

Rujukan;
  1. Hadis 40 - Dewan Pustaka Fajar
  2. http://gulfnews.com/business/construction/up-up-they-go-and-they-keep-going-1.988737
  3. http://www.ctbuh.org/TallBuildings/HeightStatistics/BuildingsinNumbers/TheTallest20in2020/tabid/2926/language/en-US/Default.aspx

Tsunami Gergasi 11.4m di Jangka Melanda Malaysia

Petunjukzaman dalam artikel lalu telah memberi peringatan tentang kemungkinan Malaysia dilanda tsunami kerana melaksanakan pengambil alihan syarikat minuman ringan Permanis kepada syarikat pengeluar minuman beralkohol terbesar di Jepun iaitu Asahi. Peringatan ini adalah iktibar daripada kehancuran bandar Asahi tempat kilang pengeluaran arak tersebut akibat gempa bumi dan kemudiaannya tsunami. http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/07/permanis-pengeluar-air-minuman-di-ambil.html 

Inilah amaran yang telahpun dikhabarkan oleh Rasulullah saw dan benar-benar telah berlaku dan dapat dilihat oleh kita sendiri melalui berita di media-media:
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa)dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
Peristiwa gempa dan penengelaman bumi adalah akibat dari kemurkaan Allah diatas keengkaran manusia menuruti perintah telah ditetapkan olehNya didalam kitab al-Quran seperti diterangkan didalam surah al-Mulk berikut:

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?(Al-Mulk 67:16


Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?(Al-Mulk 67:17)


Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.(Al-Mulk 67:18)


Kajian oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengesahkan peringatan yang telah disiarkan dalam artikel petunjukzaman yang lalu; sumber JMM itu menjangkakan berdasarkan simulasi kemungkinan Malaysia dilanda tsunami gergasi sehingga 11.4m, iaitu kira-kira setinggi bangunan 3 tingkat. Menurut kajian tersebut ini berikutan gempa yang baru melanda Aceh pada skala 8.6 telah menambahkan tekanan pada zon gelinciran yang sedia ada, terutamanya terhadap garis gelinciran Padang.
Pakar seismologi JMM Dr Mohd Rosaidi menyatakan bahawa garis gelinciran Padang sudah lama tertangguh dan gempa pada Rabu lepas meningkatkan lagi tekanan sepanjang garis tersebut dan mempercepatkan lagi kejadian gempa bumi.
Menurut kajian JMM lagi," Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja, kita bimbang kerana Padang lebih dekat dengan kita. Gempa Aceh baru-baru ini berada dalam lingkungan yang agak jauh, kira-kira 800km dari Penang. Tetapi jika ia berlaku di Padang, ia hanya kira-kira 300km jauhnya dari Kuala Lumpur". 
Sumber: JMM
________________________________________________________________________________

Arrival Time And Height Of Tsunami Wave For Worst Case Scenario At Andaman Sea: Earthquake Magnitude 9.5 Richter
________________________________________________________________________________
Location              Arrival Time Tsunami Height (m)
________________________________________________________________________________
Pantai Cenang 1 jam 7 minit 8.9
Kuala Perlis 1 jam 51 minit 11.4
Kuala Muda 1 jam 12 minit 11.2
Batu Feringghi 1 jam 2 minit 8.5
Pulau Pangkor 1 jam 42 minit 7.6
Kuala Selangor 1 jam 53 minit 3.8
________________________________________________________________________________

Rujukan;

  1. http://www.nst.com.my/mobile/top-news/brace-for-the-big-one-1.74106
  2. http://www.met.gov.my/images/pdf/training/disaster%20management%20course_mohd%20rosaidi.pdf

Sejak bila UMNO bantah Disko & Pub nie... Hipokrit betoi puak nie..!!



UMNO hipokrit isu pusat hiburan

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Pendedahan Menteri Besar itu ekoran keresahan yang timbul di kalangan umat Islam negeri ini terhadap kewujudan sebuah pusat hiburan kononnya yang terbesar di Alor Setar. Pusat hiburan yang diberi nama View Nite ini mengundang seorang pengacara wanita terkenal dari Perancis dalam upacara perasmian yang akan diadakan pada 30 Jun nanti.

Keresahan yang timbul kerana promosi terhadap pembukaan pusat hiburan dibuat di beberapa daerah di negeri Kedah secara besar-besaran. Kain rentang yang mendapat pengesahan dari pihak berkuasa tempatan digantung di merata tempat. Keresahan kedua ialah kerana majlis perasmian pusat hiburan itu diadakan 'sempena' kedatangan bulan Ramadhan.

Menurut Menteri Besar, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum...," katanya kepada pihak media yang membangkitkan isu tersebut.

Jelasnya, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru. Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi. Mereka mendapat lesen sejak di zaman BN.

Isu yang berbangkit bukan kerana yang bertambah itu empat atau empat puluh tetapi kerana yang memerintah Kedah sekarang ialah PAS yang perjuangannya berteraskan Islam.

Pembangkang yakni UMNO yang membangkitkan isu tersebut bukan kerana dasar perjuangan mereka yang Islam atau kebimbangan mereka terhadap kerosakan akhlak umat Islam. Hudud yang jelas datangnya dari Allah pun sanggup dipersenda mereka sambil menganggap hudud yang diperjuangkan PAS adalah rekaan manusia bukan dari Allah maka apa pula kaitan mereka dengan isu pusat hiburan.

Mereka mengkritik kerajaan kerana merasa inilah masa untuk memulang paku buah keras. Dahulu PAS lawan kemungkaran, kini benarkan pusat hiburan. Itu saja nawaitu penentangan mereka dan ironi yang cuba digambarkan terhadap PAS.

Kewujudan pusat karaoke ialah tempat orang ramai berkunjung untuk menyanyi dengan muzik latar yang disediakan oleh pengusaha tersebut. Biasanya orang yang suaranya lebih sedap sedikit dari suara katak pisang akan datang berkaraoke. Ia tiada bezanya dengan pelbagai program hiburan di tv khususnya program yang melibatkan persembahan nyanyian.

UMNO, Perkasa, Pekida dan beberapa NGO berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman sambil menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri kerana membantah pusat karaoke tetapi tidak pula berdemonstrasi di hadapan stesen tv kerana menganjurkan Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang Kecil, Mentor, Juara Lagu, Bintang Popular, Vokal bukan sekadar rupa, Suara Emas dan sebagainya. Tiada beza pun antara keduanya, kecuali satu professional, satu lagi amatur. Sekurang-kurangnya karaoke hanya ‘merosakkan’ seorang dua yang datang melalak di pusat karaoke tetapi ‘pusat hiburan di tv’ merosakkan jutaan rakyat Malaysia. Di hadapan skrin tv itulah anak bini pejuang UMNO, Perkasa, Pekida dan lain-lain ternganga menonton sampai meleleh air liur. Jadi penentangan UMNO dan rakan-rakan sewaktunya ini hipokrit namanya!

Mereka membantah premis yang membenarkan jualan arak dan judi (yang sebenarnya dikhususkan kepada Non Muslim) di Kedah tetapi tidak berkata apa-apa terhadap kerajaan BN yang memberi lesen mengilang arak dan lesen judi di peringkat Pusat. Hipokrit lagi.

Apapun PAS sebagai sebuah kerajaan yang diberi amanah oleh Allah mentadbir Kedah tidak boleh memandang ringan terhadap kewujudan pusat hiburan dan penyalahgunaan terhadap lesen pusat hiburan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah. Yang haram dari sudut hukum Islam tetap haram.

Terdapat dakwaan bahawa terdapat pusat hiburan yang melanggar syarat lesen seperti beroperasi sehingga melebihi satu pagi, beroperasi di malam Jumaat, menjual arak kepada orang Islam dan mengadakan persembahan menjolok mata, urut refleksologi yang disalahguna untuk 'mengurut' yang lain (bertentangan dengan Enakmen Hiburan 1995); semua ini mesti diambil tindakan tegas. Alasan yang sering kedengaran ialah Pejabat Daerah tiada skuad penguatkuasa. Jika demikian adakan skuad penguatkuasa! Bukan payah sangat. Takkan empat tahun memberi alasan yang sama. Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Bagi pusat hiburan yang langsung tiada lesen atau yang wujud secara haram, maka pihak polis dan kerajaan tempatan yang berkuasa terhadap premis serta pihak berkuasa agama boleh bergabung kekuatan untuk membanteras.

Popular Posts