Thursday 31 May 2012

Rezeki untuk rakyat negeri kedah, Allah kurniakan biji besi

Rezeki untuk rakyat negeri kedah, Allah kurniakan biji besi
Sumber: Blog Kedahkita.net

ALOR SETAR . Bajet 2012 sebanyak RM1.008 billion untuk kepentingan rakyat dapat ditampung dengan sumber hasil baru yang diperolehi oleh kerajaan negeri, iaitu hasil kuari bijih besi.Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, hasil daripada kajian yang dilakukan Jawatankuasa Hasil, terdapat 80 juta tan metrik bijih besi dalam tanah untuk dihasilkan, hanya melibatkan tanah di bawah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Di bawah tanah PKB saja, kita ada 80 juta tan metrik yang perlu dikeluarkan, oleh itu saya boleh buat bajet besar sikit.

�Kalau satu tan RM50, maknanya 80 juta dapat RM400 juta, kerajaan dapat lima peratus daripada RM400 juta itu,� ujar beliau kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri, di sini.

Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di daerah Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pendang dan ianya mendapat permintaan antarabangsa terutama Cina.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk mempercepatkan proses perlombongan dapat dilakukan dengan secepat mungkin, yang mana hasilnya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

�Kita telah buat satu pasukan petugas macam mana nak cepatkan, bila lagi cepat kita beri kelulusan dan kebenaran, maka kita akan dapat hasil cepat,� ujar beliau.

Kenapa Nokia dihina begitu rupa??

Kenapa Nokia dihina begitu rupa??
Sumber: Blog naimnikmat



Masih dalam ingatan Nokia 3310 menjadi alat telekomunikasi tercanggih dulu....Siap ada yang gantung dekat leher........Harga pun mahal dulu macam harga 'Smartphone' sekarang....Zaman telah berlalu, handphone yang tiada akses FB & Internet bukan lagi pilihan utama........

Himpunan Sejuta Belia...



SPR siap sedia 15ribu undi pos di Kedah...!!

SPR siap sedia 15ribu undi pos di Kedah...!!

SPR Kedah siap sedia hadapi PRU13
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bersedia dari segi logistik, termasuk melantik lebih 15,000 petugas, untuk membantu mengendalikan pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Timbalan pengarah jabatan itu, Norazam Mohd Noor berkata semua petugas tersebut termasuk pegawai pengurus, diberi taklimat persediaan pada November dan Disember tahun lepas manakala taklimat ulangan pula pada Jun ini.
"SPR juga telah mengenal pasti pusat pengundian, kebanyakannya sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas kepada hampir 40 pengamal media di negeri ini bagi menghadapi PRU ke-13 di Jabatan Penerangan Kedah di sini, hari ini.
Norazam berkata taklimat persediaan kepada petugas pilihan raya, antaranya menyentuh peraturan baru yang diguna pakai pada PRU ke-13, penggunaan dakwat kekal, cop SPR pada kertas undi, 'istilah orang dipercayai,' undi awal dan undi pos.


Mengenai daftar pengundi, beliau berkata daftar terbaru pada suku pertama tahun ini belum diwartakan lagi kerana baru selesai dipamerkan kepada umum.
Katanya pengundi negeri Kedah yang berdaftar dan layak mengundi berdasarkan daftar tahun lepas sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat berjumlah hampir 994,000 orang.
Dalam taklimatnya sebelum itu, beliau meminta pengamal media memberi kerjasama kepada SPR dengan membuat laporan betul dan tepat, menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi di samping mematuhi etika kewartawanan.
"Langkah mewartakan pengamal media boleh mengundi secara pos masih dalam proses. Saya tidak pasti sama ada sempat diwartakan atau tidak dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

RAJA-RAJA MELAYU jika siapa nak hina mereka "SILA MASUK UMNO" jika tidak pakai mampos la hangpa..!!

RAJA-RAJA MELAYU jika siapa nak hina mereka "SILA MASUK UMNO" jika tidak pakai mampos la hangpa..!!

Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor

Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;




Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili



Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012


Ulasan GB

Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya.

Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"


Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua.

Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu!

UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini.



http://greenboc.blogspot.com/2012/05/datuk-drasri-ulas-isu-nizar-sultan.html

Pengantin Kalut Ambik Gambaq... Tetamu Pula Pulang Hampa...!!!

Pengantin Kalut Ambik Gambaq... Tetamu Pula Pulang Hampa...!!!

Kos projek KUIN jimat RM6 juta

Kos projek KUIN jimat RM6 juta

ALOR SETAR –Kedah Sato Sdn. Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil dan mereka mempunyai hak untuk melantik mana-mana syarikat kontraktor yang diyakini mampu menyiapkan projek tersebut. Setakat ini pembinaan kampus berkenaan telah mencapai 67.13 peratus iaitu 2.17 peratus lebih cepat dari jadual asal dan sekaligus menjimatkan kos projek sebanyak RM6 juta.
Menjawab pula soalan yang dikemukan berkenaan lantikan kontraktor untuk projek pembinaan KUIN, beliau berkata, projek mega seperti itu tidak boleh dibuka tender pada sembarangan kontraktor. Sekiranya syarikat yang dilantik kurang modal dan tiada pengalaman, situasi tersebut boleh mengakibatkan projek tergendala dan gagal siap mengikut perancangan.
"Dana untuk pembinaan diusahakan sendiri oleh Kedah Sato, bukan dari kerajaan negeri. Mereka perlu mencari dana buat pinjaman bank untuk membina kampus itu. Oleh itu bagi memastikan ianya berjalan lancar, mereka melantik kontraktor yang dipercayai dan berkemampuan serta berpengalaman untuk menguruskannya," tambahnya lagi semasa sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.
Jawapan tersebut sekaligus membidas dakwaan dari Pemuda Gerakan Kedah, Tan keng Liang yang mempertikaikan kerajaan negeri tidak menggunakan tender terbuka untuk pembinaan kampus berkenaan.
"Dia mungkin tak faham, tapi tak mengapalah, anak saya tidak lama lagi akan tamat pengajiannya sebagai seorang lawyer, jadi saya nak nasihatkan dia " wait for my son", nanti anak saya pun boleh jawab dakwaan dia, tak perlu saya," jelas beliau berseloroh.

Sementara itu tegasnya, kerajaan negeri mampu membayar pinjaman RM330 bagi projek Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil kerana memperolehi pendapatan hasil negeri yang lumayan terutama keuntungan hasil balak.
"Kita akan bayar sebanyak RM45 juta setahun bermula 2013. Kita mampu bayar kerana pendapatan negeri terutama hasil balak meningkat sehingga RM80 pada penghujung 2011.
"Kerajaan sekarang mampu mengurus pentadbiran jauh lebih baik dari kerajaan dulu. Semasa mereka mentadbir, keluasan dan kapisiti penebangan balak yang sama tapi hasil pendapatan hanya sekitar RM8 juta sahaja," tegasnya bagi menjawab pertikaian pembangkang mengenai pinjaman berkenaan.

Stadium Darul Aman sedia terima peserta Himpunan Hijau

Stadium Darul Aman sedia terima peserta Himpunan Hijau


ALOR SETAR: Stadium Darul Aman dekat sini mula dipersiapkan untuk menerima lebih 100,000 peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya esok.

Para peniaga mula memenuhi perkarangan stadium ini dengan pelbagai jenis bahan perniagaan.

Namun bahan yang paling menarik adalah bendera kecil PAS dan juga Jalur Gemilang.

Menurut peniaga bendera ini, mereka diminta pihak penganjur untuk menjual bendera ini untuk membolehkan peserta perhimpunan ini mengibarkan kedua-dua bendera dalam perhimpunan ini.

"Kami telah membekalkan 5000 bendera PAS dan 5000 Jalur Gemilang untuk pihak penganjur dan selebihnya kami akan jual kepada para peserta," kata seorang pembekal bendera ini.

Bendera ini dijual antara RM5 ke RM10 setiap satu dan jika dibeli secara pukal akan mendapat harga yang lebih baik.

Memandang ini adalah himpunan hijau, baju-baju berwarna hijau turut dijual di perkarangan stadium ini.

Himpunan ini akan bermula pagi esok dengan amanat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada semua perwakilan PAS dari seluruh negara.

Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan..

Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan..

nizar

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
 
IPOH –  “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000. Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Sebelumnya, di Shah Alam diberitakan Mohamad Nizar Jamaluddin mahu Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran kereta yang melibatkan unsur angka dan wang bidaan.

"Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan nombor pendaftaran kenderaan, yang berkemungkinan berunsur spekulatif," kata bekas Menteri Besar Perak ini dalam satu mesej Twitter hari ini.

Beliau melahirkan pendirian ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tetapi dilihat berkaitan dengan bidaan nombor pendaftaran WWW yang menarik minat banyak pihak dan pelbagai kaum. (IH)

PRU13: Dilarang Guna Karikatur, Hujah Tempang

PRU13: Dilarang Guna Karikatur, Hujah Tempang

PRU 13: Parti politik dilarang guna karikatur sebagai bahan kempen
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar
 
JOHOR BAHRU - Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.

SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya. - Bernama

Komen Seorang Peguam (Dr Zulqarnain Lukman/Hrkh)):

Beberapa laporan akhbar pada 31 Mei (hari ini) menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur.

Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan:

Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan

4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau pemusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang  sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi  dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama  tempoh tidak melebihi lima tahun atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Seksyen ini tidak menyatakan samada karikatur atau banner atau poster atau gambar yang menjadi kesalahan. Yang menjadi kesalahan adalah mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara kaum yang sama atau berlainan. Justeru, hujah Timbalan Pengerusi SPR itu jelas tidak relevan.

Selain itu, apakah yang dimaksudkan 'mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan'. Apakah karikatur sahaja sudah cukup untuk mengembangkan perasaan jahat. Bagaimana pula dengan anak-anak kita. Nampaknya semasa musim pilihan raya nanti anak-anak sudah tidak boleh melihat karikatur di televisyen lagi jika ini tafsiran SPR. Sebab itu, saya mendapati hujah Timbalan Pengerusi SPR itu amat tempang. Itu belum lagi dipersoalkan apakah kuasa SPR untuk memberikan takrifan kepada seksyen 4A ini kerana setahu saya, hanya Mahkamah yang diberikan kuasa untuk membuat pentafsiran undang-undang.

Yang peningnya, (saya seorang peguam pun pening) bila membaca seksyen ini. Bahasanya berbelit. Tidak tahu di mana letaknya koma dan noktah. Kalau dibaca dalam satu nafas boleh bikin semput dada. Mungkin  yang mendraf seksyen ini adalah orang yang gagal  ujian Bahasa Malaysia. Kalau bahasanya berbelit sebegini payah, maka perlaksanaannya dalam proses pendakwaan dan perbicaraan tentu lebih sukar lagi. Sebab itu, kewujudan seksyen ini tidak digeruni samada oleh pihak yang berpolitik. Rakyat tidak faham, orang politik tidak faham, peguam tidak faham, malah hakim pun barangkali tidak faham. Sepanjang ingatan saya, belum pernah ada sesiapa yang didakwa di bawah seksyen ini semenjak seksyen ini diluluskan oleh Parlimen.

Akhirnya, SPR secara amnya, dan secara khususnya Timbalan Pengerusi SPR tidak usah memandai-mandai memberikan tafsiran kepada statut. SPR tumpukan dahulu kepada usaha pembersihan daftar pemilih yang masih kotor. Usah dihalang inisiatif dan kreativiti rakyat untuk berkempen. Jika berlaku pun perlanggaran seksyen 4A ini boleh tangkap sahaja orang yang melanggar seksyen ini dan boleh dibuat pendakwaan.  SPR hendaklah ingat fungsi sebenarnya adalah untuk menjadi pengadil yang adil yang tidak berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding. (IH).


Rahsia Teliti Bagaimana Rasul Kacau Makanan/Minuman

Rahsia Teliti B'mana Rasul Kacau Makanan/Minuman



APA rahsia meneliti bagaimana Muhammad SAW kacau makanan atau minuman? Berpandukan sunnah Rasulullah, beliau sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam.

Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.


Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.

Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.


Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.

Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.



Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.

Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.


Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.


Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?

Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.


Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.


Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, dikatakan bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Maka terbuktilah keajaiban sunnah. Subhanallah!


-Allah Maha Besar, Allah Maha Agung. Allahuakbar !
(IH/DM dll)

Malu! Kempen Romney Salah Eja 'America'

Malu! Kempen Romney Salah Eja 'America'




APLIKASI 'With Mitt' untuk telefon pintar iPhone yang tersalah eja perkataan 'America' menjadi 'Amercia'
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - White House berharap calon presiden AS yang akan mewakili Parti Republikan, Mitt Romney lebih berhati-hati menggunakan slogan kempennya.

Ia ekoran satu aplikasi untuk telefon pintar iPhone, 'With Mitt' yang diperkenalkan oleh pasukan kempen Romney membuat kesalahan ejaan yang serius. Masalah timbul apabila salah satu slogan itu mempunyai kesilapan bodoh dengan ucapan "A Better Amercia" dan bukannya "A Better America".

Kesalahan ejaan tersebut kemudian tersebar di laman sosial Twitter lewat Selasa lalu dan orang ramai mula mengejek dengan menunjukkan mesej 'Amercia'.

"Beberapa orang pereka aplikasi itu akan diikat di dalam sebuah sangkar, diletakkan di atas bumbung kereta dan diarak ke seluruh negara malam ini," kata seorang pengguna Twitter.

Aplikasi 'With Mitt' turut dipromosikan di laman web rasmi kempen Romney di mittromney.com.
"Kesilapan berlaku. Saya tidak fikir para pengundi peduli dengan kesalahan ejaan seperti itu," kata jurucakap kempen Romney, Andrea Saul kepada stesen televisyen MSNBC.

Tambahnya, versi kemaskini aplikasi itu telah dihantar kepada Apple Inc bagi membetulkan ejaan tersebut. - AFP

Bekas pensyarah pilih polis kerana cabaran

Bekas pensyarah pilih polis kerana cabaran

Rizal Abdul Rahman ketika kawad bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru pada 2002.
TUGAS sebagai seorang pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selama dua tahun belum cukup memberi kepuasan buat Asisten Supritendan (ASP), Rizal Abd. Rahman Sidek sehingga dia membuat keputusan memilih kerjaya polis pada 1 Oktober 2000.
Sejak tarikh itu, anak kelahiran Taiping, Perak itu tidak menoleh ke belakang lagi malah berbangga dan bersyukur kerana cita-cita untuk menyarung uniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya tercapai jua.
Walaupun berpeluang untuk menjadi seorang pendidik, namun Rizal masih mencari-cari sesuatu yang lebih mencabar sekali gus menyumbang bakti terhadap masyarakat.
Malah keputusan untuk beralih bidang kerjaya itu dibuat dengan mudah kerana minat yang mendalam untuk berkhidmat bersama pasukan Sang Saka Biru telah bermula sejak kecil lagi.
Tambahan pula, bapa Rizal, Abdul Rahman Sidek Ahmad, 62, merupakan seorang pesara polis yang banyak memberi galakan dan sokongan untuk menyambung bakti dalam bidang yang sama.
Disember 2005, wartawan Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar pernah mencoret di sebalik tabir kehidupan Abdul Rahman yang ketika itu menjawat Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketika itu, bapa dan anak ini pernah berkongsi pangkat ASP dan bidang tugas di jabatan yang sama iaitu Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sebagai pegawai trafik di cawangan masing-masing.
Abdul Rahman, 62, kemudian bersara pada 2006 manakala Rizal, 37, kini bertugas sebagai Pegawai Penerangan Akhbar Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Bukit Aman.
"Bapa saya menerapkan sikap tanggungjawab dan disiplin yang diamalkannya dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya menarik minat saya untuk mengikut langkah yang sama.
"Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana jasa kedua ibu bapa telah menjadikan saya dan adik-adik, manusia yang berguna seperti hari ini.
"Sebenarnya saya menyertai polis kerana mahu lebih dekat dengan masyarakat," katanya yang menceritakan pernah menangis melihat mayat seorang bayi yang dibuang dalam keadaan menyayat hati di dalam masjid di Johor Bharu, 2002.
Pemegang dua diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Sains Pengurusan, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan, sentiasa menganggap proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak pernah terhenti.
Di sebalik pencapaian akademik cemerlang, Rizal yang memperoleh Gred Purata Nilai Kumulatif (CGPA) 3.92 selepas menamatkan program Ijazah Sarjana, menceritakan dia pernah dicabar melakukan sebaik mungkin dalam pengajiannya itu oleh pegawai kanan Unit Latihan Polis, Bukit Aman, Datuk Jamshah Mustapha.
"Saya amat menghargai peluang yang diberi PDRM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melanjutkan pelajaran dengan cuti bergaji penuh serta bantuan biasiswa sepanjang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana pada 2010 hingga 2011," katanya lagi.
Rizal akui tidak pernah menyesal memilih PDRM walaupun memiliki latar belakang akademik yang baik kerana baginya ilmu pengetahuan diibaratkan akar yang perlu kuat sebelum menghasilkan buah yang baik.
"Tiga asas penting iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik perlu ada dalam pembangunan kerjaya seseorang. Contohnya, sikap malu, malas dan mudah rasa selesa merupakan sikap negatif yang boleh menghalang seseorang untuk terus maju ke hadapan," jelasnya.
Katanya sambil memberi contoh tugas sebagai pegawai perhubungan awam yang perlu menerapkan 3C iaitu kolaborasi, komunikasi dan kreativiti dalam membina hubungan dengan pihak lain.
"Masyarakat adalah pelanggan PDRM, jadi membina hubungan yang positif antara kedua-dua pihak merupakan tugas paling mencabar.
"Sebagai polis, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal kerana semua maklumat hari ini di hujung jari sahaja.
"Jadi untuk berhadapan dengan masyarakat alaf baru, empat asas penting dalam hierarki pengurusan maklumat perlu ada iaitu fakta, maklumat, pengetahuan dan bijaksana supaya mesej yang ingin disampaikan tercapai," ujarnya.

'Mati' Untuk Mengem & Akibat SMS


'Mati' Untuk Mengemis


Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di Cina ini memang cukup melampau. Ketika sang ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, sang anak lalu berlakon seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang melaluinya.

Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti ‘jasad’nya dari leher hingga kaki. Para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis teresak-esak. Anak itu meletakkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang melalui tempat itu.

Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, Cina, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas datang ke lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.

Kemiskinan nampaknya telah membuat sebagian orang menjadi cukup kreatif… Namun sayangnya tak banyak dari mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan.



Posted: 30 May 2012 05:00 PM PDT

Melbourne - Tragis! Seorang remaja menemui ajal gara-gara terlalu sibuk berSMS. Dia terjatuh dari tingkat tujuh di tempat parkir kereta. Mangsa bernama Ryan Robbins, adalah remaja yang berasal dari Australia, baru berusia 19 tahun. Pada mulannya, Robbins dikatakan sedang mabuk sehingga tidak mengetahui keadaan di sekitarnya dan dia dilaporkan sibuk bermain SMS. Patricia Schroeter, nenek Robbins, memberitahu bahawa Robbins awalnya menghantar dua orang wanita ke tempat parkir kereta di wilayah Melbourne. Dia kemudian menaip SMS sehingga tidak memperhatikan situasi sekeliling. Akibatnya, dia terjatuh dari tempat parkir tersebut dan meninggal ditempat kejadian. Seperti dilaporkan Herald Sun.

Rafizi Dipanggil Bank Negara - Kes NFCorp



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerima notis agar hadir untuk memberi keterangan di Bank Negara di bawah Seksyen 87(1)(a) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang muncul kontroversi akhir tahun lalu dengan siri pendedahan transaksi kewangannya.


"Saya telah bersetuju untuk hadir memberi keterangan pada hari ini jam 2.30 petang di Bank Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, "sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, saya juga khuatir jika tekanan yang berterusan yang cuba dikenakan terhadap saya dan (seorang pegawai bank) Johari Mohamad bertujuan untuk menutup skandal NFC."

Katanya, beliau juga hairan kenapa Bank Negara tidak pula menyiasat hatta mengambil tindakan terhadap Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Salleh Ismail dan keluarga beliau yang secara terang-terangan memindahkan wang rakyat secara tidak sah ke syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.

"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram," katanya lagi.

Kata Rafizi, tindakan memanggil beliau untuk soal siasat memberi gambaran seolah-olah pihak berkuasa seperti SPRM dan Bank Negara tidak mengalu-alukan tindakan proaktif rakyat biasa untuk mendedahkan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa di Malaysia.

"Kenyataan kepimpinan SPRM kebelakangan ini contohnya, secara jelas memusuhi rakyat kebiasaan yang mengambil tindakan berani mendedahkan perlakuan rasuah.

"Fenomena ini membimbangkan saya kerana ia boleh mewujudkan suasana takut di kalangan rakyat Malaysia dan menghalang mereka dari tampil membuat pendedahan," kata beliau lagi.

Rafizi juga berkata, beliau mahukan satu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk menafikan bahawa pentadbiran beliau tidak memangsakan pemberi maklumat dan melindungi perasuah.

"Apatah lagi apabila SPRM sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan ke atas seorang pun yang menganggotai jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak RM250 juta kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, sedangkan jelas NFC yang dikuasai keluarga beliau langsung tidak ada pengalaman untuk mengendalikan projek tersebut," katanya.SH

Sunday 27 May 2012

Kuasa ALLAH semua boleh jadi

Kuasa ALLAH semua boleh jadi

Kuasa ALLAH semua boleh jadi
Oon melihat keadaan ayam itu sebelum disembelih sekali lagi sambil diperhati
Esomuddin.
 
Kuasa ALLAH semua boleh jadi
Beginilah keadaan leher ayam berkenaan selepas disembelih sembilan hari lalu.
 
PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.[Sinar Harian]

Sumber: Kedahlanie

Berita Hot !!! Pelajar Unuversiti Bukan sekadar Jual Tubuh, Benihnya pun dijual

Berita Hot !!! Pelajar Unuversiti Bukan sekadar Jual Tubuh, Benihnya pun dijual

Sumber:: abuluqman

"IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.

Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.

Hakikatnya isu itu belum ada kesudahannya. Tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.

Bukan setakat menjual sperma, ovum wanita juga popular di seluruh dunia. Ia melibatkan urus niaga yang mencecah berbilion dolar setahun.

Baka manusia itu boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.

Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.

Puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.

Seorang wanita yang mengaku menjual ovumnya, Kline, berkata jual beli itu ibarat satu pelaburan yang menguntungkan.

Dia yang berketurunan Cina-Vietnam mendakwa telah tiga kali terlibat dalam proses itu dengan memberikan ovumnya kepada sebuah agensi pembekal ovum di California, AS.

Kline memperoleh bayaran hampir RM100,000 untuk semua urus niaga itu.

"Mereka mengatakan banyak keluarga yang sukakan ovum wanita Asia," kata pelajar sebuah kolej di AS yang berumur 26 tahun ini.

Natasha, seorang imigran Rusia yang bekerja di sebuah klinik di Cyprus juga terlibat dengan kegiatan menjual ovum.

Katanya, dia berhijrah ke Cyprus setelah berkenalan dengan teman lelakinya melalui internet.

Malangnya, pengorbanannya itu tidak berbalas. Mereka akhirnya berpisah. Natasha hidup seperti pelarian di Cyprus. Dia tiada visa dan tempat tinggal, malah tiada pekerjaan.

"Mujur saya cantik dan sihat menyebabkan ovum saya bernilai," katanya yang meraih kira-kira RM50,000 untuk urus niaga itu.

Carmen Pislaru, seorang wanita dari Romania yang bekerja di Cyprus pula mendakwa kesempitan hidup selepas melahirkan anak keempat sebagai punca dia terjebak.

"Doktor bertanya adakah saya ingin menjual ovum. Dia seakan-akan mengetahui saya tertekan gara-gara tidak mampu membayar kos perubatan.

"Seminggu selepas memikirkannya, saya menerima tawaran itu dengan bayaran RM8,000," ceritanya yang tidak menyesali tindakannya itu.

Satu kes unik di Sepanyol pula melibatkan seorang imigran dari Chile, Nicole Rodriguez yang menyambung pengajian di negara itu.

AKTIVITI menjual sperma dan ovum menggalakkan pertambahan golongan gay dan lesbian.
"Saya baru memasuki sebuah kolej di Sepanyol. Peraturan di negara itu tidak membenarkan saya bekerja sambilan, jadi menjual ovum ialah cara mudah untuk mendapatkan wang," tutur Rodriguez.

Ceritanya, musim sejuk membantunya kerana kulitnya yang berwarna hitam menjadi agak putih.

"Selepas menjalani proses yang memenatkan itu, di tepi bantal saya terdapat sampul surat yang agak tebal berisi wang.

"Saya seperti seorang pelacur yang mendapatkan ganjaran dengan menjual tubuh," katanya.

Bayaran RM6,000 itu lebih daripada mencukupi untuk Rodriguez menanggung kos sara hidup selama tiga bulan di Sepanyol.

Derma ovum


Sejak berdekad lamanya permintaan global terhadap ovum manusia berkembang pesat sehingga tidak mampu dikawal lagi dengan lebih 250,000 bayi telah dilahirkan melalui cara itu.

Keinginan wanita bujang, wanita tua yang sudah menopaus dan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merancakkan lagi perniagaan pelik ini.

Wanita dari negara miskin juga akan menjual telur mereka kepada doktor tempatan yang kemudian menjualnya dengan harga yang mahal kepada keluarga kaya di Barat.

Cyprus yang merupakan negara Kesatuan Eropah membenarkan aktiviti itu dengan alasan ia lebih berbentuk derma yang akan diberi pampasan berupa wang.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan negara itu, Carolina Stylianou.

Seorang peguam, Andrew Vorzimer menyifatkan urus niaga itu menunjukkan 'kejahatan budaya Barat'.

"Saya pernah melihat kontrak penderma ovum yang memperoleh bayaran sebanyak RM600,000," katanya.

Sebuah firma kesuburan di Britain baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana menawarkan bayaran RM3,000 kepada pelajar Universiti Cambridge yang sanggup menderma ovum mereka.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu, dahulu negara ini pernah dikejutkan dengan polemik pengenalan bank sperma.

"Mungkin ada syarikat tertentu dan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan sebegini termasuk menjual ovum wanita dan sperma lelaki.

"Saya yakin ia berlaku di negara ini walaupun saya tidak pernah menerima sebarang aduan," katanya.

Ujarnya, ini mungkin disebabkan tiada pasangan atau individu yang mahu melaporkan perkara itu kerana malu. Rencana KOSMO

Sumber: kachipemas.blogspot.com"

Adakah Facebook Sedang Membuat Telefon Pintar Tersendiri?

Adakah Facebook Sedang Membuat Telefon Pintar Tersendiri?
Posted on Sunday, May 27 @ 17:57:00 PDT

Sumber: Amanz

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas adalah berkenaan dengan Facebook membina peranti pintar mereka tersendiri. Namun, ia berhenti seketika selepas HTC hadir dengan telefon pintar Android bersama butang Facebook untuk akses pantas. Walaubagaimanapun, kini persoalan tersebut hadir semula, mengatakan Facebook mungkin dalam perancangan untuk membina telefon pintar mereka.

Ura-ura ini timbul kembali kini dengan pihak Facebook yang memperkenalkan satu demi satu aplikasi mereka, sekaligus mula mendominasi telefon pintar para pengguna.

Aplikasi FacebookSeperti umum sedia maklum, aplikasi asas Facebook kini hadir pada pelbagai platform, termasuk Android, BlackBerry, iOS, Symbian, Windows Phone dan banyak lagi. Melaluinya, pelbagai aktiviti turut boleh dilakukan, daripada menghantar mesej, menambah rakan, mengakses buku alamat dan sebagainya.
Bagi pengguna aktif aplikasi Facebook pada peranti mudah-alih, semestinya sedia ketahui akan Facebook membuat salinan pendua buku alamat mereka di kad-SIM kepada akaun web Facebook mereka. Namun, ia boleh dimatikan melalui tetapan, yang mana jarang dibuat pengguna.
Melaluinya juga, aplikasi Facebook bukan sahaja menjadi buku alamat, tetapi turut menjadi tempat catatan perkara utama, termasuk pada kalendar, dan sebagainya. Apatah lagi, pada hari ini pelbagai aktiviti, termasuk jemputan kahwin dilakukan melalui Facebook Events, sekaligus memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan harian anda melalui aplikasi tersebut.
Facebook MessengerSelain daripada pada aplikasi utama, Facebook juga menawarkan aplikasi permesejan secara khas melalui Facebook Messenger. Melaluinya ia membawakan sokongan permesejan terbina, sekaligus membolehkan para pengguna mengetahui apabila rakan mereka sedang menaip, mahupun setelah membaca mesej yang dihantarkan mereka.
Sokongan emel juga terbina pada Facebook Messenger, sekaligus membolehkan anda menerima emel terus pada Facebook Messenger, dan membalasnya dalam bentuk masa-nyata.
Facebook CameraSalah satu perkara utama pada peranti mudah-alih hari ini adalah aplikasi kamera. Dan baru-baru ini, Facebook telah memperkenalkan aplikasi khas, dinamakan Facebook Camera untuk pengguna iOS. Walaupun perancangan untuk platform lain masih tidak diketahui, sebelum ini, pihak Facebook pernah menguji ikon yang serupa pada platform Android.
Melaluinya juga, ia membolehkan pengguna menambah pelbagai efek khas, sebelum berkongsi terus ke laman Facebook mereka dengan mudah.
Facebook AppCenterAplikasi memainkan peranan utama pada hari ini apabila seseorang memilih sesuatu platform. Facebook juga sedia mempunyai ratusan aplikasi untuk platform mereka, disamping baru-baru ini telah mengumumkan perancangan untuk Facebook AppCenter, yang mana bukan sahaja boleh dijalankan pada desktop, tetapi turut sama pada peranti mudah-alih.
Melaluinya juga, para pengguna boleh mengakses pelbagai aplikasi percuma, dan membelinya terus melalui aplikasi tersebut. Dan secara tidak langsung, ia juga memberikan kesan positif kepada platform kewangan daripada Facebook, iaitu Facebook Credits.

Selain daripada apa yang disenaraikan, Facebook juga mempunyai pelbagai fungsi menarik tambahan, seperti Facebook Videos, Facebook Groups, dan sekiranya ura-ura berkaitan perbincangan pengambil-alihan Opera Software adalah benar, maka Facebook akan mempunyai akses kepada pelayar web mudah-alih paling popular pada peranti mudah-alih.
Dan dengan pengguna yang menghabiskan masa yang terlalu lama pada platform Facebook, adakah kelak sekiranya Facebook mengeluarkan peranti pintar mereka, maka ia akan menjadi popular dikalangan pengguna?

KDN Haramkan Buku Irsyad Manji.. Ke Arah Pluralisme

KDN Haramkan Buku I/Manji.. Ke Arah Pluralisme

 

 

KDN Haramkan Buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ”Allah, Kebebasan dan Cinta” dan versi Bahasa Inggeris ”Allah, Liberty and Love” kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya.

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.

Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu. Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. — BERNAMA

Apa Kunci Kejayaan Mesut Ozil Pemain R/Madrid?

Apa Kunci Kejayaan Mesut Ozil Pemain R/Madrid?

 
 Mesut Ozil.(atas)
 
(bawab)Pemain antarabangsa Brazil, Ricardo Kaka’
SUKAN
ADA ramai pemain bola sepak Muslim yang bermain di liga utama Eropah. Namun boleh dikira dengan jari mereka yang boleh meraih prestasi hebat di kelab dan memperkuatkan kelab. Satu di antara pemain bola sepak Muslim yang beruntung adalah pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil.

Pemain berdarah Turki yang memperkuat pasukan kebangsaan Jerman itu dikenali sebagai kreator kejayaan Los Blancos merebut juara La Liga Sepanyol Musim ini. Capaian itu semakin melambungkan nama Ozil di kancah sepak bola dunia.

Ternyata ada sedikit rahsia di balik paparan gemilang permainan Ozil sepanjang musim 2011/2012. 

"..Membaca Al-Quran setiap sebelum kick-off," ungkap Ozil menceritakan kunci kejayaan meraih prestasi bersama Madrid.

Saat ini, terdapat enam pemain Muslim yang membela Madrid. Lima pemain lain adalah Karim Benzema, Sami Khedira, Hamit Altintop, Nuri Sahrin, dan Lassana Diarra. Namun hanya Ozil dan Khedira yang rutin turun sebagai starter di bawah pengendalian Mourinho.

Menurut Ozil, membaca beberapa ayat kitab suci umat Islam itu boleh memberinya ketenangan selama di lapangan. Tidak hairan Ozil dikenali sebagai pemain tenang di lapangan, meskipun perlawanan berlangsung dalam tensi tinggi. 

"Al-Quran suci memberi saya kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik," ujar eks pemain Werder Bremen itu.

(IH/sumber republika.co.id)

Popular Posts